Monday, July 22, 2013

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum & Helo polo :)


Selamat berpuasa. Sekejap je dah masuk 13 Ramadhan. Alhamdulillah masih belum ketinggalan lagi, hehe

Ewahh cek mek ni bergambo kemain lagi dipagi ini dengan gincu merah sekali, hehe maklumlah tenyeh gincu dalam gelap masa dalam kereta *memang habit dari dulu lagi suka pakai gingu dalam kereta sementara tunggu enjin panas, hehe*

Sepanjang puasa ni masih belum berkesempatan balik kampung berpuasa dengan family, huhu. Asal hari jumaat tengok jalan arah selatan padat dengan segala bagai jenis kereta, maka hajat untuk merempit balik kampung terbantut macam tu *malas yang super banyak pon yer aku nih!*

Bazar bazar bazar. eh kita tak pergi lagi bazar sepanjang bulan puasa ni. Tak tau nak gi bazar mana. Yang dekat rumah tu macam tak menarik, adik cakap masakan kan situ tak sedap *memang pon! main-main la diaorang ni masak!* nak pergi bazar yang famos amos tu jauh bebeno! geng pon takde, sadis. Masa ni la rasa nak gi bazar yang kat Batu Buruk & Shahbandar, lolx! Sedapnya nasi minyak dan air kelapa kat sana T_T





Mood nak raya minah ni dengan baju raya tahun lepas, haha. Sekarang dah tau petua nak kempiskan perut, marilah kita berpuasa *lihat pinggangku rampingkan?* hambik kau seluar pon dah longgar sekarang nih, rasanya berat ni dah start menurun T_T


Sepanjang bulan puasa ni memang banyak kedapur dari hari-hari biasa. Tekak ni nak makan itu, nak makan ini, nak rasa yang macam ini, tak nak rasa yang macam itu *banyak cekadak kan?* bulan-bulan puasa ni memilih pula dia nak makan, selalunya apa-apa pon bedal jek.



Spaghetti
Dah lama tak masak spaghetti. Semalam kononnya ke Carrfour cari bahan-bahan nak buat mee goreng basah, malangnya mee kuning dah habis. Rembat apa yang ada. Okeh masak spaghetti ni senang dan cepat okeh, tak perlu masa lama duduk dapur, hehe.



Tapai pulut PWTC
Awal-awal puasa hari tu teringin sangat nak makan tapai pulut yang macam kat teganu *nak yang teganu jugak!*, wahh tak sangka masa buka puasa kat PWTC terjumpa tapai ini yang sebijik rupa dan rasanya, nomnomnom



Sambal Udang
Teringin punya pasal nak makan lauk labu masak lemak dan sambal udang masa sahur! gigih masak sebelum tido *bulan puasa tak boleh masak pedas-pedas sangat, nanti meragam perut nih*



Opis mate
Gambar ni je yang ada masa buka puasa dengan opis mate hari tu, hampeh tul lah. sibuk nau nak makan, haha

Eh berbunyi pulak perut ni tengok gambar makanan banyak sangat!


bye
[currently listening Mohammed Nour by The Harmony Band]