Tuesday, October 26, 2010

aku . suka

Haloo

Dua minggu kebelakangan ni aku dilanda badai dengan bertimbun-timbun kerja. ni semua 5s punya pasal. boleh dikatakan setiap hari balik lewat melebihi waktu maghrib. aku walau ape-ape pon terjadi, pukul 8 aku mesti punch out. lantaklah siapa nak marah. sepatutnya time-time tu dah duduk lepak-lepak depan tv sambil makan-makan. bukan masa kerja yang berkualiti pon masa tu tapi berkuali je. teehee. bukan hari-hari biasa balik lambat, weekend pon kena kerah datang kerja. seperti biasa la aku tak layan kalau nak kerja hari jumaat, hari sabtu bolehlah dimaafkan. tu pon setakat sampai pukul 5 je. aku nak tengok anime okeh!


Gambar ini tiada kaitan ek dengan cerita diatas! tapi cerita ni lah yang sedang kusyuk aku tengok setiap hari isnin dengan selasa.



Ini gambar mereka yang telah dikartunkan. bukan aku yang mengkartunkan muka mereka. *cute kartun ni* tak cerita pon ini cerita ape, okeh tajuk cerita ini adalah Sungkyunkwan Scandle. aku dah berjaya mengingati tajuk cerita ni.


. . . . . . . . . .


sekarang ini aku ingin mengumumkan the hotness guy di pandangan mata aku. hahaha. mereka ini sekarang sedang berlegar-legar dikaca tv. korang nak tau. tengok sendiri tv tu, pastu cari satu-satu channel yang ada. kelebihan kepada mereka yang melanggan astro.



Dennis Oh, half korean half america
Serius Dennis Oh ni buat aku ingat kat seseorang yang aku pernah kenal rapat dulu *okeh buang ingatan itu jauh-jauh*



Daniel Henney, sama gak kacuk dengan Dennis Oh




Kalau diperhatikan muka mereka memang nampak lebih kurang. macam adik beradik. tapi hakikatnya mak lain-lain, bapak asing- asing!



Galang @ Randy Pangalila
sangat comel okeh! *tak terkata untuk mengambarkanya. lolx*



s e k i a n

Sunday, October 24, 2010

ambik . gambar . sendiri . nampak


Ambik gambar muka sendiri, tajuk kali ini. cik kiah ni la, asik nak amik gambar sendiri je, phone aku ni banyak gambar dia je! tak rasa bersalah pulak tuh! cehh. mujur comelness wakakaka.



Orang yang kat atas ni sekarang sudah 48 kilogram beratnya. misi yang hampir berjaya. kalau di tengok-tengok nampak sama macam dulu tak nampak pun perubahan besar walaupun berat dah naik berkilo-kilo. tak pasti kat mana? tapi ada sumber-sumber yang mengatakan muka yang semakin tembam dan ada part-part lain yang tembam. tapi tak boleh blah bila perot dia naik sama. perghh ni yang buat dia macam nak tension je sebab dia kata dah tak boleh nak pakai baju sebarangan nanti nampak perut buncit. solution dari masalah itu, ko kenalah memakai pengikat perut @ gedel. sit-up bila celik mata dari tidur. teehee. lepas ni ko jangan sebuk nak berdiet pulak ek! belasah karang!




Ini bukanlah iklan menjual telefon dan bukan juga saya ingin memberi telefon ini kepada anda sebagai hadiah kerana membaca blog ini -_-" dan juga bukan bermakna saya ingin mentayang-tayangkan telefon ini kepada anda teehee, tidak juga sekalipun ingin melawan kecanggihan telefon masing-masing dengan erti kata lain, ko ade? sakit hati tak? *weit syira! orang lain nyer lagi canggih la!* Apa pun jua tanggapan anda, ini hanyalah bertujuan mengambil gambar sendiri. hahaha





s e k i a n

Wednesday, October 20, 2010

3 d

Semalam dengan tahap kerajinan kerja adalah malar, so dengan tiba tiba aku teringat untuk mencari gambar gambr yang cantik berkenaan dengan Interior Design *aku memang suka dengan Interior Design. kalau kat TV sure aku tengok punya. cantik tak? tag line deco deco bersama Eric Leong*


Dari menggodeh godeh aku jumpa la satu gambar 3D. Apelagi bila dia tulis Free Download, tanpa melengah aku terus klik je. Dah ade sofware dalam PC, makin tak buat kerja aku. Ini dia penghasilan belajar sendiri sendiri, godeh sana sini maka terhasilah rumah ini. Lupa nak bagi tau, aku guna sofware Sweet Home. memang senang. buat buat line terus jadi 3D. lepastu insert perabot yang dah sedia ada. hehehe.



Tadaaa

memperkenalkan cubaan pertama aku, rumah click click


Rupa dia macam ni Sweet Home tu


View seluruh rumah


Living dan Dining Area


Close-up Dining dan Living
*tiba tiba kan dinding colour purple, carpet colour biru. memang takde carpet lain okeh!*


Meja makan
*cermin di dinding okeh! tak boleh tahan bila nampak carpet disitu*


Sebelum masuk rumah, macam ni lah view nyer



All
*tak boleh blah dengan kereta tu, memang cartoon la*



Macam mana dengan hasil kerja pertama ini?


Sekian

Wednesday, October 13, 2010

m a s a . u n t u k . k e k


Awesome October
masa makan kek beramai ramai. kumpul semua kawan kawan yang berbintang Libra.


*cokelat indulgen*



Deco tak cantik ok!
*takpe asalkan sedap*



Wall untuk mereka yang celebrate birthday
*saya huruf Y*



Birthday hajar tak sampai lagi sebenarnya
*tapi kami ambil tarikh tengah tengah antara kami berempat*



Oh dinding kenapa ko sangat meriah?



Kami yang berbintang Libra



Ambik peluang sementara takda kanak kanak kat tempat main main ni
*muat ke punggung nak main gelongsor tu?*




; jam tangan telah di ishtihar bermasalah
*aku rasa aku nak jam baru*


s e k i a n

Tuesday, October 12, 2010

10 . o k t o b e r . 2 0 1 0


Yeyyy
happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to syira, happy birthday to me. fuhhh dah bertambah lagi satu tahun umur aku, merangkap kepada 28 tahun *wow berusia, uhukkk* dan jugak happy birthday kepada 12 jota orang lagi yang sambut birthday sama dengan aku *betul ke ada 12 jota? hentam sajalah, malas nak cek dengan jabatan pendaftaran*


Seperti tahun tahun sebelum ni, no potong potong kek dah acara yang meriah membaling baling tepung dan telur *kecuali tahun lepas member buat surprise* no hadiah grand grand dan kebanyakannye no lah.

Thanks to all yang wish birthday terutama yang massage massage *dan yang pertama wish adalahhh . . . . *


Semua picture ni dirakam sepanjang hari 101010.


101010



Geng bising di Cafe. 4 + Kak Ida
*sangat memekak bila kat cafe, malulah semua orang pehatikan!*



After makan makan, acara amik amik gambar lepas tu gelak gelak



Mereka yang kuat makan. hahaha.



Sambil duduk buat kerja, bergambar sekejap.



Cermin dan pokok keladi aku



Malam. keluar beronggeng celebrate my birthday
lagu ni ditujukan kepada Kak Ida ;
*Terima Kasih Kak Ida*
*Belanja Makan Pizza*
*Di Hari Jadi Saya*
*Kita Bergembira*



Muka penat
*gagah jugak keluar, abaikan persandingan Angkasawan kat TV*



Makannnn



Orang yang sangat gembira itu



Masa nyanyi nyanyi pulak. dancing queen
*lama gilers tak menyanyi. Kak Ida kenapa ko nyanyi lagu yang kita tak pernah dengar?*



Tapau sekali Pizza yang tak habis
*jangan membazir. membazir amalan syaitan!*



[Terimalah Nyanyian dari Saya]


Ingkar

Disaat cinta tercipta
Semestinya ku merasa
Dikala hasrat mendalam
Semestinya ku berbalas

Dari hati kini ku sedari
tak semestinya ku berkasih
Jika hati tak dapat berbagi
baiknya rasa itu tersimpan dalam

Semestinya aku mencinta
Seharusnya aku menyayang
Oh maafkan jika semua ini yang kuberikan untukmu

Dari hati kini kusedari
Tak semestinya ku berkasih



: Thanks Naje, Eyeliner tu nanti kita pakai bila keluar dinner ek
: Terima Kasih Mak hadiahkan sepasang baju kurung *nanti Along balik nak hadiah jam jugak ek, jam Along dah rosak*




Thursday, October 7, 2010

k o n o n n y e l a h





3 days more



Haip!

Semakin menghampiri jejak angka 28 tahun *banyak dah umur aku, kahwin tak jugak!* 101010 sangat special kan tarikh tu. Suppose to be the best day in my life . It's should be my wedding okeh! *ape aku merepek! gatal!* nak buat macam mana jodoh tak sampai lagi time ni *taktau la kalau rezeki runtuh dari langit. sangat sangat kuat berangan kau. dah! bangun!* dari tahun 2001 lagi aku dah pasang angan angan kononnye nak kahwin 10102010. Member aku cakap masa tu, lamanya nak tunggu 2010! takpe la. Aku rasa tempoh 9 tahun tu memang panjang dan sangat lama kalau nak ditunggu. Rupanya tinggal 3 hari lagi. Rasa memang sangat sekejap. Tak sempat apa apa pon lagi.


Semalam cakap dengan Mak hujung minggu ni birthday Along. Umur ko dah berapa? masuk 28 Makkkk. Dulu ye ye ko cakap nak kahwin 101010 hapah pon tidak! *aduss mak aku ni!* Mak rasa ko ni macam budak budak lagi, tapi rupanya umur ko dah banyak *yer la mak, along ni kecik je, awet muda pulak tu. uhukkk*


With my cousin. Along, ape ape jadi pon 101010 ni ko kena tunang jugak! ah nak tunang dengan sape? calon pon takde! Ko kena cari jugak *kalau ada jual kat Shopping Mall dah lama rembat*


Bak kata kawan kawan, ko bila nak kawin Ra? tinggal setahun je lagi angka depan tu dua, lepas ni dah tiga! *alaa ade aku kisah!* takda nye aku amik kisah sangat. sampai masa nanti adalah *tak perlu sarat saratkan kepala, buat kedut kedut muka je*


. . . . .


Lately ni aku macam suka sangat tengok baby. Semua baby aku rasa sangat comel. Berani dah nak dukung dukung baby *sebelum ni jangan haraplah, takde nye aku reti nak dukung baby!* Takpe tak lama lagi ada baby baru nak datang. hehehe.
baby nanti panggil Mama Along ek


s e k i a n