Assalamualaikum & Helo Polo ^^
Boleh tahan lah lamanya tidak meg-update blog, serius sekarang ini seperti zaman kejatuhan blog agaknya! blog-blog yang selama ini rajin meng-update pon sudah semakin hilang kekerapannya dan ada yang sebahagiannya sudah pupus! lolx. Siapa yang bersalah sekarang ini? baik mengaku cepat Instagram!! haha. I tidak salahkan Instagram dan sebagainya sebab sekarang kan semakin canggih, semua benda pon dihujung jari.
yeyy, sebenarnya nak gembar gemburkan berita gembira, tahu tak? haha. okeh sebenarnya majoriti orang dah tahu I nak pindah. Alhamdulillah. Genap 4 tahun bekerja di Terengganu sekarang masa untuk kita meng-explore kerja baru pula, hohoreyy. kembali ke kota cinta katanya. nah dimana cintaku disana? mana? okeh nanti kita cari, hehe.
ada nampak sesuatu? |
Tak mau cerita la apa yang sesuatu itu, yang penting dah keluar surat rasmi, haha. Pastinya lepas ini akan jadi lebih penat dari biasa, pengsan!
5 - 2 = 3 - 1 |
Last weekend ada majlis makan-makan di Felda Residence Kuala Terengganu sempena meraikan kejayaan JJD *tahniah semua yang terlibat* secara tak langsung juga meraikan kami-kami yang akan bertukar *I la salah sorangnya* makan steamboat malam tu, hambek kau berapa banyak yang mahu dimakan. I pon makan dengan senang hati. Lupa sudah yang I ni nak menyanyi karaoke lepas tuh! apa jadi weh dengan perut super kenyang lepas tu nak tarik lagu tinggi, memang tak tertarik lah wehh, kekucilan disana-sini! haha *malu jek* masa training ok jek, nyanyi betul-betul memang kelaut! kahkah
Apa pon itu semua pasti akan jadi diantara kenangan yang best di Terengganu ^^
Nanti kita story lagi, bye