Tuesday, January 20, 2015

buang debu sikit-sikit

Assalamualaikum & helo polo ^^


Suam-suam kuku je sekarang ni nak menaip dalam blog. Idea lagilah tak ada untuk ditaipkan. Baca blog orang? jarang sangat. Entah mana agaknya hobi yang lama tu.

Sungguhpon kerja di awal-awal tahun ni agak berkurangan, lebih-lebih lagi banyak projek yang KIV, melanguk je datang opis. Nak layan korea pon dah berkurangan. Banyak drama yang pending, tunggu ada mood lah baru tengok semula *uwarkhh ko dah kenapa CikRa? dah kenapa malas sangat?*



qu puteh ke? haha
*jangan nak perasan!*
Tahun baru ni belum ada sesuatu yang 'awesome' berlaku. Rutin seharian berulang benda yang sama jek, adehh *vosan betul hidup ko CikRa*

Oh lupa, this CNY adik mahu bertunang. hoho. 
Setakat ni belum terdengar lagi apa-apa orang cakap pasal aku, hope korang jangan bunyi-bunyi okeh. CikRa bagi peluang pada adik-adik mengecapi kebahagian dulu. Kakaknya tunggu la dulu. Kalau ada jodohnya adalah nanti, kalau tak macam ni lah kite. Siap sedialah dari sekarang menyimpan duit untuk dimasa tua  -_-

okeh bye