Monday, March 29, 2010

I N D U K S I




Mesti ingat ini!

Entry kali ni, nak bercerita banyak sikit, nak try skill menaip dengan idea idea yang bernas. Harap anda tak bosan membaca nye.

1 hingga 13 April ni, ada kursus Induksi Modul Khusus dan Umum di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah. ~ni first time nak jejak kaki ke Kedah (siap tanya Hajar lagi makanan kedah macam mana, rupa rupanya lebih kurang dengan pantai timur ; manis manis... wallahuallam

Sedang berkemas kemas barang yang perlu dibawa untuk kursus tersebut, kursusnya dua minggu tapi barang yang di pack macam nak tinggal sana! ~saya percaya semua orang akan pening nak bawa barang yang mana! *seperti nak bawak rumah pergi kesana!*

Ok; diantara barang yang penting dibawa (rujuk gambar diatas) :

1.
Barisan pertama dari kiri : diarahkan membawa t-shirt putih untuk aktiviti sukan (pening pening kena beli banyak t-shirt ~duit oh duit, hand bag memang sudah ada, duit ~yeahhh duit sangat penting untuk membeli barang atau tiket bas kerana telah ditinggalkan bas, Vitamin ~sebagai makanan tambahan, mana leh jangka selera makan kita ni kan, kalau dah penat penat bukan ada selera nak makan pun!, kain batik ~menunjukan kita ni orang melayu, hehehe..

2.
Barisan kedua dari kiri : Pad dan Panty Liner ~diatara barang yang sangat penting bagi seorang perempuan yang tidak mengandung, untuk kebersihan diri!, Tudung dan Baju Kurung ~of coz la berkursus kena pakai baju kurung, bagi yang tidak bertudung wajib yer bertudung semasa kursus ini *ahh selamattt* kurung batik juga kena bawa, kan ada hari Khamis, Laptop ~tetiba lak nak kena bawa benda nih, saya takda benda nih! perlukah mengusung PC yang besar itu?

3.
Barisan ketiga dari kiri : Make up ~supaya boleh bersolek solek dan dapat mengusha jejaka kacak *ko nak kursus ke nak ngorat?*, Telekung ~pasti sudah tau untuk apa, Panadol atau Minyak Angin ~mana lah tau pening pening ke, loya loya ke, kan senang dah ada *letak sekarang benda tersebut didalam Hand Bag*, Mineral Water ~petua awet muda *bangun tidur terus minum air sebelum gosok gigi*, Stokin ~ye kena bawak banyak banyak sikit *nia siap pesan suh belikan stokin kat giant terengganu. Apekah?*

4.
Barisan keempat dari kiri : Seluar Sukan ~Hajar cakap bawak banyak banyak *takut tak sempat nak basuh*, Tudung Ariani ~sangat senang menggunakan tudung ini kalau sudah terlambat *tak perlu susah susah nak pin*, Top Up ~sebelum berangkat, topup tipon itu banyak banyak @ yang menggunakan bil, sila jelaskan bil anda sebelum berangkat takut di bar nanti! *sakit rindu nanti*, Telifon Bimbit ~jangan bawa yang mahal mahal nanti hilang susah! *chagernye jangan lupa bawa sekali*, Kasut Sukan ~kan dah kata kena bersukan *sila bawak dua pasang yer*

5.
Barisan terakhir dari kiri : Selipar ~selipar jepun *supaya bila terserempak dengan jepun didalam hutan nanti, dia ingat geng dia sekali! erkk*, T-Shirt putih lengan panjang ~pastinya banyak nyamuk dihutan *ubat nyamuk bawa sekali untuk memberi pertolongan kepada nyamuk nanti. What!*, Shampoo ~erm shampoo yang ku pakai jenis itu amatlah sukar untuk di perolehi di terengganu ini *barangan mandian lain bawak sekali juga, exp: sabun mandi, sabun basuh, berus, dan etc*, Kasut ~kasut hitam bertutup *agar nampak seksi, kenyataan apakah ini?*, Berus Gigi ~gigi yang memerlukannya *tahi gigi tidak diperlukan semasa berkursus, ubat gigi pon bawak jugakkk*


Sekian, mengikut keterangan gambar diatas. Sebenarnya banyak lagi yang ada dalam pikiran ini. Lampu picit, bantal busuk, gebor *selimut*, alat tulis, kamera untuk merakam detik detik manis, mp3, minyak wangi, pelbagai jenis krim muka, cermin kecil, dua keping gambar ukuran pasport, dan banyak lagi. bawa barang yang perlu dan digunakan sahaja supaya tidak memberatkan beg anda.

Akhir kata, Selamat Berkursus dan Jangan Ingat Kerja Di Pejabat


T I G A



1st


Earth Hour
Minggu Ke 3 Bulan 3



2nd

Perjumpaan Bersama MB sempena tampuk pemerintahan yang ke 2
~hahaha kali ni bukan yang ke 3




3rd

Testing kamera baru opis yang sangat sangat canggih
~terkebil kebil nak setting kamera ni


With Najwani
~pipi siapa yang paling tembam antara kami?


Lawatan 5S di TNB Kemaman
~yeahhh.... kami buat yang terbaik untuk 5S


Petronas Kerteh
~kawasan larangan ambil gambar (apekah yang dilakukan ini?)





c e r i t a . n g a d a . n g a d a


K . K . B

Okeh, siapa tau ini k k b?
Kacak . Kaya . Bergaya

Apa kena mengenanya kkb ni dengan entry blog kali nih, saje je taip taip:
teringat apa yang kami bual kan masa di Hock Kee Seng with Najwani & Hajar, itu saja yang difikirkan untuk mencari calon suami! Apekah?
BBS ~ Berilmu . Beramal . Soleh, yang ini tak nak pulak disebut!
sebenarnya ini lah perlu kita cari
(semakin jauh menyimpang dengan entry nih!)
dah tak nak cerita lagi :
anda perlu fikirkan nya sendiri ek



Thursday, March 18, 2010

G E M A




Alone


Tak terungkap dek kata kata, tak tercapai akal memikirkannya, ketidak sanggupan ~ahh apa yang cuba diterangkan ini!

Sorang sorang...
mana pergi semua orang nih...
~okey ada

Dia?
... entah




currently listening ; C I N T A by Alif Aziz

disini aku menunggu ...
... suaramu masih bergema di hati




Monday, March 15, 2010

B E A C H





Kawasan batu batuan di Rantau Abang
~banyak kali dah lalu lalang kat sini tak pernah tersinggah. Oleh kerana tujuan balik dari rumah orang kahwin nak singgah, singgah lah kita. Memang sangat cantik, sebab sekarang musim panas laut nya biru dan kehijau hijauan.
*berkipas didalam kereta yang beraircond*



Ni area Marang
~Najwani panggil ni kawasan safari, sekali pandang memang nampak macam safari, tapi bukan kearah sungai and laut ni seberang jalan nih jer, area yang kami berhenti ni.
*ada lembu sedang meragut rumput dan kuda berlari lari*




m a l a y s i a . t r u l y . a s i a

; p


Tuesday, March 9, 2010

C O M E . T O . S E E



Last weekend pergi lawatan ke Melaka, bawa budak budak Tunas Mekar (UiTM Dungun) melawat tempat tempat pengusaha yang berjaya di sekitar Melaka. Memang sangat sangat penat, lawatan dari awal pagi hingga malam. ~tidak terkata penatnya -_-" (4 hari 3 malam pulak tuh! perghhh...)

Bertolak hari khamis (okey mengorbankan hari cuti kelepasan am disitu), mula mula rancang naik bus sama budak budak nih, tapi bos call suruh booking tiket flight (masa tengah kemas kemas barang untuk pindah terpaksa berlari menuju ke CC untuk booking ~heret sekali Siti Hajar). First time booking tiket flight and first time naik flight ~keterujaan melanda! -_-"



Terbang dengan Firefly
~Tiada Dania disitu


Hanya nampak awan yang memutih


Dah sampai nampak Helicopter
~rasa nak naik helicopter pulak, (nak kemana jer..)


Dan sofa yang empuk buat mata ini mengantuk!
(menanti ketibaan Big Boss datang amik)
~tak tau la sape budak ni, ashik sangat ngan laptop dia
~mata jua melilau memandang si Pilot yang kacak!


Dua orang yang minum kopi
~mereka adalah mangsa


Tangga Batu
~cepat amik kan gambar saya di tangga batu rumah melaka
(tangga ini bukan lah tangga yang original)


Mereka mahu bergambar juga


Makan Time
~Restoran Terapung Umbai
(kelihatan kegemukan saya disitu. Adakah?)


Di meja hidangan
~masih menanti lauk pauk yang belum siap


Makanan nya
~Istimewa makan ikan bakar bersama nasi lemak


Cowboy Girl
~lepas makan, meronda ronda kedai yang ada di rostoran tu
(pinjam topi cowboy, dan snap gambar cepattt)


Jalan jalan di Bandar Hilir
~last day, jalan dengan masa yang terhad
(tak sempat gi mana mana pun, dok depan kapal besar tu je)


Kat Muzium Alor Gajah
~sempat masuk muzium sementara menunggu budak budak nih bercerita
(sangat pajang la korang bercerita -_-")


Mereka mereka


Bergambar sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu






l a i n . l a i n . p e r i h a l



Pin pin pin
~kapal nak lalu, ketepi semua


My New Slipper Roxy
~kasut putus sebab banyak sangat berjalan!


Mesin Getah
~mesin yang digunakan untuk membuat getah keping, teringat zaman kanak kanak ada getah keping yang digantung di siling rumah
(lama tak tengok mesin ni, last masa kecik kecik dulu)


Tingkap Muzium
~gambar ini pon mahu amik ke?


Gambar sink ini pun mahu!


Burung Hantu di dalam sangkar
~matanya tidak berkelip pun!


Teratai layu di kolam madu
~huhuhu


Sempat baca blog si Shyqin. Suka sangat apa yang dia tulis.


Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


ermmm...