Wednesday, January 25, 2012

me

Assalamualaikum and Helo polo!
*hari-hari sebut polo ni manalah tahu kan dapat pakai polo lak nanti, erkk! nak sebut golf gti lah pulak lepas nih!*

Assalamualaikum and Helo golf gti, fuahaha



Seperti yang telah dijanjikan, dipersembahkan foto pertama I ditahun 2012 taraaa *pang!* baget selebriti kan. tak salah untuk berangan di blog sendiri #eh sukahatilah. amik gambar guna hp tapi gebang macam pergi fotoshoot studio bagai.

#serius aku sangat berangan nak ambil gambar dengan fotografer kat studio ala-ala retis nak buat cover magazine remaja *ahaks! remajakah?* hahaha nama pun berangankan, terlebih makan buah berangan nih.



2012 sama dengan usia yang akan menjangkau 30 tahun *alah omak kawin kan den!* <-- serius ini gatal nak mam%us.

Azam tahun nih *ceh baru nak berazam*
1) guna cream anti-aging
2) minum collagen
3) telan vitamin c dan q10

Serius kau tak nak nampak tua! pheww!
Tapi apakan daya, usia sentiasa akan berganjak, tidak mampu untuk melawannya, terimalah ini semua adalah lumrah kejadian alam *boleh tahan ayat mak cik nih!*

Okeh sekian cerita tak nak tua!
bye


Monday, January 16, 2012

Can you hear my heart

Assalamualaikum dan Hello Polo!


Can you hear my heart, sape dah tengok cerita nih? aku baru tengok sampai episod 12. serius memang tak menyesal aku beli cerita nih, best woo! cerita ni boleh buat aku ketawa, melalak pon yer *mujur tengok sorang-sorang dalam bilik takda orang!*




Aku tak reti nak ceritakan cerita ni macam mana, tapi korang boleh baca dekat sini <--- click kat situ.


Okeh aku takda benda nak cerita lagi, cuma tak sabar nak habiskan cerita nih. tapiii hari ni kena outstation ke Dungun 3 hari lepas tu kena ke KL pulak! adehh!.


Bye

[tak rugi kalau korang tengok cerita nih]

Thursday, January 12, 2012

cerita awal tahun

Assalamualaikum dan Helo polo :)


Kita sambung lagi sorotan gambar-gambar yang sempat diambil masa awal-awal tahun ini *ewahh, macam ramai yang berminat nak tengok gambar guwe!*


Bila digodek-godek hp baru I perasan bahawa untuk tahun ini belum mengambil sambar sendiri lagi. Nak ambil gambar sendiri mestilah ada mood dulu *cehh!* sekarang macam takde mood sangat nak snap gambar, maklum ler pakai hp je kot! mana lah nak berkualiti sangat gambarnya! berkuali adalah! lolx!


Kuali pon kuali lah, janji ada gambar jugak kan. Nah ada dijemput untuk menontonnya, dipersilakan




PakNgah sedang kusyuk mengorek isi durian yang maabeless T_T



Kegigihan PakUsu mengupas durian
*ini baru sikit, tak nampak dibucu rumah tu ada selonggokan durian yang menanti ketibaan kami untuk merangkulnya*




Dua orang sepupu sedang menikmati kelazatan durian

*ekceli masa ni kami semua dapat berkumpul sebab pemergian atok perempuan, semoga atok tenang disana, aminn*



Ayah kupas durian, abang menunggu tepi untuk menyambarnya

*lapar masing-masing balik dari pengkebumian arwah atok, kami santap durian je petang tu sementara menunggu makanan siap untuk kenduri*



Beberapa hari selepas itu *ewahh* aku dan beberapa orang MakCik melawat serakik *kebun buah-buah* untuk mengutip durian lagi




Yang ini kebun bapak aku! Super banyak buah durian

*rugi wehh tak balik kampung time-time ni untuk makan durian dengan puas dan buas, nak buat macam mana anak dara dia sorang ni jauh diperantauan. sadiss! kalau dekat tiap-tiap minggu aku berulang balik kampung*




Laluan masuk yang berimba

*scary jugak nak kutip durian nih, mana tidaknya masa leka pusing-pusing cari buah durian boleh jugak angin tiup kencang-kencang kan, buatnya durian jatuh atas kepala memang nahas lah*




Penat-penat kutip durian, balik rumah atok terus menuju ke sungai. Perghh ada orang letak apa ntah kat air sungai tu yang buat ikan dan udang timbul-timbul kelemasan. Syok woo tangkap udang besau-besau, lagi syok sebab udang tu dok tepi gigi air jek. Aku sorang je dapat beberapa ekor. *masa ni MakNgah dan MakLong ketawa sakan sebab MakNgah jatuh terduduk sebab nak tangkap udang. Sory MakNgah masuk jugak gambar ni kat blog. hikhik*





Dah nampak udang belingkau dekat tepi dah tak herankan kaki memijak tanah lembek! *kalau tak pijak, tak dapat lah udang!*





Ini hasil penagkapan udang tersebut

*ada lagi udang ni yang tak masuk gambar*




Tamat cerita udang, masuk pulak beberapa gambar makanan yang dimakan

*sugar free katanya, tapi manis gak aku makan*




Spagetti Meetball Bologenes

*oh, ini gambar hujung tahun lepas*




Lasagne Beef

*sedap, tapi sikit tak cukup aku makan, perghh*




Ais krim goreng

*first time aku makan ais krim goreng. Boleh tahan sedap. Serius aku memang tak cukup makan seketul jek. Fuaa kenapa aku kuat makan sekarang nih!*




Ini Limau, kalau tak kenal tak tau lah!

*dah masuk musim raya cina ni memang banyak lah orang bagi limau nih*





Okeh, setakat ini dulu gambar yang ada. Next time I masukkan gambar terbaru I ditahun 2012 ek *ni yang rasa nak gi sesi fotografi ala-ala cover magazine nih. Ada sesiap yang nak taja I? haha berangan!*



Sekian, bye

[nak usha lah sesapa yang boleh buat fotografi nih]



Sunday, January 1, 2012

colours of 2011

Assalamualaikum and Hello Polo :)


Entry yang agak terlambat sikit. Entry ni sudah lama terperap, cuma belum di postkan lagi, maklumlah tiba-tiba dapat berita tergempar diawal-awal tahun.

Chapter 2012, page 2 of 366
Semoga roh mu "Tijah binti Ja'ain" di cucuri rahmat



Tahun baru kena azam baru, untuk aku belum ada lagi, cuma mahukan hidup yang lebih bahagia di tahun baru ini *cerita azam baru entry lain lah ek* ewahh macam rajin pulak nak buat entry lain lagi, yang ini pon belum habis lagi *yang penting azam tersemat dalam hati nurani. perghh!*



2011 memang tahun yang indah
*gambar agak berterabur, I malas dah nak susun gambar*





Anak saudara pertama baby Mohammad Naufal bin Mohd Hafizi




Mama Along and Baby Naufal


Mama along yang baru berani nak dukung baby Naufal bila usia masuk 3 bulan


First time menonton konsert


Kali ke dua menyertai kumpulan KIK


*kali ni memang berkawan dengan lelaki sahaja, mujur berjalan-jalan mereka heret aku sekali, kalau tidak sorang-sorang la dok hotel*


I miss her


*with Hajarun diatas bot melawat site*


I miss her too


With Najwani di majlis sambutan Hari Raya KWDI



Kami tinggal bertiga geng di opis, tapi sekarang Ija sedang cuti bersalin


Hari terakhir Hajarun punch card di PPPNT


Bersiar-siar keliling Kuala Terengganu bersama mereka


Berbuka puasa di Grand Continental



Best Korean Drama of the year 2011 *Lee Min Ho saranghae*




Masih aktif berbowling walaupon tak terer T_T'




Mak Ayah dengan Cucu kesayangan


Walauapapun terjadi, mama along tetap suka warna merah


*merah itu cinta okeh! pheww*


Satu-satunya hadiah birthday di tahun 2011 *my bb, ermm*


Opismate


*baru tadi aku perasan bord warna warni kat belakang tu telah dibuang dan digantikan dengan papan dart, yekk yekk*


Berjalan sejauh 2km sempena sambutan maulidur rasul


Makan-makan dirumah SDO Negeri Terengganu


Lepak tepi pantai setelah penat bersenam di INTIM Kemaman





*tahan mabuk di atas pelantar*







Sekian


[mood mengupdate blog baru je nih, pheww]