Wednesday, January 20, 2010

B E R H I M P U N . & . 5 S


19 Jan. 2010

Perhimpunan PPPNT di Dewan Teater Wisma Darul Iman. Perhimpunan yang biasa dia orang buat setiap 3 @ 4 bulan sekali. Macam-macam amanat lah untuk tahun baru ni. Sangat lama bos kami ni bercerita. Ija dan Najwani sibuk dengan cerita mereka sendiri. Hajar dan Akma dengar dan hampir-hampir tidur. Dan saya kushuk mendengar apa yang disampaikan (eh iyer ke? hehehe.. lebih kurang je seperti Hajar dan Akma)

Selain tu, ada acara (ceh acara.. cam sukan la plak) mengangkat ikrar Akta Rahsia Rasmi Kerajaan `Rahsiakan Rahsia Kerajaan' peringatan untuk semua Penjawat Awam!


Ini lah dia borang Ikrar nyer ;p

Semuanya dengan bersungguh-sungguh mengeluarkan suara
menyanyi lagu Negaraku dan Lagu Penjawat Awam
(orang gomen tau la)
~Ija & Najwani yang sangat gembira

Muka yang serius menyanyi
~nampak seperti tertekan disitu!
(mungkin untuk mengingatkan lirik lagu tersebut!)
"apa kamu ni tipu syira, kan ader lirik kat screen! "

Ikrar dengan ikhlas
~bukan sekadar baca sahaja tau!.. kuikuikui..
"si sue yang bertudung pink ; kenapa kamu membaca jiran sebelah punya ikrar?"

Habis perhimpunan, seperti biasa
Acara makan time (makan besar makan besar)
~With Ija yang menjadi orang pertama memotong kek!
(kami bukan besday gurl! ; balas dendam sebab kami punya dulu tak dapat makan)




20 Januari 2010

Sekali lagi perhimpunan di Dewan Teater Wisma Darul Iman. Bergegas semua warga PPPNT turun kedewan, 8.30 pagi dah beratur depan dewan untuk register kehadiran. Kali ni perhimpunan untuk Taklimat Persekitaran Amalan 5S.

5S ni ialah mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti kearah menjadikan sebuah agensi yang unggul dan berwibawa. Semua jabatan akan terlibat dengan 5S ni. (JKR Caw. Arkitek belum lagi ~sebab dah tanya Nora. Dia pon tak tau apa 5S tu)

5S

Seiri . Seiton . Seiso . Seiketsu (bukan kiteretsu) . Shitsuke (dan juga bukan sasuke)


~cepat kemas meja kamu syira!

Dengar ini cerita dari Cik Pauziah
~maziah (baju pink) kamu tidur ya! ;p






l u n c h . h o u r

Makan Pizza beramai-ramai di Pizza Giant
~En. Is menunjukkan kad kredit milik Ija
"dengan terpaksa Ija menggunakan nya supaya dapat less 30%"

Mereka masih memilih makanan!
~seperti Ibu dan Ayah
"2jam setengah budak tu tunggu diaorang memikirkan order nya"

Masih lagi menunggu -_-"

Akhirnya dapat jugak!
~Najwani buat muka sebab dah tak tahan lapar
"kenapa keputusan lambat dibuat?"




m o r a l . o f . t h e . s t o r y

Pilih la makan cepat-cepat supaya perut tak masuk angin
"makan yang hebat-hebat di tengah-tengah bulan langkah yang kurang bijak rasaya!"

No comments: