Tuesday, May 27, 2014

cerita minggu lepas

Assalamualaikum & helo polo ^^


Habik kau kali ni kita masukkan gambar yang ada dalam phone. Banyak. Sila bertahan.



Mala . Me . Fatin
Kami yang menyerbu Bodyshop sebab ada sale up to 70%. Haruslah terjahkan beli apa-apa yang patut. Kite nak beli perfume & losyen, tapi bila memikirkan yang ada dekat rumah tu dah berjenis-jenis maka lupakan saja. Rembat lipstick je. Sekali tengok pouch dah ada 3 batang lipstick! hambik kau, haha


Last weekend ikut bos pergi JB submit drawing ke JPBD. Belum subuh lagi kite dah naik ERL *hoho ini semua gara-gara flight pepagi bute, pening kepala mak tak cukup tido* Kite baru tau rupanya nak ke KLIA2 boleh terus guna ERL, haha. Kalau tak memang entah kemana-mana kite ni pergi.


Me
'daku pergi mambawa diri' katanya, tapi dia punya senyum kemain lebar lagi.
Masuk sini rasa macam masuk shopping mall, tak nampak sangat rupa airport-nye. *patutlah flight selalu delay, orang-orang boleh dok leka bersoping, tak pon sebab sesat barat, haha*



Anjung intai
*sesuka hati je bagi nama*
Awesome view. Kat sini ramai orang lepak sementara tunggu flight. Dan kat sini juga kawasan merokok, hoho.



Cun kan matahari baru nak terbit
Nampak tak bertapa jauh nak menapak nak naik flight. Seperti yang dikatakan tadi, nak sampai ke gate pon boleh jumpa dengan beraneka kedai! haruslah kita menyinggah ke Victoria Secret. Tak banyak beza pon harga dekat butik-butik dia yang sedia ada kat tempat lain.



Yeyy dah sampai JB
Ini first time sampai Nusajaya. Nusajaya yang ala-ala Putrajaya. Cantik-cantik jugak bangunan kat sini.


Bangunan ni mirror kepada bangunan JPBD

Awan dan bangunan yang awesome
Menurut pak-guard kat sini, banguanan ni selalu banjir kalau hujan lebat. Maksud kite banjir tu kat main entrance. Konsep dia ala-ala terbuka gitu. Mungkin sebab nak dapat tittle green building kot tu yang banyak open je.



Harus ada wajah selfie

Sesudah di Nusajaya, kite berambus ke Bomba area bandar JB.
Settle kerja semua baru boleh makan. Bila dah sampai JB harus makan makanan fofular disini. Selalu kite nak makan mee rebus, kali ni cuba makan kacang pool *sedap dan mabeless* Dah habis kacang pool haruslah kite order mee rebus *nampak tak disitu, asik nak makan jek! tengok pipi pon tau dah*



Inilah rupa kacang pool yang diperkatakan


Sini lokasi wajib

Kasi urut sikit
Realitinya selepas berjalan kesana kemari, penat sangat.
Kurang tido, kurang makan dan kurang rehat! *okeh part kurang makan tu tipu*



Makanan free
Oleh kerana flight delay, maka MAS bagi kita makanan ini
*terima kasih kerana masih lagi menjaga kebjikan*



Terbang pulang dan rembat kacang banyak-banyak



Minggu lepas juga ada kursus sehari.
Yer kena marah sebab orang lain, kecawa!




Dia kata banyak cantik, memang cantik kan kami ni



Sekian cerita bergambar saya, nanti bila berkelapangan kita update lagi
bye
[mood angau, ahaha]


Thursday, May 15, 2014

ketawa besar-besar dan ermm ^^

Assalamualaikum & Helo polo ^^


Lama tak menaip kat sini. Kesibukan dan kemalasan yang menimpa bertubi-tubi, haha *sila hulur pil rajin please*

Urusan kehidupan beberapa minggu banyak turun naik *ewahh* ada gembira, ada sedih, ada tak tau apa-apa, ada buat-buat bodo je. huh itulah saya yang selalunya tak suka merunsingkan kepala dengan benda remeh temeh. Tak payah susah-susah, kita harung apa yang akan jadi seterusnya. InshaAllah hidup akan selalu senang dan tenang.

Kenal orang baru pon boleh gembira, haha
Yes, saya open saja kepada kawan-kawan yang nak kenalkan dengan itu, dengan ini *as long as bukan termaktub suami orang* saya terima seadanya kawan-kawan yang prihatin dengan kawan dia ini yang selalu solo all the time. Kamu-kamu memang kawan yang baik.




Sila lihat itu bertapa besarnya ketawa bila dapat meluaskan lagi pergaulan dengan pelbagai orang. Kawan kepada kawan kepada cousin satu opis dan sebagainya. Seharusnya hanya seorang, tapi dalam masa sama akan berait rapat dengan ramai orang. hikhik.




Apa jawapan saya? ermm seperti Kyuhyun itu. hikhik


bye