Monday, November 23, 2009

S U K A N I C U D I K E L A N T AN

20-22 November 2009
Sukan 1 Malaysia Peringkat ICU JPM Zon Timur. Sekali lagi terlibat untuk sukan yang di anjurkan ICU, selepas Bowling di Kuantan, Bola Jaring di Kuala Terengganu dan Bola Tampar di Kota Bahru. Macam mana lah boleh terlibat untuk semua sukan ini, bukan pandai bersukan pun. Satu pengalaman baru dan dapat berjalan-jalan ditempat orang.
Bertolak ke Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan-hujan yang lebat dan tanpa henti, risau banjir jer). Pertama kali menjejakkan kaki di Kota Bahru (agak maju jika nak dibandingkan dengan Terengganu). Datang KB, cuma teringatkan makanan yang manis-manis (memang manis termasuk mee hoon di pagi hari)
Menunggu masa masing-masing untuk makan
Mereka pon sama lapar
Walaupun lapar, sempat juga berposing depan kedai makan di Stadium KB.
Bos aku yang tersenyum riang selepas mendapat nasi lemak dan ayam goreng kegemarannya.
Q! semua orang untuk mendapatkan makanan (pagi2 bersarapan dengan nasi campur-adakah pelik?) Selepas makan sarapan pagi, terus bergerak untuk lawatan SDSI di Jajahan Tumpat Pengkalan Kubur (rupanya melawat kilang BUDU)
Berkawat masing-masing didalam hujan renyai-renyai menuju ke kilang BUDU. Di sambut juga dengan bau budu yang menusuk hidung (bagimanalah penduduk kampung di sini, sekampung bau budunya..)
Masih meneruskan perjalanan (dimanakah saya?-itu dia berteduh menggunakan baju Kak Lia)
Senyum masing-masing walaupun bau budu
Cekap sekali mereka berkerja


No comments: