Tuesday, May 28, 2013

Kurung mek!

Assalamualaikum & helo polo ^^


Penat! Dah kenapa banyak sangat kerja nak kena buat? Hadoii. Satu-satu boleh? Kena siapkan juga seminggu nih, minggu depan kena buat yang satu lagi, adehh *kerja tak payah lah gigih sangat syiro!* mana lah tidak nya balik kerja terus tergolek depan tv dengan mata yang separa nak tertutup tapi ku gagah juga celik, yer lah tak elok tido lepas asar nanti kompem lajak sampai maghrib yang dah hujung-hujung, no no no.


Eh kite ni dah dok sini pon macam jarang juga dah balik kampung! Feeling kat ganu lagi ni malas balik kerap sangat! Huhu. Kite tak balik kampung, mak ayah datang menjengguk anak dara dan bujang dia kat sini, hehe *bertuah okeh*



Ambik engkau berjalan timesquare pakai baju kurung bagai. Macam mana nak naik roller coaster kat belakang tuh?

Haha

Kebetulan sebenarnya balik dari kenduri kendara kat taman melawati terus beronggeng ke situ. Takda maknanya aye ni nak berjalan tempat macam ni berbaju kurung segala! Cukup la berbaju kurung time kerja dan kenduri kendara.


Hoiii, seluar saiz 26 dah ketat! Apekah? Guane ni boh?
Okeh sambung next entry ^^

Bye.




Tuesday, May 21, 2013

Shiseido or HerbaLine

Assalamualaikum & helo polo ^^


Blurpp, allhamdulillah dapat makan tengah hari free hari ni. Jimat belanja dikala hujung bulan, huhu. Bukan senang yer nak makan free kat sini kalau dibandingkan dengan office lama, maka bila berpeluang tu hemtan saja! Haha. 

Eh hujung-hujung bulan ni pelbagai benda nak habis, pandai mereka merancang habis di hujung bulan dengan serentak! Ciss baru nak berjoli *berjoli la sangat*






Sebulan lebih yang lalu saya ada mencuba pencuci muka yang baru *apehal skema nih?* senang cerita i pergi menempel kat kaunter meneman cek mek ida beli pencuci muka shisedo. Dengan slumber gi mintak tester pencuci muka, haha. Nyonya tu baik, dia bagi yang saiz kecil lebih kurang besar jari kelingking I nih. Maka kita try la, mula-mula tu muka rasa cam kering sikit, rasa la perbeza kelembapan MaryKay dan Shiseido. Tapi, kita ni peminat setia minyak Vit E & C Herbaline, so kekeringan kulit itu ter'cover'. Sekarang tester Shiseido dah habis!




 Actualy, bila balik kerja biasa i pakai pencuci muka HerbaLine, dia boleh hilang terus meke-up semua dah tak payah nak pakai make-up remover. Pencuci dia pon tidak mengeringkan muka, lepas cuci memang rasa lembab.

Pencuci muka ni biasa I pakai sekali sehari, dan bila cuci muka waktu pagi dan malam sebelum tidur tu yang I pakai Shiseido, konon-konon-nya nak beli yang HerbaLine jenis satu lagi untuk buat cuci muka waktu pagi dan malam, mendangkan function HerbaLine ni bersih dan lembut, so hati ini sudah tertarik dengan Shiseido yang memberi efek memutihkan kulit, phew~

Tadi bertanya kabar dengan cek mek ida macam mana dia guna Sheseido. Dia pon memberikan komen-komen yang memberangsangkan dan telah menambah dengan pelbagai lagi jenis krim-krim cap Shiseido, lagi lah hati ini tertawan.

Okeh, gaji khamis ni kita serbu kaunter Shiseido ^^

Bye.






Thursday, May 16, 2013

top of the word

Assalamualaikum & Helo polo ^^


Arkhhh!! sakit okeh ulser nih! nak makan, nak bercakap, nak gosok gigi dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan mulut dan lidah semua sakit *makan pon boleh mengalir air mata* terpaksa berdesup ke farmasi cari Oral Aid. Time nak makan boleh sapu, lepas tu akan rasa kebas dan boleh melantak dengan girang tanpa perasaan, tak kisahlah asal kan aku ni makan, kalau tidak kurus semula aku dibutnya.



Ini gambar hari tu nak buat carta katanya, haha.


. . . . . . . . .


Apakah entry yang tertangguh sehingga 3 hari, what? busy-ness? haish!
Kak Pah dah tanya semalam hari sabtu ni boleh datang kerja atau tidak? alahai sadis kalau kena datang kerja weekend, sedangkan weekend-lah hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Kalau opis ni ada set karaoke cam opis lama laju jek I datang, bosan buat kerja boleh melalak-lalak. Boleh tak nak usul kat bos nanti? harapan tinggal harapan la agaknya. Kalau dia cakap kalau nak menyanyi gi RedBox kat sogo sana lagi sadis, huhu.

Hari ini ada sale kat Sogo besar-besaran! tapi hanya untuk para-para ibu yang ada anak kecik. Masing-masing sibuk nak membeli pampers yang dikatakan murah pada hari ini, esok dan beberapa hari berikutnya.

Dah tu kepada kami yang bebujang ni ape cerita? tak kan nak beli pampers jugak kot. Cuba ko jual eyeliner  dan gincu 120 hengget tu jadi 29.90, kompem i orang yang beratur depan sekali haha.






Nak muntah pulak tengok gambar sendiri yang sebelah kanan tuh! kahkah. Konon-konon pengaruh anak muda zaman sekarang, wth!! kalau mereka yang putih gebu-gebu bergambar gitu cam shomel jek, haha maka tak perlulah perasan putehh dan gebu huhu~






Very the shomel okeh!
Hun jom dating this weekend, haha
Ok fine tajuk entry entah-apa-apa
bye~






Friday, May 10, 2013

blue

Assalamualaikum & Helo polo ;)


Salam jumaat. Eh entry sebelum ni pon hari jumaat lolx. Mentang-mentang kak pah takde suka-suka-hati update entry, huhu. Sebenarnya tadi baru tulis salam bos I datang suruh betulkan sikit drawing, huhu terbantut idea yang nak ditulis tadi, kehkeh. Maka sekarang macam berpusu idea yang lain *berpusu ke? macam dah takda pon*








Lama giler tak mengadap photoshop dan lama giler takda orang amik gambar I feeling-feeling model gituw. Maka nak edit gambar pon kelaut walaupon I ni dok dekat jalan raja laut -_-' Ini saja gambar yang termampu, gambar petik sendiri maka sekadar sejauh tangan tu yang dahi dah tak ter-snap! lolx! takpa kalau tidak, tak seni pulak kan! dimanakah seninya? entah! haha 

Agak-agak nak beronggeng lagi tak minggu nih? rehat panjang-panjang bosan pulak dok opis jek, dah ler sejok! Eh cool blog takda ke dekat-dekat sini? lama tak minum *Noorul Asliza nak cool blog!* dolu-dolu walaupon kedai jauh-jauh gigih keluar makan merata-rata, tapi naik kereta lah. kat sini ko jangan harap nak naik kereta, guna saja kekuatan kaki yang ada, langkah sekadar yang termampu.

. . . . . . . . 

Taip seperenggan bos datang, taip seperenggan dia datang lagi, huishh. Jenuh nak siap entry yang kononnya nak taip pepanjang! lolx!

Oh my idea please come to mama. Itu la orang suruh banyak membaca kau malas, kan dah tak reti nak meyusun ayat *maka semua orang sila lah rajin membaca, pheww~*

bye