Assalamualaikum & helo polo ^^
Yo yo yo, hari ini berkesempatan nak update blog *tapi update bila dah sampai kat umah menggunakan ipad* entah kenapa tetiba cam rajin ler pulak nak update. Hoish takda siapa paksa pon, cuma terasa nak buat.
Dalam seminggu ni memang agak sibuk, tapi dalam kesibukan tu akan ada rasa kebosanan membuat kerja datang mencelah. Maka dengan senang hati menjengah entry-entry lama yang pernah di-post kt blog. Sebenarnya banyak perkara yang dah terlupa, bila baca balik baru teringat *tetiba ada yang menegur sebab ketawa sesorang, haha*
. . . . . . . . . . . .
"Ira nak makan mana nih?"
"Entah ler, ikutlah"
Kami yang bekerja di tengah-tengah kota ni pon boleh kebuntuan bila masa makan sampai, dari pagi sampai la menu santapan tengah hari. Maju, Mara, Depan, Belakang semua ada. Tapi dah mula rasa muak, huhu susah betul nak memenuhi tuntutan kehendak tekak!
Macam mushkil jugak, masa kat ganu dulu macam senang je nak decide makan. Mungkin sebab kami semua pergi kerja naik kereta, jadi sebut jelah nak makan ape vroommm berlalu pergi, huhu. Kat sini semuanya bergantung dengan kekuatan kaki, berjalan sekadar termampu dek kaki ^^
Hari ini lunch kami macam biasa kebuntuan melanda. Kebetuan nora & fatin nak ke sogo, teringat ada Ayammas. Guwe fikirkan ayammas yang kedai ayammas yang ada jual ayam bergolek-golek itu *ape sebenarnya yang mahu diterangkan ini?*, tapiii Ayammazz roti impit rupenye. Tetiba teringat ada budak Tunas Mekar dulu yang join program dengan Ayammazz ni dokk meniaga dekat uitm dungun sana.
Dah alang-alang sampai depan kaunter, kite oder sajalah cuba menu baru.
Yang ini iolls punya. Lupa sudah namanya. Rupanya adorable, tapi rasa dia so-so jek. Mungkin sebab tekak ni ter-imagine rasa conneydog a&w, hewhew *agak mahal okeh benda ni*
Yang ini menu santapan para ibu's
Ayam keras katanya! Seperi sudah digoreng beberapa kali
Nampak gaya ini macam yang terakhir mereka membeli di kedai ayammazz *habislah korang hilang 2 orang pelanggan!*
Thats me with honeydew juice with pearl
Bolehlah nak minum air yang berperasa wangi ini habis jugak secawan plastik tu tadi.
Ibu's Fatin dan Nora yang kusyuk menikmati kesedapan cendol sogo.
*tengok tu, tak berkelip mata wehh*
Lepas makan, cakap punya cakap, cerita punya cerita sekali tengok jam dah dekat 2.30! Maka dengan pantas berjujuran keluar sogo laju-laju. Haha.
Mata dah berat-berat je ni nak suruh rehat-rehat.
Nite
Bye
[kemain senonok hun main sajli disana ek]