Monday, December 28, 2009

S E R I B U . W A J A H . 2 0 0 9

31 Disember 2009

Good bye 2009.. Huhh tahun yang banyak dugaanya dalam hidup aku. Macam-macam benda jadi. Dari rambut panjang sekarang nih dah pendek, dari jawatan Kontrak ke Tetap, dari Bandar Besar ke bandar yang tidak berapa nak besar ~Bandaraya Persisir Air

; p

Dengan sekelip mata terpaksa tinggalkan kawan-kawan, rutin harian (pergi kerja 6.20am n 8.00pm sampai rumah, cilok-cilok jalan time2 jem, naik tren yang sesak tapi masih boleh tidur walaupon berdiri ~hebatkan!, berlari-lari anak ke opis supaya punch card tak merah, gi break1st makan nasi lemak ayam goreng dan pedal ayam sambil usha2 mamat tingkat atas opis tu.. so swettt..) semuanya sudah berubah, semuanya baru!

Memang tidak jangka langsung akan merantau jauh dan tak pernah terpikir pon nak kerja jauh-jauh dari kampung (haru biru mula-mula datang sini ~sampai demam dibuatnya) 9 bulan sudah di Terengganu, apa yang datang semuanya dugaan (tekanan tetap tekanan :/) Ape-ape pon terima dengan rela hati, mungkin ada hikmahnya (ku harapkan tidak jodoh ku di sini) dapat gi jejalan, tetiba aktif lak ngan sukan (bowling, netball, volleyball dan macam2 ball lagi lah! ~termasuk panjat bukit time2 cuti weekend). Tinggal kat sini menjadikan aku lebih baiklah (baik lah kiranyer.. opsss, sebelum nih tak jahat mana ek!! nakal sikit jer..) mungkin itu salah satu hikmahnya.

wajah-wajah 2009
Subang Jaya . Kuala Lumpur . Kuala Terengganu
(~Rindukan hobi lama ; Sunway Piramid, J n Co)

Azam 2009 ; tidak semuanya tercapai :/ , forward lah next year (orang-orang tertentu jer yang tahu azam kite aper ek!).. So azam tahun ni adalah azam yang di forwardkan dari tahun lepas (terlaksanakah nanti? tunggu.. kukik kukik)

Last Meeting 2009
~Idola di situ Dr M
Gambar tadi sebelum meeting dan selepas meeting

Nak jugak dia nih!!

Semoga 2010 lebih membawa erti dalam hidup (ayat buku la pulak..) Nak jadi yang lebik baik dari sebelum ini, Azam baru, Cita-cita baru dan Wajah Baru jugak! Kepada semua yang mengenali diri ini, maaf kan jika tersalah kata dan silap sepanjang 2009.
Selamat Tahun Baru

New Image With Hijab?
Will See.. ; )

Jumpa lagi di tahun 2010 ;)


Tuesday, December 22, 2009

S U R A T . K H A B A R

22 Disember 2009

GALAS TUGAS : Itu lah berita yang keluar di Akhbar Sinar hari ini.
4 orang yang glamour ~ Syahira . Najwani . Shazila . Hajar
(ini betul-betul bukan edit ek!)



H O B I . B A R U

22 Disember 2009
Minggu ini kerja yang sangat membosankan (duduk goyang kaki pon bosan tau!) Oleh kerana tidak ada sangat kerja yang perlu dibuat, supaya nampak bz di opis daripada perpura-pura bz, aku pon memahirkan lagi skill mengedit gambar ~semua gambar yang menarik nak aku edit

~Semuanya aku

Turut menjadi mangsa edit gambar

; p

kengkawan JKR

So, setelah meneliti semua gambar di atas sila hantarkan komen-komen anda
~diharapkan komen yang boleh membina sahaja (membina rumah huhu)

Layan lagu ; Dont Forget by Ost Iris
(Setiap rabu dan kamis jam 9.00pm only on KBS World 303)

Sunday, December 20, 2009

AS A URUSETIA

20 Disember 2009
Kejohanan Sepak Takraw Kelab Wisma Darul Iman di Stadium Negeri
Mewakili kelab Rajawali ;

Bersama Naje dihari pemasangan karpet hijau yang berat itu ; karpet itu untuk perlawanan sukma jer, SUK nyer pasal dapat guna karpet yang mahal

Kami semua berbaju purple ; Kenapa En. Kamal Azmi nih masuk sekali dalam gambar?

Gigih : En Is menarik guni pasir dan Aleng
~ Orang gemuk yang sangat berat : kata En. Is

Hakim ; kami memakai baju yang sama ~ sebabnyer?

Hakim lagi ; Jangan di fikir yang bukan-bukan!
(Baju kami sama kerana di beli oleh hajar dan En. Is~sebagai urusetia lah)

Senyum lebar-lebar : Adnin itu kenapa pandang kebawah?

Nak jadi model ker? ; Adalah terlintas di fikiran cita-cita itu?
~mungkin! huahuahua

Sibuk sungguh urusetia!

Aleng suker gambar ini ; Sebab dia kata, dia nampak kurus dari belakang.
~ iyer ker?

Rajawali ; bersungguh-sungguh

Mengemas stadium ; Sempat tuh nak posing.
~ Aksi aper En Is tuh?

Tolak ; Ringan sama dijinjing, berat sama ditolak.
~Bagus urusetia dan pemain yang masih setia menanti untuk mengemas stadium semula.

Menolong Hakim menggulung karpet hijau
~Hakim lagi?

Hajar ; Mengesat peluh kepenatan!
~Siapa dia yang berbaju merah dan bercekak pinggang tuh?

Juara ; Ini lah dia pemenang dan pengalah. TAHNIAH.
~Pak Cik baju no 12 itu (Pengarah sebenarnya dia), selalu terserempak di lif.
(Tapi dia bukan Pak Cik Lif yang selalu diperkatakan yer!)

Wednesday, December 16, 2009

R U M B I A

16 Disember 2009
Rumbia Resort Paka : baru dapat gambar dari Adnin.

Di depan kedai Famous Amous (Mesra Mall) : cedapnyer coklat.. nyum nyum..

Saya mahu ini ; Siapa mahu belikan? Angkat tangan sekarang!

Banyak patung-patung krismas ; Kenapa pokok krismas tidak ada?
: Teringat pokok krismas di KLCC n Sunway Piramid tuh ~ nak pergi tengok jugak hujung bulan nih (ketepi semua orang saya nak tengok!! hehehe)

Itu dia : IJA yang sangat sukakan Big Apple (muncung jer sebab donut kegemarannya habis)

Akma : Peace untuk kami juga

Tuesday, December 15, 2009

J E J A L A N

15 Disember 2009
Ewahh.. sempat posing sambil menunggu lif untuk pergi berfoya-foya
Itu lah dia office saya : Ting. 10, ICU JPM, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Makan time : sungguh lapar! di Secret Recipes.. berbaloikah makan disini diwaktu tengah-tengah bulan ini (ruginyer tak dapat habiskan makanan itu)

Kek dibelakang itu sungguh menyelerakan diwaktu lapar!

Bersama Ija : Dia berdiet (sungguh dia cuma makan Mushroom Soup n Roti sahaja)


Saturday, December 5, 2009

TUNANG DAN KAHWIN


5 Disember 2009
Ini dia, kawan baik yang sudah bertunang. Akhirnya terjawab juga tanya2 siapalah yang akan menjadi suami ko nanti, memang sudah jodoh. (suker la 2!! ; p. bile la plak turn aku??)

Ini dia, seorang lagi kawan yang menyambut hari bahgia. Tahniah untuk Liza & Haizam Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke akhir hayat. (Saya dan fadzilah yang sempat amik kesempatan berposing di atas katil pengantin.. huhuhu..)

Ini dia ratu posing di pelamin nan indah (ble nk pakai baju pengantin nye betul2?)