Wednesday, December 28, 2011

wanita


Assalamualaikum dan Hello polo ^^

Setelah sekian lama tidak merepek meraban dalam blog hari ni macam nak merepek panjang-panjang *kite tengok boleh ke tidak mengarang 380 patah perkataan macam ambil SPM dulu* haha semoga berjaya syiro! sila bertabah jari jemariku *tiba-tiba*


Aku rasa macam baru meninggalkan zaman sekolah, rupa-rupanya beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 2012 bermaksud aku dah meninggalkan sekolah selama 12 tahun. Sila bertabah lagi syiro sebab usia tahun depan sudah beranjak ke angka 3 dihadapannya *huarghh banyaknya* sangat berusia wehh T_T


Wanita dah weh aku tahun depan! bermaksud tahun depan dah boleh baca majalah wanita *hikhik* oh tidak, aku tak berapa suka baca majalah tu sebab banyak sangat iklan produk kecantikan, lagi pula dia banyak cerita hal wanita-wanita yang dah berkahwin. Belum sesuai aku nak membacanya, conform aku baca CLEO dan Cosmopolitan lagi, itu pon kalau aku rasa nak beli. Bukan apa kalau baca, eh bukan baca sangat tengok gambar lebih aku nih kalau baca sekejap dah boleh terlelap.



Ini IU singer from Korea *comel kan*


Bila dah beranjak kepada usia yang lebih dewasa ni banyak benda yang menggerunkan kepada seorang wanita terutama bila hormon dan metabolisma semakin berkurangan *feww* tipulah kalau kita tak risau kalau rambut semakin banyak berguguran, kesan-kesan penuaan semakin kelihatan, munculnya garis-garis halus kat mata dan macam-macam lagi. Macam tak boleh terima hakikat! tapi itulah hakikatnya!


Wahh, tiba-tiba keluar topik-topik yang agak berat!



Kalau nak cantik macam perempuan ini kena makan limau banyak-banyak baru mata boleh bertukar kaler biru T_T *#eh ada pula yang buat nanti* Bukan makan limau banyak-banyak, tapi makan supplement vitamin c. Percaya atau tidak, kena google infonya sendiri ek.


Aku rasa aku nak makan collagent ni lah, tapiiii mahal weh kos sebulan RM128 *fuaa kenapa kau mahal sangat!* aku ada google sikit pasal collagent ni, ramai yang komen kata sangat ok makan collagent ni, but kalau kita berhenti makan kulit kita akan kembali kepada asal. Maknanya kalau nak maintain cantik, kena lah maintain makan collagent nih *nak pitih 128 tiap-tiap bulan nak beli benda nih*

Nak belilah collagent ni, tapi tunggu gaji naik sekali ganda ek, haha berangan kau syiro ;)

Okeh, idea dah mati nak menaip apa lagi nih! *idea-idea sila mari* idea sangat zalim dengan I dia taknak mari pon, benci U. Sampai sini je lah



Sekian, bye
[layan ohmedia.fm]

Monday, December 19, 2011

cuti-cuti hujung tahun

Assalamualaikum & Hello Polo ;)

fuhhh fuhhh *tiup habuk* kononya sebab blog dah lama tak update T_T, taktau dah nak cerita ape tengok gambar jer lah ek



Baby Naufal dalam kereta batman :)



Datang menziarah Mid Valley yang dah beberapa tahun tak datang sana. Melawat pameran harta tanah bumiputera, ha ha gaya macam nak beli rumah kondo juta-juta kan.



Jalan-jalan pusing-pusing tengok pokok krismas
*masa nak amik gambar kat sini takda orang pon, bila kami dah bertempel bergambar ramai pulak yang menunggu turn nak bergambar, cehh!*




Penat pusing-pusing midvalley, kita melawat pula KLCC sementelaah *apekah?* dapat tiket free konsert Ruth Sahanaya *bukan murah okeh tiket nak tengok konsert tu, apatah lagi dia buat kat KLCC dengan tetamu VIP dia bukan sebarang orang, raja mana ntah ada dan Tun Mahathir pun ada*



Menunggu konsert bermula, opss menunggu tetamu VIP masuk hall !
*serius lambat gila nak tunggu dia start, sepatutnya jam 8, tapi 8.45 baru start* <--- janji apakah



Sound system dia memang best dan sangat kuat
*ingatkan tengok wayang dah cukup kuat, rupanya kat sini lagi kuat*



Walaupun Ruth Sahanaya ni nampak agak berusia, tapi dia nyanyi cukup power okeh. Aku bukan kenal sangat dia ni, lagu dia yang aku tahu pon 2/3 je. Tapi bila bila dengar kat konsert ni rasa lagu-lagu dia banyak yang best-best. Terbaik. Memang tak rugi kalau beli tiket konsert dia mahal pon #eh aku dapat free lah.



Artis jemputan Khatijah Ibrahim
*aku suka bila dia nyanyi lagu feberet kupendah sebuah duka, tetiba macam sentap kejap kan*



Kita orang keluar hall awal sikit, tapi dah penghujung konsert la, sebab dah tak tahan nak masuk toilet perut pon dah memainkan lagu-lagu bangra minta diisi T_T



Dalam toilet pon jadi bergambar T_T



Posing lagi depan hall
*baby Naufal ajak main cakcekur*



And the next day kami jalan KLCC lagi :)
*kali ni nak tengok pameran komik*



Tiba-tiba ada budak sekolah yang cedera parah kat sini, agak scary juga dia dia nih



Ku akui mamat ni kacak okeh!
*seksiii ada anak sixpack!*



Tak kira nak bergambar jugak dengan dia!



Diantara watak-watak anime yang ada
*sangat meriah kat sini, macam-macam fesyen ada*



Abang dengan sapa ntah :)



Gaban #eh betul ke?
*mereka sangat beria buat kostum-kostum sebegini rupa*



Bersama cik rambut purple
*taktau lah dia ni watak anime mana, anime yang aku kenal naruto je*



Amoi ni comel, memang sesuailah dia buat watak nih



Tak kenal sapa dua orang ni yang sibuk main pedang



Sasuke merajuk dengan I



Baby Naufal yang keletihan, merengek je nih mintak dukung



Wehoo, seperti biasa I tak kenal watak nih T_T



Okeh dah penat berjalan dicelahan-celahan anime dan rasa bahangnya, kita lari masuk KLCC cari aircond.



Sekian sampai disini, nanti kite sambung lagi ek.
[cuti-cuti hujung tahun, #eh mak dah tipon suh balik kampung]

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #17


rindu masa lengang...

Monday, December 5, 2011

KIK


Assalamualaikum and Hello Polo ;)




Beberapa hari lagi nak presentation KIK *ketor sudahh!* mana tidaknya paper work masih ada yang belum siap, skrip masih ada yang perlu diubah, praktis presend belum lagi, inikan pula mahu dihafal skrip! memang tidak terhafal la skrip nanti.

Apa pun yang bakal berlaku kita redah dan harung, kalah menang belakang kira. Yang penting nanti kita tak memalukan diri sendiri *uhukk!*

Setelah sekian lama HQ minta gambar ahli kumpulan, baru hari ini kami semua berkumpul dan bergambar *amik gambar berjota-jota, yang dia hendak cuma satu je! mujur sekarang bukan pakai kodak lagi!*



Lokasi yang dipilih, cita-cita lama I nak bergambar di tangga Wisma



Sementara menunggu ibu mengandung yang seorang lagi, kita try snap sekali




"semua orang pandang lampu kat depan tuh" kata En Is pada kami
*tapi sayang, muka roy terlindung dek kepada En Is pulak! tamak bos ni nak dok depan!*





Masing-masing suka suki je nak amik gambar

*kebetulan hari ni ada majlis pulak kat u2 tuh, ramai pula yang lalu lalang! haish!*





Paling suka gambar yang ini, semua nampak ceria je :)




Finally gambar yang ini juga En Is hantar ke HQ
*tak nampak dah gambar wisma, yang nampak cuma kereta yang berpeleseran, ahaks T_T*






Perasan tak? perasan tak? I dalam gambar ni nampak sangat putih *bangga kejap* I tak edit ek gambar ini, memang semula jadi jadi gitu T_T' *musim hujan kan, mana nak jumpa matahari, dok terperuk dalam aircord mana tak putihnya <---- perasan!!*



Sekarang bertungkus lumus menyiapkan KIK. Hari khamis turun INTIM lagi jumpa orang yang ajar kami KIK nak suruh dia check kami punya hasil kerja sebelum presend. Next week nya dah kena presend KIK *semoga berjaya kami semua. apekah!!*




Sekian, masa dah time nak balik

bye

[baju yang ditempah belum siap, kasut dan tudung tak beli lagi! arghh!]