Wednesday, March 28, 2012

Birthday Naufal :)



Selamat hari lahir Baby Naufal yang pertama
Semoga jadi anak yang soleh dan cepat dapat jodoh! *tiba-tiba, haha*
:: mama along sayang naufal, muaahh ::

Sunday, March 25, 2012

3


Assalamualaikum dan Hello Polo everybody :)

Mood sangat ceria dan molek hari nih *petua awet muda okeh* oleh itu senyum-senyum sokmo yer.




Woot, hari ini 25 Mac 2012, genap 3 tahun I menetap dan berkhidmad di Terengganu *macam tak caya jer* rasanya baru lagi lapor diri dekat sini, dah 1095 hari rupanya *kalau kumpul satu hari seringgit, banyak dah tu, boleh dah buat baju kawin. berangan! pangg!* masa berlalu memang sangat cepat macam kura-kura berlari #eh *betulah sebab kura-kura yang menang masa lumba dengan arnab kan?*


3 tahun berlalu membuatkan I lebih tabah *ewahh* tapi betul! sekarang kita lebih memahami siapa diri kita yang sebenarnya. Jarak juga membuatkan kita kenal siapa mereka disekeliling kita.


Mula-mula datang sini, ketat bukan main muka ni! perasaan tok sah citer la, memang tak nak orang kata suruh keje sini. Kalau boleh nak berhenti kerja! *jauh sekali pikiran masa tu, mujur masa tu pikir nanti siapa yang nak bayar WARAS* nangis tu kira hari-hari. Tak lalu makan! sudahlan sebelum ni badan tu cekeding je, bila tak lalu makan lagi kering dibuatnya *masa ni tak boleh duduk lepak tepi pantai pegang payung, kena tiup angin memang terbang I nih*


"kau dah terlalu selesa dekat tempat lama"


Itu diantara kata-kata yang paling menusuk kalbu 3 tahun yang lalu. Kata-kata tu juga yang buat aku berfikir dan cuba cari keserasian untuk bekerja. Aku cuba terokai perkara baru dalam hidup. Cuba kenal erti hidup berjauhan dari keluarga dan teman-teman rapat *memang senak laa* tapi hidup kita perlu tabah :)


"terengganu tempat untuk bercuti, bukan untuk bekerja!"


Itu tanggapan pertama aku mengenai negeri terengganu *well betul kan?* haha, apa kesudahan nya, kite kerja jer lah kat sini selagi tertulis yang rezeki kita memang di sini.


Walk alone
Drive alone
Live alone
and I'm alone


Yer, sila tabah syira
Semoga hari-hari yang berikut akan lebih membawa kebahagian untuk di catit dalam diari hati yang kosong.


Bye
[jom dengar radio HotFm t'ganu hari nih, suara I bakal keluar dicorong radio, kyaaa]

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #18

Outchh!
*hati tersentuh*


Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

bersukan

Assalamualaikum dan hello polo :)


Kyaaa! finally tukar juga header blog ini *sangat gembira kau ek!* haha, buat sendiri jek, walaupun simple mimple tak kisahlah yang penting dah tukar header baru! Kali ni kita letak tagline besau-besau dan kecikkan nama blog, hehe. Background yang baru sudah siap, nanti i tukar *tapi sila jangan pening yer, sebab berwarna warni*








Itu dia jiran Lee Chong Wei dah turun gelanggang! ahaks!

Semalam merupakan kali ke 2 aku turun padang main badminton *ewahh, apa kau main dekat padang bola ke hapa?* first time main memang sangat sakit badan nih! seluruh anggota badan sebelah kanan terasa sakit! maklumlah 4 tahun tak pegang raket bedminton! itu pon i pinjam orang punya, haha *ada hati nak main tapi raket takda!* mekasih pokcik bagi i pinjam raket yang mahal itu *sebab mahal terus terer main, ahaks!*

Kononnya semalam main untuk kali ke 2. Kau bayangkan nak main badminton 2 orang dengan sewa cord 2 jam! mahunya sengal-sengal badan! Masuk je dewan segan okeh semuanya lelaki -_-' *kalau yang cina-cina tuh bajunya dah ditanggalkan! apekah? seksi dowh!*




'pipah, aku nak main menghadap sana'
'asal plak?'
'aku takut nanti dok ralip pandang orang je, haha'



Kau tengok motip anak dara ni nak main badminton? tak senonoh kau syiro? lempang kang!

Ok, berbalik kepada cerita asal. Lepak lepuk terkejar-kejar bulu tangkis, kalah jugak main lawan pipah. Kau jangan nak eksyen pipah! tunggu aku beli raket harga seribu itu sure aku terrer, huh berangan. Baru main sikit dah penat kononnya tak boleh nak main terus-terusan dengan sangat aktif sebab i dah lama tak bersukan!

Fakta itu betul ek untuk diri i ini, sebab sekarang ini badan i sudah mula terasa sakit-sakit dan yang lagi best, fever i datang semula! apekah? semalam demam i sudah mula kebah dan batuk sudah tidak terasa. Ingatkan bila badan sudah berpeluh-peluh akan rasa lebih sihat, rupanya bertambah lagi.

Walaupon halangan dengan rancangan tv, kepenatan dan kesakitan untuk bermain badminton, i akan gagahkan jua tiap-tiap minggu untuk bermain *ewahh, kompiden giler* I nak sihat dan aktif tak mau lembik-lembik macam tak empuk jer nanti *dah macam ubi la pulak empuk tak empuk* ah sudah banyak pula cakap kuala paya keluar kat sini, buat tak paham orang jer -_-'

Sekian sudah cerita i ini *formal giler*, bye



opss! ini ada massage untuk kazen i Narrysha Aqilah :)
u nak tak i buatkan header baru untuk blog u itu? sempena hadiah besday ari tu. ahaks, nak bagi baju sutera corak bunga reflesia itu i tak mampu hik hik.

Thursday, March 15, 2012

karen sampai wehh



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :) *tukar kejap tagline kali nih*

Tahniah kepada mereka yang telah mendapat BR1M *ohoo acik ni tak kawin lagi, kalau tak compem nama acik tersenarai, haha* tiba-tiba!

Setelah seminggu kita berehat dari taip menaip, kali ni i nak sambung entry Dalam Gigi Ada Petir lolx!




Semalam adalah hari yang ditunggu untuk bertemu dengan doktor emsem,ahaks! takda makna i tenang masa menunggu doktor tuh! bercelaru, masa ni lah rasa badan tiba-tiba panas, batuk tak berhenti! i ingatkan bila ada apoimen, sampai kita terus masuk jumpa doktor, rupanya ada juga nombor giliran! tapi i ni tak sempat nak tunggu nombor, misi terus panggil nama. lolx.

dengan misi a.k.a nurse

'kita buat x-ray dulu'

'sakit tak kak?'

*demm! boleh pulak aku tanya x-ray sakit ke tidak! haruslah tak, bukan tak pernah x-ray satu badan!*



dengan doktor

'nikah dah?'
'belum'
'ok, kita takut mengandung jer'

*nasiblah sebab purata orang yang seusia dengan aku anak dah 2/3! tengok badan la doktor, langsing lagi meyhhh!*







Lepas x-ray kena tunggu kerusi kosong untuk buat scaling gigi! homaii dengar rasa macam nak pitam! maklumlah sebelum ni telah didedahkan dengan cerita-cerita ngilu lebih-lebih lagi jika ada gigi rosak.

Kuat i baca 'bismillah' sebelum duduk kat kerusi. Bila doktor mulakan operasi doa banyak-banyak supaya tak rasa sakit. Alhamdulliah, doktor buat dengan sangat lembut, tau-tau siap je, eh tak rasa apa-apa pon! *great job doktor emsem*

Serius, masa doktor tu tengah gerudi-gerudi gigi i ni gatal nak tengok muka doktor tu, cis bila terpandang matanya, arhhhh rasa ada karennnnnnn! dup dap dup dap! *tapi bila tengok susuk tubuh doktor tu rasa seperti sudah mempunyai isteri, demm!*

Cukuplah cerita doktor gigi kali ni, kita akan sambung lagi bulan depan selepas i dating lagi dengan doktor emsem itu. ahaks. *kalau macam ni, sampai ujung tahun la aku asik dating dengan doktor emsem*





demam, selsema, batuk, sakit tekak dan suara serak-serak seksi. arghh. memang pakej lengkap yang i dapat sekarang nih! dari hari khamis lepas, sakit ni masih ada lagi. cuma demam tu ada waktu malam je *pesen apa ntah demam aku nih*

Sakit tekak semakin berkurangan tapi suara serak-serak seksi ntah bila agaknya nak hilang, seksa bila nak becakap tenggelam timbul suara ni. Dah tu budak-budak nih dok asik cakap 'seksi nya suara' malu wehhh!

Batuk jangan cakap, takda gaya nak hilang. Bila batuk sakitnya sampai kedalam perut. Batuk paling teruk time tidur, memang tidur malamku terganggu dengan batuk! rasa nak tercabut anak tekak dibuatnya.

Sekarang ni selsema pulak seperti bertambah teruk, haishh tak suka betul hidung berair nih!


Sekian, entry dari orang yang sakit dengan pakej yang lengkap! lolx!
[mujur masa doktor tengah gerudi-gerudi tak keluar batuk]

Tuesday, March 6, 2012

Kursus Retreat Seksyen Khas

Assalamualaikum & Helo Polo :)

Tak mau cerita panjang-panjang, moh tengok gambar sepanjang Kursus Retreat Seksyen Khas PPPNT yang diadakan di Lake Kenyir Resort and Spa *ini first time I ke Lake Kenyir* tak jauh rupanya kenyir ni dengan KT, lebih kurang sejam je.




Sewaktu kursus berlangsung
*bila sr ni cerita pasal teknikal BQ ke apa-apa memang aku paham, tapi bila dah masuk pasal duit-duit, peruntukan dan tender memang aku tenguk air tahan ngantuk la :P*




Waktu aktiviti riadah dipetang hari
*yahooo! kita jalan-jalan naik boat keliling tasik kenyir*



Pemandangan dari atas boat, itu la resort yang kita orang duduk
*tapi itu kawasan reseption dan tempat makan jer*




yang ini baru bilik kami, huhu tepi tasik tu :)
*itu ada diantara geng yang tak pergi jalan naik boat, so diaorang buat aktiviti memancing, ada yang dapat ikan toman besau betis i, huhu*




separuh dari rombongan kami bersiar-siar menikmati pemandangan tasik kenyir
*takut juga naik boat nih, lupa yang i cuma naik boat ditasik so takdalah dihayun-hayun ombak besar*




*ewah, gedik nya! ntah masa bila diaorang snap gambar nih!*




*best wooo, tapi lama-lama ngantuk dok atas boat nih -_-"*




ini tempat yang nak sangat i tengok, terima kasih kepada pembawa boat yang sudi nak bawak ke kawasan berkayu-kayu ini, mana tak nya i ni asik tanya kat mana kawasan berkayu-kayu macam dalam tv. lolx.




Third day, morning glory
*awesomeness pemandangan disini*




Team Building, xtvt paling best sepanjang kursus
*kita berlumba buat rakit*




*aiyoo, perempuan ada 3 orang je masa Team Building nih! yang lain segera kena pulang*




Buat bulatan kemudian perlahan-lahan masuk dalam air yang sedalam 80kaki
*timbul tenggelam i dalam air nih*




Main kocak-kocak air weh, sebelum gandingan tangan dilepaskan! hadoii gandingan tangan tuh!
*yakin atau tidak kita nak duduk dalam air sedalam 80kaki? i ni dah la tak reti berenang! timbul tenggelam la*




Bila dah yakin, baru boleh main rakit
*berakit-rakit kehulu katanya*




Haha, orang yang tak pandai berenang harus duduk atas rakit je. Orang lain pandai-pandai la kayuh bawak rakit kehulu.
*moral support pada kawan-kawan yang dah kepenatan*




Ini kes dengki bila dah sampai dia orang jatuhkan i dalam air! Demm terkuak-kuak i berenang ketebing *berenang ke? haha*




Lepas berakit kita berenang sekali lagi bagi puaskan hati main air, wehoo :)



Mamat instructor kita orang ada ajak buat xtvt masuk gua, jalan-jalan dalam taman negara *fuaa bunyi macam menarik* jom ler kita pergi :)


Sekian, bye