Wednesday, June 30, 2010

S I B U K



Dilanda kesibukan. Penat. Muak dah dengar bila ketua cakap 'bile carta nak naik?' Ah macamlah aku ni takda kerja lain! Nah ambik!


Hari ni dia tanya 'tempat contoh untuk 5S dah siap belum?'. Aduss. aku tak tau cam mana nak kemas meja aku tu, macam macam benda yang ada. Nah dah kemas dah.


Tray in ni limit dia dua helai kertas je. Aku baru je settle kan kertas yang ada dalam tu, sekali dia datang berjota jota helai. mak ai.


CC tanya 'fail meja mana?'. Erkk sepanjang kerja kat sini aku takda fail meja pon!. Segan CC nak letak fail meja kat meja ni bila kerja yang dibuat tak sama langsung tugas yang ada dalam fail tu.
CC senyum je.



Carta sudah pon duduk kat tempat dia!
*terima kasih semua kawan kawan yang membantu*



Meja ni kira okey ke?
*pasu bulat kat tepi tu nak dibuang. siapa nak?*


Tuesday, June 22, 2010

M A S S A G E




To : Icu-naje 019
21.06.2010
12.00 am

Jln2 g kedai,
jmpa pak chu,
mcm2 ade dlm kdi,
eh ape2 la hapy besday 2 u.
Smoga pnjg umur n dmurahkn rezki spya dpt bli
phne xperia tuk kite!



From : Icu-naje 019
21.06.2010
12.04am

xperia utk org2 tua. org2
muda mcm kita ni pkai
3to10 la baru rox! haha. thx girl. mwax! x800


dan 21 jam kemudian:


dia telah membeli Phone XPERIA!





m o r a l . o f . t h e . s t o r y

hahahaha, amik kau >.<




Thursday, June 17, 2010

A K U . D A N . S E M I N G G U




Macam macam cerita seminggu ini, dari kenduri kendara hinggalah dengan kehilangan Handphone *yer, telifon kesayangan aku itu telah hilang!* masih tak boleh terima telifon kesayangan aku itu telah hilang! No phone yang penting penting, no akuan, gambar gambar hinggalah mesej mesej yang disimpan dari tahun 2008 dan jugak tarikh tarikh penting, uhh nangis lagilah..*mesej besdaylah yang paling banyak dalam tu!* Kawan semua sila ambil perhatian ek, nombor telifon korang semua telah hilang, so tak reti reti nak mesej aku sekarang! *ape ke ganasnye mintak no telifon orang!*

Ni lah telifon kesayangan yang dah menghilangkan diri
*sesiapa terjumpanya dimana mana, sila khabarkan kepada kite ek!*


N Gage
*telifon yang telah dipinjamkan sementara*



Hujung minggu ni dipenuhi dengan jadual undangan perkahwinan *hari bekerja pon mereka buat kenduri, asal nama cuti sekolah mereka kata* kepada kawan kawan yang kendurinya kita tak dapat pergi, sorry ek. Ape ape pon selamat pengantin baru dan semoga bahagia selamanya.


Shazila
*opismate merangkap housemate*


Mat dan Rahimah
*opismate*


Kami yang begambar dipelamin Shazila
*cik pau pakai spek mata hitam sehh!*


weee~
*area rantau abang, bekali kali lalu lalang kat sini barulah dapat singgah. hilang keayuan melompat dengan berbaju kurung*


*cepat amik gambar wani! panas nih!*



Dan mereka yang berposing posing jugak


Di rumah kenduri Mat dan Rahimah


Time to jalan jalan with Hajar


Minggu itu jugak meraikan pemergian bos besar kami En Juha yang telah menerima kenaikan pangkat dan bertukar ke Pejabat Pendidikan Pahang. Hari yang best bile dapat makan makan free.


*ntah ape yang En Is tu cakapkan agaknye!*


En. Juha menerima cenderamata dari kami


*makan time la, asik bergambar je..*


Si ibu ibu yang mentapau makanan yang terlebih


Sabtu semalam berlangsungnya kejohanan Tenpin Bowling antara KWDI
seperti biasa mereka semua adalah sangat terer!


Dia orang sibuk berlawan bowling, kami sibuk bergambar gambar


Muka muka pemain simpanan


Habis je bowling, kami berempat lepak di pantai batu buruk sambil makan sate ikan.


Dapat jugak bergambar dengan tiang bola kat pantai tu, setelah sekian lama dikabarkan kepada Hajar


*sate ikan seringgit pok cik!*


*horeyy*


*rock, hajar muka tak yah senyum bukan nampak pon!*


*boat kayu*
ngee~



m o r a l . o f . t h e . s t o r y

simpan telifon baik baik lain kali >.<



p/s : sesiapa yang yang berkesudian membelikan sebijik telifon ke kite iaitu Sony X Peria?


Wednesday, June 9, 2010

C H E R I T A . S E M A L A M



"Hajar cite ape ni?"
"Cite Vampire Diaries yang gantikan cite Ghosts Whisper"
"Last Ghosts Whisper tu cam ne? aku tak tengok yang last tu!"
"Ntah aku pon tak tengok! tau tau dah main cite ni"


Layan cerita baru nih. okey jugak.
Ringtone bunyi pulak!


"Sape pulak ni no. 010?, ooo... ni member aku lah hajar, dia ajak jumpa siang tadi. Malasnya nak kuar, tapi aku dah janji ngan dia" sambil memegang talifon.
"jawab je la syira, lagi pon ko dah janji ngan dia"

"hello! ha nape?"
"eh jom gi minum"
"erm, mu ada mana?"
"ada depan umah mu nih!"
"huh! yer dok mu nih?"
" ha la, cepat la"
"ye la, ye la"


berlari meninggalkan Tv dan bersiap siap nak keluar


"k, hajar. bye"
"bye"


terus masuk dalam kereta yang dah tunggu lama kat depan pagar tu.


"lama nye mu siap? mu mandi ke ape?"
"biaserlah pompuan"
"nak gi minum mana nih?"
"ikot ko la"
"mu penah minum kat pulau kambing?"
"tak. ni kita nak gi minum mana?"
"kita gi kat chendering la"
"jauhnye..."
"mana ade jauh."


20 minit kemudia baru sampai ke kedai, jauh tu sampai berpusing pusing mencari kedai.


"nak air tembikai, ko?"
"sunquick, tom yam see food denge nasi putih se. mu tak nak makan?"
" aku dah makan dah tadi. emm benda pe mu nak cite ngan aku?"
"ade lah, nanti aku cite kat mu. bising kat sini."
"cite ape ko nih?"


makan makan dan minum minum sambil borak borak kosong


"dah, jom r balik, lewat dah!"
" jom, dik kiro."


masuk kereta dan terus jalan menuju ke bandar


"cite ape wei ko nak cite kat aku?"
"cite sedih la, aku tengah frust nih."
"eh ko ni. asal? dua hari lagi ko nak kawin ko sedih!"
"bukan pasal tu. ni lain."
"ni mesti pasal budak sekolah tu? nape dengan dia?"
"dia dah takde kat sini. dia gi KL dah. dia tak nak dok sini lagi."
"alaa dia gi jalan jalan time cuti sekolah ni. nanti dia balik la"
"tapi dia cakap dia tak nak dok sini lagi!"
"tak kan la dia nak tukar sekolah. nanti dia balik la tu"
"ye ke?"
"ye lah! eh ko da nak kawin la"
"ko tak paham, aku sedih ni. dari siang tadi aku tak makan. ni tadi aku baru makan. aku asik pikir pasal dia je. dulu kan, dia janji tak nak buat cam ni."
"dah ko ni. dia bawa hati yang lara la tu. dulu sebab dia tak terasa lagi. sekarang nih dia dah terasa sebab tu dia pergi. dia nak cari ketenangan tu. biarkan lah."


singgah pulak kat Pantai Batu Buruk.
cari parking, keluar kereta dan duduk atas kayu balak sambil menghadap pantai.
sambung cerita tadi.


"tadi aku gi air port nak jumpa dia. tapi tak sempat. aku siap beli bear besar untuk dia."
"laa.. "
"aku tengok flight terbang tinggal kan aku. sedih aku. hancur hati aku"
"nampaknye, rezeki aku la bear tu.. hehehe.. dah la, ko ni nak kahwin la!"
"mu tak paham!"
"aku paham la, ko tak sayang ke kat tunang ko?"
"aku sayang, tapi aku sayang dua dua"
"ko ni! ko sayang tapi ko tak rasa cinta ek! mesti ko kahwin sebab ko dah lama kawan dengan dia, dan ko rasa tu dah tanggungjawab ko kan."
"macam mana mu tau? aku kawan ngan dia dah lama dah. aku dulu tak pikir pon pasal ni, sebab aku dah fokus nak kawin kan. bile jumpa budak ni kan, aku dah cakap ngan dia aku nak kawin dah siap tunjuk gambar tunang aku dengan dia lagi. tapi dia suka kat aku juga. aku suka kat dia sebab dia ni manja. susah la nak cite. aku nak mintak nasihat mu ni, cam mana nak lupakan dia?"
"ko ni nak nasihat aku lak, aku sendiri pon susah nak lupakan _ _ _ _ _ . makin aku nak lupa makin aku rindu, cam ne!"
"mu tak tau ke?"
"sayang ni memang susah nak lupe, nanti dah lama lama nanti ok la. mula mula tu memang tak boleh. ni aku nak nasihat ko lak, cam ne lupa lak?"
"ko ni, aku mintak nasihat ko, ko lak nak nasihat dari aku. aku tengah serabut tak leh nak nasihat. aku suka nasihat nasihat orang nih, tapi aku tengah serabut ni tak leh nak bagi nasihat."
"macam tu lah aku, ko nak nasihat dari aku. ape ape pon ko sabar la"
"aku rasa nak jumpa dia lah."
"ko gi la KL cari dia"
"mu ni, kat sini pon susah nak jumpa, kalau kt KL lagi lah susah. nak contact dia pon tak boleh."
"dah la. lupa kan je. ko dah nak kahwin."


dan macam macam lagi nasihat aku aku cuba bagi dia, supaya dia leh tenangkan hati dia.


"kul 12 dah ni, jom balik"
"jom r"


sampai di depan pagar rumah aku


"k la, sudah la tu. jagan sedih"
"okey"



kepada kawan ku itu, ko anggaplah apa yang berlaku itu semua dugaan untuk ko berumah tangga. terimalah seadanya dia sebagai isteri. aku percaya dia sangat menyayangi ko. ko janganlah risaukan budak sekolah itu, pandailah dia membawa haluan dia sendiri, dia pon masih muda. pasti ada orang yang akan menjaga dia.




tulisan bold : ME
tulisan tak bold : him @ her


m o r a l . o f . t h e . s t o r y

jangan nak mengada ngada nak ambil risiko besar dalam hidup






Sunday, June 6, 2010

M A S A . M E R E H A T K A N . M I N D A



Yeahh.. seperti yang dijanjikan aku telah berangkat ke Kuala Lumpur ini di musim cuti cuti ini. Memang masa yang tepat untuk aku merehat rehatkan minda dan ketenangan jiwa *pelik aku nih! orang bercuti tenangkan hati kat kampung, tapi aku dekat bandar yang super duper sibuk ini. Inilah aku di dunia realitinya sendiri* So stay di rumah adik adik di Sri Petaling, dekat dekat dengan Bukit Jalil.

Destinasi pertama untuk kami ialah Kompleks Pernas SOGO. Lama gilers aku tak masuk Sogo ni *seperti biasa sogo hari hari ada sale* Nah ambik berjalan jalan kat dalam tuh sampai sakit sakit kaki *memang lama tak jalankan aktiviti tawaf menawaf nih, maklumlah kaki ni dah manja!*



Itu dia mencuba Maskara Lancome


Dibawah pohon epal DKNY


Kami nak baju nih! siapa boleh bayarkan?


Cuba berjinak jinak kembali dengan skirt ke?
*tidakkk... acah jer tu*


Dengan Mak Lang yang super berbelanja, setahun sekali katanya turun KL nih!
*adakah aku kelihatan berisi?*



Mak yang memerhati decoration di siling itu!



Celah patung kami bergambar
*tambah seorang lagi kaum hawa dalam keluarga kami, selalu guwe, mak dan mak lang je*


Setelah kepenatan berjalan jalan di sogo, aku bawa dia orang semua ke Jln TAR untuk membeli tudung, masyaAllah mereka ni memilih tudung, macam nak amik satu kedai ni bawak balik. Setelah dipanggil beberapa kali, baru lah keluar dari kedai tudung tu *mereka masing masing tersenyum lebar jer, jangan tak pakai sudah tudung tu!*


Masing masing kebuluran


Lepas makan makan, gerak pulang ke rumah tapi sempat jugak menjinggah ke Pertama Complex, aku lah tu nak membeli alas meja di Reject Shop *tempat faveret untuk membeli kain kain yang digunakan didapur*

Siap siap semua hal, masing masing dah penat destinasi berikutnya balik rumah la. Sampai rumah masing masing tidur kepenatan. Malam nye aku belum puas lagi nak berjalan, ayah pon layan kan aje aku nih, dibawak pula ke tempat yang paling aku rindukan iaitu Sunway Piramid. Walaupun masuk kat Sunway tu dah pukul sembilan lebih kira puas hatilah dapat masuk situ *jangan tanya kenapa ek! aku sendiri pon tak paham. hehehe. yang sebenarnya tempat tu ada banyak sangat kenangan yang tak mungkin aku lupa*


Kami bergambar di dalam lif yang bercermin cermin


Kegemaran... J CO Donuts
*tempat lama lagi dikenang, ni lah tempat aku suka lepak lepak dulu ngan Azie dan Nia selain dari Old Town White Coffee dan Sri Melur Jaya : kawan kawan sila ambil perhatian yer nanti bawak aku makan kat tempat yang disenaraikan diatas yer!*


Tu dia mak nak membayar dia punya Ais krim Yogurt berbuah buahan


TV 3d
*aku nak sebijik tv nih kat rumah!*


Mak dan Ayah yang kagum menonton TV tersebut


Donuts
*12 ketul*



Aku suka yang atasnye ada kepingan badam itu



Sebelum berangkat pulang, sempat bergambar depan cermin lagi!
*tak sempat nak snap gambar mamat kacak yang tetiba muncul setelah pintu lif itu terbuka!*



m o r a l . o f . t h e . s t o r y

aku suka jalan jalan, dan aku akan jalan selagi aku termampu
*ada sesiapa yang nak ikut?*

Saturday, June 5, 2010

M I S S I N G



After than more one week missing in action *konon ;) i'm back again! Waa macam gi mana je ek. Last week gi attend Kursus Teknikal Peringkat ICU JPM di Duta Villa Berserah, Kuantan Pahang. So memang plan baiknye dengan mak. Lagi lagi dapat cuti free hari ahad sempena Besday Agung. Ape lagi suh la ayah amik kat Kuantan.

Nak cerita pasal kursus nih yang sebenarnya, ntah ape jadi agaknye dengan aku nih, semua benda Teknikal yang pernah aku belajar di JKR dulu semua aku hampir hampir lupa *what the _ _ _ _*. Rupanya aku sangat sangat lama dah tinggalkan bidang teknikal nih *tetiba aku rasa macam orang yang dah tak tau ape ape masa kursus tu* inilah padahnya bila bekerja dalam bukan bidang kita, sampai aku terleka dan lupa apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup aku *ape yang aku nak ek? tak leh nak post kan kat sini, tunggu post lain ek!*

Banyak nasihat yang aku dapat dari TKP, PP dan Teman teman rapat supaya aku memilih tempat yang lebih sesuai dengan kemahiran yang aku ada *ibaratnya aku disini semakin mengecil ilmu nye, ko dah lupa ke syira dengan cita cita ko?* Aku tak pernah lupa dengan apa yang aku nak dalam hidup aku, cuma peluang je yang tak nak bagi peluang kat aku. Apa apa pun aku akan usahakan apa yang aku nak dalam hidup aku. InshaAllah.




m o r a l . o f . t h e . s t o r y

ada satu benda yang aku nak tapi pasti tak dapat ;(