Tuesday, November 30, 2010

beratur


Hello, hello *nyanyi macam lagu SHINee tu*
Bekerja hari ini sangat penat okeh bila bos baru masuk opis, macam-macam kerja ada, lagi-lagi nak kena settle kan pasal majlis penutup tunas mekar nanti dekat kelantan fuhh bersilang-silang tangan ni buat kerja, poyo. kerja pon kerja jugak, kehulu kehilir pon buat jugak, bukan pergi mana pon keluar masuk bilik bos je nak tanya pasal clam pergi kursus hari tu. hehe. seronok seh tengok jumlah claim yang bakal dapat nanti. pasti akan buat hati ini gembira lagi untuk bershopping. waka waka.

Gambar-gambar berikut merupakan sorotan gambar dari berkursus minggu lepas, nak update semalam macam melampau lak kan dalam masa satu hari nak update sampi 3 entry *eh sukati aku ler nak buat berapa banyak pon* selagi aku tak habis cerita apa yang berlaku, rasa macam tak lengkap je hari-hari aku tu. poyo sekali lagi ek! lolx!



Hari pertama menuju ke HQ, jalan takda la jem sangat macam yang aku fikir. biasa je. 30 minit dah boleh sampai. hebat kan!



Ni dalam bilik kursus
*tengok aku nye monitor tak sama dengan yang lain, haha dia tak dapat tarik screen aku!*



Makanan hari pertama. so so jer!



Yang ni menu last day. dia orang mesti akan hidang nasi minyak punya. tau dah!



Ni yang paling awesome, view masa makan



Time balik Sri Petaling last day kursus. okeh jem dihari jumaat! amik ko 1 jam baru sampai!



okeh babai

Monday, November 29, 2010

satu . malam . di . SunwayPiramid


Assalamulaikum
*asik-asik polo je kan, sesekali tukar angin!*
sekali lagi dibawakan entry yang belum basi ini, masih fresh okeh! fresh ke? -_-' Fresh la, kan baru balik dari Sri Petaling. Seperti biasa kalau turun KL memang tak sah kalau aku tak singgah kat sini walaupun tinggal setengah jam je lagi kedai nak tutup! mesti pergi punya tak kira orang bagi ke tidak! *ada aku kisah!* Sunway Piramid akulah pengunjung setia kau dari tahun 2008. masa nih Jusco dengan Parkson takde lagi togel-togel je kepala rimau tu. ni lah tempat wajib aku dengan si Nora *house mate @ opis mate kat USJ dan juga teman bergaduh!* hujung minggu berjalan maklumlah belum ada kereta lagi naik bas Mestro je keluar awal, balik pon awal sebelum hari gelap. bila dah ada kereta dah petang-petang hari baru nak keluar balik dah gelap gelita.




Oleh kerana Kismas yang dah nak sampai tak lama lagi, so banyak la pokok-pokok krismas tumbuh kat Sunway tu. rasanya bukan setakat kat sini tempat lain pon sama. aku paling suka tengok pokok krismas kat MidVelly atau KLCC, godang-godang dan banyak hadiahnya kat bawah pokok tu, rasa nak rembat je walaupon kotak kosong je! cehh!



Tetap bersama mereka!
*Ila, Kemar n MakLang*



Shopping Time. shopping membuatkan aku hampir muflis! haha! tapi aku sangat puas hati kerana dapat menggembirakan hati. I love teetoo, my new Hand Bag.



Do Re Mi Fa So La la la la TiDoooo
*ayah along nak menatang nih, masa kecik-kecik dulu bagi yang kecik je, sekarang dah besar nak yang besar pulak!*



Decoration kat belakang tu sangat cantik okeh!



Pokok krismas lagi



Assalamulaikum, saya datang nak beraya, bukak lah pintu Snow White aku ada bawak buah epal nih!



Rehat kejap, letih lutut berjalan!



Aigooo.. uppa sarang he




Seperti biasa nak keluar dari Sunway Piramid kena tunggu sampai pintu dia tutup. hahaha. ko memang tak reti-reti nak balik kan! *ni salah satu pintu kedai yang cantik, tapi tak pasti nama kedai ni*


Sekian cerita dari Cik yang suka gi Sunway Piramid!

merayap . dengan . adik


Polo!

Amik kau entry yang dah hampir-hampir berkapuk gambarnya dalam henpon aku nih. Time ni aku merayap-rayap bersama adik dengan apit. Mana lagi bandar paling dengan rumah, Bahau la. Fuhh gi tengok wayang masa raya ke dua. Jangan tak caye ek kat Bahau pon ada panggung *kalah kau KT*



Tengok tu! betulkan kat Bahau
*tayangan hari pertama tu kita orang tengok! cerita Harry Potter ni Ok tak sabar nak tengok yang episod 2*



Serius, aku membayangkan nak beli tiketnye kena beratur panjang macam kat Sunway, sekali sampai-sampai terus je kat kaunter. memang takda orang! *orang kat sini memang tak pandai tengok wayang kot! rugi-rugi*



*terpaksa amik gambar sendiri. lolx*



Serius memang tak ramai orang!
*tengok la kat belakang tu, pekerja dia relek jer!*




Sementara nak tunggu wayang start, lepak minum-minum makan kentang kat MB *Bukan menteri Besar ek!* sambil layan FB sempatla download lagu




Dah kenyang, lepak tempat game pulak, layan main game Photo Hunter dengan Time Crisis II. aku main sampai part one je, pastu game over. disambung pulak dengan apit game over jugak. Adik jugak yang menghabiskan game ni.



Relek je menembak, tapi main sampai Finish okeh!


sekian berita yang hampir-hampir nak berkapuk! lolx!
bye

Saturday, November 27, 2010

Friday, November 26, 2010

keliling . rumah . atok

Polo! ;p

Mari mengenali rumah Pak Ngah Seton @ Zaiton *atok aku daaa* gambar-gambar ni masa Raya Haji ri tu, sibuk sangat sebab tu la baru nak update *ntah ape yang ko sibuk -_-'*



Aktiviti pertama adalahhhh, memungut lada belakang rumah!



Pak Andah dan Mak Andak turut serta dalam aktiviti tersebut!
*gile ko tak nak petik, bukan main mahal lagi kalau nak dibeli kat kedai*



Pak Chek dan Mak Lang
*bukan main rimba lagi belakang rumah ni bukan setakat semak, nyamuk gilers banyak dah ler tu dekat dengan tebing sungai! sangat merbahaya kalau tergelincir!*



Seterusnya, memetik limau kasturi
*menais dah pak andak tu! bau jangan cerita la, campak baju tu kat sungai macam kena tuba ikan kat dalam tuh! lolx. jangan marak Pak Andak! ngee~*



Masa merehatkan badan
*oleh kerana gilers banyak nyamuk, bakar daun-daun, sabut kelapa nak halau nyamuk. nak harapkan redset takde makna nye, 6 jota botol pon belum tentu halau nyamuk!*



Pak Usu main api!



Pak Chek dicelahan reban ayam Pak Usu



Jangan main-main, reban ayam ni siap ade jam tuh!
*ada timenye nak bagi makan*



Burung Bayan Pak Usu
*ada banyak ekor lagi ni, sebab terbang-terbang tak masuk dalam gambar*



Merbuk atok
*burung ni pon ade banyak! memang hobi mereka mengumpul burung nih!*



Ni sepupu
*ntah ape la yang si Danish tu lukis!*



Lembu qurban dah sampai ape lagi mereka dengan lahapnye melapah daging. lolx
*cepat bagi-bagikan ke orang kampung*



Oleh kerana rumah atok aku ni terletak hujung sekali, so sangat ramai orang datang jual barang yang ntah ape-ape dijadikan cerita atok aku selalu tertipu!
*salesman kalau ko datang lagi, aku campak ko kat laut mati! huhh!*



Sekian entry tanpa muka aku untuk kali ini yang dibawakan khas dari Kampung Kuala Paya, Buluh Kasap, Segamat Johor. yeahhhh aku orang Johor ek!


testing




Akhirnya dapat jugak aku nak besarkan gambar dalam blog nih! kredit untuk Dim yang membantu *saya sudah gembira tepuk tangan!* Ini adalah percobaan yang pertama so abaikan gambar Sprinkler itu! *gambar nih je yang ada dalam PC kat HQ nih! lolx*

Siap sedia semua selepas ini aku akan mengupload gambar yang godang-godang! hahaha

bye

Wednesday, November 24, 2010

AutoCAD2009


Polo!

Aku sedang berkursus sekarang ini. Basic AutoCAD 2009, boring! mungkin sebab benda asas yang banyak kita dah tau. tapi takpe, claim masyukkkk.. hahaha itu yang best bila pergi kursus lama-lama.

okeh bye

Monday, November 15, 2010

kalaulah




Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku buka sebuah kopitiam, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku dah pakai Camry 2.4v, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku dah beli sebuah rumah yang berdesign modern, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku boleh memiliki dia, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku sudah ada keluarga aku sendiri, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku nak kuasa magik itu semua jadi kenyataan, tingg

Kalaulah aku ada kuasa magik,
confirm aku nak buang angan-angan ada kuasa magik nih, tingg


. . . . . . . . . . . .



jom kita tengok cerita Harry Potter yang baru ;)


s e k i a n

Sunday, November 14, 2010

2.4V


Polo again!

yeyy nak memperkenalkan kereta idaman aku buat masa sekarang ini *hehe mana lah tau akan keluar lagi kereta yang lagi hot dari ini akan datang* terimalah ini dia kereta keluaran Toyota. iaitu Camry 2.4V 2011 awsome. dont know why la aku terjatuh hati dengan kereta ni dari dulu lagi *karen antara aku dengan kereta ni sampai kot hahaha* ku akui memang belum mampu nak memiliki Camry ini *WaRaS pon okeh kan* doa-doa lah moga impian tercapai nanti nak pakai kereta ni, maklumlah sekarang ni hanya mampu tengok orang bawak dan memuji-muji ahakss.






Exterior yang hotness




Keluaran baru 2011 nanti
*tergoda dengan sun roof itu. perghhh*



* conform tak sesat punya!*




*menangis tersedu-sedu kalau orang bagi sebijik kereta ni kat aku! uwaaa!*




Segalanya dihujung jari anda
*elektronik, robotronik*


dapatkan Toyota Camry 2.4v di kedai-kedai Toyota yang berhampiran dengan hanya RM174,990.00 *ahakss, tersedak bertubi-tubi* yakin boleh Syira untuk memilikinya akan datang! *sangat bersemangat!*





Tadi keluar jalan-jalan mencari tudung otw balik terjumpa kereta ni yang nombor ulang sekali lagi Nombor plat keretanya sama dengan kereta aku. kite geng, nombor dan jenis kereta yang sama kecuali warna dan tahap kebersihan. bahahaha.



s e k i a n

movie


Polo, opss Hello!
Hujung minggu yang di isi dengan jadual berjalan-jalan selain berguling menghabiskan masa depan tv dan tidur. plan si Hajar menonton wayang menjadi, mari kite ke Mesra Mall menonton wayang *aduss puas duduk dalam kereta baru sampai panggung! 2 jam okeh! slow Hajar ko bawak kete!*



Sementara menunggu pintu panggung buka, lepaking sambil bergambar dan mengusha Galang *hehehe, serius ade mamat muka lebih kurang macam Galang Pangalila*



Muka macam sangat gembira je, maklumlah berbulan-bulan tak tengok wayang!



TGV okeh!



Tengok tiket tu, betulkan kat Mesra Mall
*terengganu dah ada panggung! harga tiket kau standard KLCC sehhh*



Harus makan ini Donut
*tapi lagi suka yang JCo punya!*


Keluar bersama mereka
*hajar jangan menangis dulu, cerita belum start lagi! lolx*



*senyummmmmm, keluarkan gigi Najwani!*



After tengok wayang *kami adalah penonton yang paling bising! kami gelak kenapa orang lain tak gelak! mushkil!* jalan-jalan dalam Mesra Mall ni, 6 kali pusing okeh memang sangat tak besar tempat nih. nak shopping pon tak tahu nak beli apa! finally jumpa kedai yang boleh membeli sesuatu iaitu Body Shop. Lipstik satu kak kaler rose ek. okeh 45 hengget terbang. takpe. *Estee Lauder jugak yang best! kena cari jugak brand nih!*


okeh, bye