Friday, August 23, 2013

Prismawarna Syawal 2013 Cawangan Arkitek

Assalamualaikum & helo polo ;)

Yeyy, ini kali ke 2 sambut raya dengan Caw Arkitek JKR setelah beberapa tahun meninggalkan tempat ini. Bila dah terbiasa dengan suasana raya di WDI, rasa janggal juga, sebab di sini mereka bertema-tema. Kat sana takda tema-tema, always tema hari raya dan berada dalam dewan seperti sambutan raya bersama RTM, haha *seronok juga masa tu, sebab duduk melepak makan dari pagi sampai ketengah hari, kutip semua makanan dan makan sampai penuh perut, huhu*

Prismawarna tema kali ni, maka harus berwarna-warni ^^
Sambutan disini tidak kurang meriahnya, cuma dalam kuantiti yang lebih kecil.


Color block sangat


Pentas kecil yang bewarna warni


Door gift


Urusetia pendaftaran dan artisssssss
*okeh, mamat tu dari kumpulan menifesto, sebelum ni dia arkitek kat sini*


mek zety & mek erie


serbu makanan


Make your own cendol


Kambing yang tertiarap


My plate
*tapi kongsi-kongsi dengan kawan-kawan yang lain*


Nasi hujan panas yang dah kehabisan lauk! cehh!


Persembahan nyanyi-nyanyi dari kami-kami je
*takda peruntukan nak jemput artis, hehe*


Me and sate
*haish tak berapa nak makan sangat sebab sibuk lari-lari naik pentas hulur hadiah*


Kami-kami


URBF BA 2
*ramai rupanya unit kitaorang ni*


Lepaking di meja pendaftaran sementara menunggu giliran bergambar


di sini saya ramai kawan perempuan, hehe


Weolls yang sibuk berposing


gaya bebas


me and misai ^^
*helo hun*


kemain merah lagi bibir maklong nih


geng ibu-ibu
*mala always posing ayu, hehe*


masa untuk berposing di ruang tempat bergambar dengan segala benda yang ada atas meja kecik tu
*kreatif-kreatif*


daring-nya pompuan baju merah tu posing!
*tak perasan pon yang i posing macam tu sebenarnya! lol!


flying kiss from ibu-ibu


merah merah dan always merah


Yerr I ngaku, yang i pakai baju raya tahun tahun tahun lepas *bertapa sudah lamanya baju itu* last pakai baju ni masa raya WDI tahun lepas. syawal bertemu syawal *tak caya boleh tengok entry ini RAYA 2012* ehem badan ni masih maintain dari dulu, sebab tu banyak baju lama yang masih boleh dipakai, huhuhu.


ok, bye
[merah yang selalu menjadi pilihan mata ini]

Tuesday, August 20, 2013

dream

Assalamualaikum & Helo Polo ^^


'uhuk uhuk' batuk yang masih berbaki

eh kite belum buat entry raya! erk, gambar ada banyak dalam kamera adik, nanti la kita copy and paste kat sini. Sekarang ni macam tak berkesempatan mana nak membelek sebarang gambar yang ada, sedakar beberapa keping dalam iPhone dan sebahagian yang telah di tag kat fb.

la la la la, dua tiga hari ni hati munga-munga ^^

yess mimpiku yang indah, keh keh. sampai rasa sayang nak angkat kepala dari bantal *erkk*





bye
[semoga mimpi indah ini jadi kenyataan, auww]

Monday, August 5, 2013

kasut oh kasut

Assalamualaikum & helo polo ;) 


Beberapa hari je lagi nak raya. Alhamdulillah, segala kehendak nafsu sudah dituruti sepanjang hujung minggu lalu, apa yang dirasakan nak semua beli *perghh, bulan depan puasa dari berbelanja okeh!* Boleh tahan juga i bebelanja tahun ni, rasa nak je beli, nasih baik raya setahun sekali.

Kebetulan beberapa hari lalu ada member dok bertanya "taknak beli kasut raya ke?" terus je jawab kasut raya tak perlu sangat tahun ni, nak pakai mana-mana kasut yang ada. Sememangnya kasut dalam tong kasut ada banyak dan tak berapa nak pakai sangat, hehe.

Ada orang bawak i masuk kedai kasut!! tak pasal dah terbekenan kasut!! adehh!!


Timberland
Oshem okeh wadges timberland ni, super selesa di pakai boleh bawak berlari keliling padang. Lepas sarung usha harga, perghh patut la selesa sangat RM4++ *pengsan*
Charles & Keith
Kaki ni dah banyak kali juga try kasut jenis berlubang didepan ni, tapi semuanya nampak sangat kelakar bila duduk dikaki, haha. Entah kenapa bila menjenguk ke kedai ini, terasa nak try sebab bekenan sangat dengan warna hijau lumut dia. Eh cantik la pulak! kan dah rasa nak! sabo-sabo tahan nafsu, tunggu ada sale nanti, kahkah.


Hush Puppies
Semalam terlangkah pulak kedai Hush Puppies, panggg, kan dah terbekenan wedges dia *adoiii* yang ini pon super selesa macam Timberland. Harga murah sikit. Tapi takda la murah sangat kan. Takpe, yang ini kita tunggu sale sebab dia new arrival , haha. 


bye
[masuk GAP pon dah terbekenan satu baju tuh, alahaii]

Friday, August 2, 2013

Baju oh Baju

Assalamualaikum & Helo polo ^^


Kembali mengedit entry dihari jumaat terakhir ramadhan tahun ini *yeyy chepp dah start cuti, maka kita bermain-main diopis dengan suka-suka hati*

Beberapa hari lalu gi survey baju raya kat Bangunan Mara baru tu, hoishh memang sudah di agak baju-baju di butik itu terhad *amik kau last minit shopping!* tapi masa pergi awal-awal hari tu pon takda juga baju mengikut tema raya tahun ini. Bila tema telah ditetapkan kemain payah weh nak cari, biasa lah apa yang dicari memang susah nak dapat, kalau tak nak bersepah-sepah pulak.

Nak warna Royal Blue aka biru BN. haha. Mana nak cari? yang ada pon saiz besar *apekejadahnya baju saiz S pon pakai besar weh!*



Duduk butik lelama meng-test baju mengikut saiz yang ada. Okeh cuma tinggal yang ini tanpa ada warna biru. I memang nak cari baju paten ini, tapi sayang memang dari awal-awal pergi orang tu tak buat warna biru, maklumlah limited edition, haha.

Yang mana cantik? kalau takda juga warna biru, I rembat je mana yang patut, hehe.

bye ;)