Thursday, April 28, 2011

balik



yeyy hari ini mahu pulang kekampung dengan memandu sendiri
semoga semuanya selamat
tak sabar nak jumpa baby Naufal

bye
[WRS mari bersiap sedia]

Tuesday, April 26, 2011

tag lagi


Hello Polo ;)

Semalam aku ada meeting di Kelantan.
Semalam aku makan nasi kerabu yang sedap.
Semalam aku makan makan sotong celup tepung yang keras.
Semalam aku makan keropok lekor yang awesome.
Semalam dah terbocorkan rahsia ko Wani.
Semalam pakai tudung hitam setelah sekian lama tidak memakai tudung warna warni.

Tadi tempah baju.
Tadi beli keropok keping best.
Tadi ternampak seorang mamat yang seolah-oleh menggunakan produk kecantikan.
Tadi siapkan paper work bos aku.
Tadi duduk dalam kereta yang suhunya lebih panas dari luar.


okeh seterusnya kita beralih kepada cerita seperti tajuk entry.

1 - ape bende yg pnting dlm hidup korang?
kereta, duit, makanan, tv cerita korea ;)

2 - benda trakhir yg korang beli dgn duit sndiri?
gi beli keropok keping kat pengkalan setar *ade sesiapa nak? leh wat niaga nih*

3 - di mana tempat korang ingin melangsongkan prkahwinan & tema prkahwinan anda?
kat Palong sudah la, kalau pelaminnya terapung boleh? tema nak glam, banyak warna-warna suci. hik hik hik.

7 - antara mak dgn ayah mana korang lebih mesra?
*tiba-tiba soklanya lompat no 7* dua-dua pon mesra, kalau nak kasut baru ngendeng ngan ayah, nak baju baru ngendeng dengan mak pulak. wee~

8 - namakan nama2 org yg betul2 nak jumpa dlm idop?
pakwe-pakwe korea boleh?

9 - adakah korang basuh baju sndiri?
kite masukkan baju dalam mesin, so mesin yang tolong basuh. eh terima kasih kepada elektrik jugak sebab boleh buat mesin berpusing. lolx.

10 - dimanakah tempat yg korang betul2 nak pergi?
negara yang ada bangunan yang canggih manggih ;)

11 - beritahu 3 perkara tentang org yg tag anda?
- kecik je, senang nak buli
- tahi lalat kat kaki sebab tu kuat jalan
- tak makan sambal

12 - 3 bnda yg korang sayang dlm idop korang?
- kereta
- mesej-mesej cinta dari dia... hu hu hu... TIPU a.k.a mesej birthday lah yang dari tutt
- henpon canggih guwe ini ;)

13 - lagu korang suka dan selalu dengar?
Dengar banyak lagu sekarang nih, tapi sekarang ni ulang-ulang lagu It's Hurts by 2NE1. best.

14 - 6 blogger yg korang nak tag?
mak ai 6 orang nak kena tag! *ada ke 6 orang yang rajin membaca blog aku nih?*
- shyqin. ko dah lama tak update blog kan.
- YOUsoF. kalau awak sudi.
- dim. dia nih hari-hari update blog.
- sesiapa lah yang sudi ek, tak reti nak tag sape.



sekian cerita tulus ikhlas.
bye

Sunday, April 24, 2011

mat rempit menyibuk dijalan


Salam Helo Polo ;)

Tajuk entry yang boleh mengundang kontroversi terkena penyepakkan, pertamparan atau kecalaran. oh taknak taknak! Last Friday kerja aku dekat rumah bangun tidur makan dan tidur semula. penat tidur di ruang tamu beralih pulak ke bilik. macam tu lah aktiviti weekends, hebat kan?


"boleh masuk pertandingan tidur paling lama nih T_T"


Okeh bila dah asar pon mata nih masih nak tidur, apa lagi dari meneruskan aktiviti tidur-tidur dengan paksa mengajak Hajar keluar meronggeng. yeyy makan XXXXtra Long Conney Dog A&W *bunyi macam lucah je makanan tu, tapi sepanjang perjalanan menyebut nama makanan tu. hik!*



Mat Rempit yang gila gula-gula ramainya. biasalah masing-masing baru keluar sarang. satu yang aku TAk suka dengan Mat Rempit nih sebab mereka ni sekali jalan ramai-ramai, cilok sana cilok sini, kalau dalam group tu bawak motor ada yang terlebih laju dan terlebih perlahan. dahlah suka-suka hati jalan lampu merah! perghh! kalau terlanggar marahkan orang yang bawak kereta *nyawa ko ada 8 ke ape?*


Sekian cerita mat rempit



Haa, ini dia xxxtra long conny dog. First time ni nak cuba makan makanan yang ada di A&W. jakun tak pernah makan! serius aku suka kentang goreng dia, setiap kali suap kemulut mesti cakap sedap. he he he. air buih-buih tu pon sedap *memang dah ada cop kat dahi ni suka float* tapi satu yang kurang air ni ialah dia terlalu manis mungkin sebab takda ais. air ini boleh masuk kategori air potong kaki! sesiapa yang belum cuba makan benda ni, pergilah try tak rugi keluarkan duit RM12.00



Dikeheningan petang Pantai Batu Burok.



Bila perut dah kenyang, baru boleh jalan-jalan tepi pantai ambil angin petang. memang nyaman, sebab aku pon dah lama tak kena angin laut nih. fuhh mahu lena dibuatnya kalau berbaring. kalau tau aku dah sediakan toto awal-awal lagi. lolx.



Itu dia orang yang buncit! serius buncit. perlu diet makan malam. he he he. diet hanya weekdays je, sampai hujung minggu bedal saja apa mau makan. ha ha ha. hati bahagia bila perut kenyang.


"sila hentak kaki sebelum masuk kereta yer"



sekian. bye.
[eh, orang kat opis nih suka cakap kuat-kuat. kecik kan sikit volume tu kak oi]

Thursday, April 21, 2011

drama ulang-ulang


Hello Polo. Hari ini nak tukar kata ganti nama aku kepada saya. Entry kali ini nak buat sorotan drama-drama korea yang saya pernah tonton sekali dua atau dah ulang 3-4 kali. Akceli ada banyak drama bersiri yang dah ditonton seawal tahun 2000 hingga sekarang, agak letih la kalau nak letak semua kat sini, korang pon scroll bukan baca sangat bila banyak-banyak tulisan nih.


Dolu-dolu tengok drama bersiri korea ni kat TV2 first dia tayangkan tanpa mengalih suara. sekarang ni kalau tengok kat TV semua sudah dialih bahasa kecuali di KBS.


"oppa saranghae"



Stairway to Heaven
Bukan main melalak lagi tengok cerita nih, bengkak-bengkak mata. Hero Kwon Sang Woo, masa ni dialah hero paling kacak. kalau saya sebut Oppa tu takda orang lain dia lah. ha ha ha.



Sad Sonata a.k.a Sad Love Story
Ini satu lagi drama lakonan Kwon Sang Woo. hero ni memang air mata lah weh. Dulu dengan mak cik kalau keluar ke Bahau mesti nak balik rumah sebelum jam 6 wajib nak tengok cerita nih. padahal Bahau dengan rumah amik masa 1 jam, bertapa cepatnya kami ber-shooping dikala keluar rumah jam 2 petang *oppa punya pasal T_T*



Full House
Cerita ni memang tak payah cerita la, majoriti semua orang tau. kat TV pun banyak kali ulang tayang *dah ulang banyak kali pon tengok jugak* Suka cerita yang jenisnya macam ni, romantik komedi. Rain oh Hujan.



Sorry, I Love You
Cerita ni main kat Astro, lama dah sekarang takda pula ualang tanyang. cerita ni boleh geng dengan cerita air mata yang lain. tak puah hati dengan cerita ni Hero dan Heroin dia mati. Apekah?



My Girl
Cerita ni pon macam Hot juga, aku siap beli DVD dengan CD Lagunya. he he he. ulang tayang dah 3 kali. tapi sayang DVD ada 4 keping tapi dah hilang satu *ntah sape yang mencopetnye! grr* sekarang pon cerita ni ada ulang tayang di Animax dengan versi cakap melayu lagi so tak payah susah-susah nak baca sarikata.



Boy's Over Flower
Gu Jun Pyo saranghae. wahh suka tengok mamat rambut kerinting nih. cerita ni kelakar dan sedih-sedih bila dah last-last. Dah berapa kali ulang DVD cerita nih? jagan tanyalah, asal ada masa je memang aku ulang punya. he he he.



Kiss
Tajuk cerita ni pon bukan main lagi, tapi sebenarnya tak menggambarkan tajuk tu pon sikit je pon kiss nye. he he he. aku suka cerita ni sebab boleh bagi inspirasi iaitu jangan putus asa kalau kita suka seseorang. usaha sampai boleh T_T



Marry me Mary
Nice punya cerita. Heroin pon comel mata besau. hero ni tengok lama boleh tahan la. rasanya tengok life memang kacak lah *nak balik segamat nak beli DVD cerita nih, tak pon ada sesiapa boleh belikan cerita nih?*



Dream High
Cerita pasal budak sekolah seni yang semuanya bercita-cita nak jadi penyanyi. Pelakonya boleh dikatakan majoriti penyanyi *hey IU yang kiut miut dalam cerita nih*



My Girlfriend Is Gumiho
wah cerita Gumiho a.k.a Fox di zaman moden. Nice ceritanya, tengok banyak kali pon ok. Motif cerita ni jangan putus asa *fighting!*



Oh! My Lady
fewwitt, drama korea paling letes aku tonton. Sekarang dalam proses ulang tayang yang ke 2 kali. Mari beramai-ramai kita tonton.



Sekarang nih saya dah tak tengok lagi drama korea kat TV tak tau ape pasal! tak sempat, tak berpeluang nak tengok? entahlah.


Sekian, bye
[omo! oppa was here~]

Wednesday, April 20, 2011

makan-makan


Salam and hello polo readers semua ;)


Wahh intro yang nampak gayanya sedang sangat gembira. he he he. hey akhirnya berjaya juga menyiapkan kerja mengisi nama-nama perlimen dan dun bagi projek-projek tahun 2009 *gile gula-gula banyaknya, naik rabun mata memandang kertas. mata ni nak pakai lama weh!*


Nak bagi tahu, tahun ini aku terlibat lagi dengan projek KIK. projek apa kali ini dijalankan? jangan tanya aku! aku pon tak paham menatang menda ntah. aku ambil untuk buat graphic aje.


Perhatikan gambar di bawah *tidak ada kena mengena dengan cerita diatas T_T*



Feberet. semalam punya lunch. sekarang pizza ada buat offer 50% menu pilihan. kebetulan memang nak sangat makan Spaghetti Bolognese. ha ha ha. tepat pada masanya dengan potongan harga.



Penangan orang lapar. aku punya sampai paling lewat, tapi orang pertama habiskan *gelojoh, senyap bila dapat makanan*



Semalam makan Spaghetti banyak sangat, amik kau pipi makin bulat T_T



Betulkan bulat?


okeh bye hajar dah tunggu kat bawah nak balik
[omo]

Monday, April 18, 2011

adehh parut


Salam and hai semua yang membaca. dah 3 hari kot tak update blog, ghase-ghase macam 3 bulan je *cehh perasan kau!* kalau kat sini ada sesiapa yang terbaca ke terperasan ke status aku kat fb atau tweet yang aku sangat disappointed. memang sangat kecewa, yer ini salah aku *kenapa kau leka sangat!*

Cerita sebenarnya disebabkan buah hati kesayangan aku itu telah berparut di punggung. perghh tak comey dah. sedih. nampak dah bayang-bayang duit berterbangan meninggalkan aku *ape kena tetiba mp3 aku ni lagu Saloma pulak! salah mood lah!*



Padan muka kau syiro WARAS dah berparut, sibuk nau tengok-tengok POLO T_T. orang kata parut nih sikit aje. gesel-gesel dengan kit nanti hilanglah, cat yang tertanggal pun sikit je. kalau kau nak hantar kasi cat mesti tuan kedai kata ngada-ngada budak nih!


"ahh tak kira nak bawa balik kampung juga
nak kasi cat yang sikit itu"



Chopp! dia bf baru aku eh, orang lain tengok je tak boleh pegang-pegang. bila Ashraf Muslim kata hati dia sudah dimiliki, uwaa rasa nak tempeleng je *demm perasan terlebih* takda la rasa sebegitu, cukuplah pasangannya itu setanding dengan dia *ewahh engkau pulak yang lebih syiro*

Okeh mamat berlesung pipit ini Choi Siwon dari group Super Junior dan boleh tengok dia dalam cerita Oh My Lady *fuhh cerita nih aku khatamkan dalam masa 2 hari, sekarang masa untuk ulang siaran he he he*


tak hemsem tapi hemsem tang pewot dia. ha ha ha.


woot~
*sekali lagi dinyatakan, dia aku punya*




okeh sekian entry merepek dan perasan. bye~
[hari-hari dengar lagu korea, tapi masih tak boleh nak nyanyi]

Thursday, April 14, 2011

satu



sangat boring mengadap kerja satu hari ni, photoshop pon lama tak berusik. sakit mata mengadap fail meja, taip menaip dekat word. edit gambar juga yang best. he he he.


sekian entry tanpa bebelan panjang
[alamak pengarah tanya aku lagu feberet ;]

heart toO


Aku
Tidak sama
Hati satu
Masih tidak menentu





Monday, April 11, 2011

Muhammad Naufal b. Mohd Hafizi


jeng jeng kini aku mempersembahkan buah hati aku, si baby kecik yang comelness

Muhammad Naufal Bin Mohd Hafizi
Lahir 28 Mac 2011
3.18 kg


sangat sayang dengan kamu baby Naufal, kalau boleh hari-hari mau cium kamu
*uwaa rasa mahu ada baby sendiri, cepat bagi aku baby*

perkara semalam


Hey kembali bersiaran lagi hari ini. hari ini rasanya macam banyak yang nak diceritakan tapi taknak buat dalam satu entry, so jangan marah kalau hari ini ada dua tiga entry sekali gus. pecah rekod weh untuk bulan ini sudah dua kali pulang ke kampung, semua gara-gara si anak kecil itu *anak kecil tunggu entry lain ek T_T*


guwe di Felda Palong 9, Negeri Sembilan yang aman damai serta terang bederang sebab pokok gotah dah ditobang



diantara family aku yang turut hadir kenduri kahwin adik makcik aku



ha itu dia pengantinnya yang serba oren di panas terik mentari
*makcik aku si tukang kipas itu. marahkan siapa mak chek ditepi itu?*






Semalam juga celebrate kecil-kecilan birthday Danish a.k.a tuktak sepupu kecil aku. sekejap je dah masuk 3 tahun umur Danish nih, rasa macam baru je lagi. semakin petah pula kalau bercakap tapi bukan joyah ek *danish punya pasal, mak uda ngan mak lang siap buat laksa johor lagi. tiba-tiba teringat laksa johor yang dibuat arwah mak uteh yang sangat awesome*


"al-fatihah buat allahyarhamah Faizah Zaiton"



hidangan kek Chocolate Indulgence hasil tangan Secret Recipe
*kebanyakan gambar disnap guna kamera, so yang ini je ada aku tak sempat meng-copy gambar tersebut*






Selepas selesai celebrate birthday Danish, aku bersilat-silat mengemas barang, bersiap-siap untuk pulang ke Terengganu. perjalanan menuju ke Airport sangat menguji kesabaran. jem dimerata-rata tempat. demm. mujur sempat mengejar kapal terbang. mampos aku tak nak gi Airport lagi time-time ada F1, gile-gile punya jem! aku dalam kereta dah tak tentu arah dibuatnya takut terlepas flight.



fuhh sampai airport sharp-sharp je masanya, check in terus naik flight
*dapat duduk tepi tingkat serba sikit meredakan perasaan T_T*



perjalanan dalam flight pon agak mengerikan juga, sebab asik bergoyang-goyang maklumlah faktor cuaca yang kurang mengizinkan


bila di ingat-ingatkan rupanya semalam keluar rumah tak baca doa, patutlah macam-macam dugaan. ishh ishh.


sekian, bye
[jangan lupa baca doa sebelum keluar rumah]

NeoReader

Last weekend aku telah berjaya meng-update henpon canggih aku nih *perasan bukan kau yang update le syiro! adik kau yang buatkan* bila dah update henpon ni barulah macam laju sikit. Ntah macam mana ada pulak NeoReader kat application aku nih. binatang apakah ini? binatang berkaki 6 kah? tinggi-tinggi kah? buncit-buncit kah? aishh.



"ape benda apit NeoReader nih?"

"mana apit tau!*



Hari ini dengan gigih meng-google NeoReader *tak sia-sia google ni wujud, senang bebenau nak cari maklumat* finally tau dah apa NeoReader. apa yang aku paham NeoReader ini ialah :

  • sejenis barcode 4 segi
  • scan barcode ni pada henpon boleh access mobile web dengan pantas tanpa perlu menaip

Dekat mana boleh jumpa barcode ni? biasa dia ada dalam magazine, iklan-iklan mana-mana billboards ke. tak pasti pula barcode ini sudah digunakan secara meluas di Malaysia ataupon tidak. tapi kebetulan semalam terjumpa barcode ini di magazine dalam flight air asia, sesiapa yang nak naik flight tu nanti bolehla belek-belek magazine nye ek.





ini adalah salah satu contoh barcode yang aku create
*kalau tak caya, cuba scan guna henpon korang sekarang*



Sekian entry kali ini, sesiapa yang berminat bolehla men-download NeoReader ni pada henpon canggih anda. selamat mencuba. bye.
[something deep inside]

Thursday, April 7, 2011

gile punya jatuh cinta


mimpi
benci betullah kalau diganggu
tak lena
mata bengkak
orang kata nangis
cet! tidak la!


Seminggu nih aku asik diganggu je. tekanan betul! perasaan jadi tak menentu, hati huru-hara, segala macam ada. macam hampeh bila aku rasa diri aku nih kemaruk sangat T_T . gile punya jatuh cinta. arghh demm.


"sekarang ni kau tak mampu, jadi jangan berangan!"

"semua kuasa diluar kawalan okeh!"



alangkah indah yang diatas ada temannya. sudi kamu yang dibawah menjadi teman?




. . . . . . . . . . . . . . .




Cucuk pendrive pada PC nak cari satu statement akaun yang aku pernah buat dulu. konon nya mahu kembali mengurus kewangan dengan bijak demi masa depan yang bersinar-sinar *wahh ayat bunga mana kau petik nih syiro?*

Tak jumpa pon, ntah mana agak nya? ini lah yang dinamakan lain yang dicari lain yang di jumpa, pendek kata apa yang kita nak selalunya mesti takda, bila taknak ada pulak depan mata.

Peweett, gambar zaman neolitik dulu nih. rasa macam rindu pulak dengan zaman-zaman berambut pendek dulu. nak di potong sekarang nih rasa sayang pulak. yer lah, aku ni kalau orang salah potong rambut mulalah tak boleh tidur malam *cerewet betul!*



okeh sekian,
[balik kampung wehh malam ini, ~wee]


Wednesday, April 6, 2011

Muara Merchang Terengganu

Semalam secara tiba-tiba mendapat perintah dari Pengarah supaya mengekori mereka untuk membuat siasatan tapak di Merchang, tempat selalu berlakunya banjir. Dari bosan-bosan main game, baik ikut mereka. bila di fikirkan tempat banjir di Merchang, ingatkan cuma tepi jalan sahaja.

Bila sampai dan jumpa orang yang berkenaan rupanya dibawa ketempat puncanya banjir, yeyy pergi muara. aku ingatkan muara duduk tepi sahaja, naik boat nelayan wehh. cuba bayangkan kami yang semuanya perempuan berbaju kurung dan Hajar menyarung kasut tumit tinggi T_T.



di jeti. semalam dress-up lebih-lebih pergi opis dengan baju kurung kain belah-belah, tudung lilit-lilit, mujur hanya menyarung plat shoes
*haru nak melangkah masuk boat*



yeyy yeyy dalam boat
*muka sangat gembira di sebalik takut-takut sebab takda life jacket. kami tak pandai berenang pok cik! *



Mereka juga sangat teruja



Kedai tepi sungai



pok cik pemberi maklumat



Pemandu dan assistant
*steady pok cik rokok di muncung mulut, takut mabuk ek? ha ha ha*



Dah sampai dimuara dengan perjalanan menaiki bot sejauh 3km
*sungai yang berliku-liku*



Sesi perbincangan dimulakan di bawah terik mentari
*terer pok wee melukis pelan*



5 minit kemudia Ija menyerah kalah, dari mencangkung terus bersila diatas pasir. perbincangan terus berlangsung selama 40 minit
*panas ini sangat menguji. adehh dah macam udang bakar nih*



Nelayan pulang dari memburu. lol. menangkap ikan a.k.a menengok jaring
*ntah yer ntah tidak aku nih T_T*



Panas-panas pun sempat nak berposing



Perjalanan pulang
*laju lagi pok cik, kite potong boat kat depan tuh*



Ewah bergambar lagi
*Ija dibelakang tu sangat gembira okeh!*



Ija dan Hajar
*peace*



Berjaya potong boat tadi. peace pok cik sebab bagi kami menang.



Wahh ikan yang sangat segar dari pok cik peace tadi
*Ija kata ikan ni macam pakai lens warna biru. kami membawa pulang kesemua ikan tersebut. gilerr banyak. terima kasih yer pok cik*



Tempat boat parking atau landing




"pok cik, kenapa air ni hitam?"

"hitam sebab hujan. hitam ni air hujan"




okeh, sekian kembara kerja kami.
[amaran merokok membahayakan kesihatan!]