Sunday, January 31, 2010

R O M B O N G A N . P U S P N I T A


30 Januari 2010

Sekali lagi terlibat dengan secara tak sengaja mengikuti aktiviti-aktiviti tidak rasmi opis PPPNT ni. Dan juga menjadi jurukamera masa hari tersebut.



Destinasi pertama : Taman Monumen

Merekalah Puspanita dari Kluang Johor
~bagai bertemu dengan orang kampung laks ;p

Berlari berebut-rebut masuk ketaman tersebut
~bagai kanak-kanak tabika_penipuan disitu
(tetapi mereka berpusu-pusu ke toilet -_-")

Ehem ehem naik tram untuk bersiar-siar
~First time naik tram masuk dalam nih, sebelum ni naik basikal jer
(tapi best lagi naik basikal, boleh pergi semua tempat)

Kamilah ketua rombongan tersebut
dari kiri : Cik Mimah . Kak Moh . Me . Kak Ja
(tukang ambil gambar masa ni : Nizah)

Dengan Taj Mahal lagi
Kat Taj Mahal ni ada Dewan Teater dan Galeri dibawah nya, so kami di beri penerangan tentang sejarah Taj Mahal ni : Hebat kisah cinta mereka, si suami mendirikan Taj Mahal ini sebab cinta dan isteri nih meninggal semasa melahirkan anak mereka yang ke 14 (wah besarnya keluarga)

Yang ni dah lupa nama nya

Yaaaa.. aaaa
~berlagu ghazal dengan benda kat tepi tuh! _ jangan memain lah Syira!

Atas tram
~ambil gambar muka sendiri, sebab sendiri yang menjadi jurukamera
(tu yang tak syok nye bila menjadi jurukamera)

Pengarah yang tersenyum girang di atas tram

Dinding mana ntah, tapi memang suka bergambar kat dinding batu

Flashback gambar lama : Dengan dinding batu juga, lokasinya di Melaka
(dinding batu itu cantik_mungkin!)

Sampai Sepanyol kami berjalan

Russia pulak!
~Comey masjid nye


Destinasi kedua : Pasar Payang

Rombongan ni macam dah biasa datang Pasar Payang nih!
Sampai jer, terus hilang
~berebut-rebut mereka naik tangga kat pasar nih!


Buah-buah
~saya dan Niza sempat makan buah Durian di tepi kedai Pasar Payang
(terkantoi dengan ahli-ahli rombongan _ best durian nih!)

Saya yang konpius nak memilih keronsang!
~akhirya membeli keronsang yang bersinar itu! murah jer

Ni lah dia Niza
~kami yang sudah berbau durian


Destinasi ketiga : Kedai Tudung Desa Murni

Murah murah murah
~sangat rambang untuk memilih tudung disini
(penyudahnya tidak saya tidak membeli sehelai tudung pun!_sapa suruh jual banyak sangat!)



Destinasi terakhir : Nozi Batik


Bersuka ria mereka membeli belah disini
~sangat suka baju yang berjalur itu
(RM180.00 ...tidakkk saya punya~sambil bertarik tudung dengan orang yang membeli itu)


Akhirnya
Tamat sudah lawatan mereka
Kami-kami ni pula sebelum pulang, pergi dulu makan-makan di kedai yang sangat lambat servisnya *tak tau ke kami sangat lapar nih*
Habis makan balik rumah mandi dan tidur kepenatan

No comments: