Wednesday, May 26, 2010

M A C A M . M A C A M


Mak aiii... lamo gilo ese tak update blog ni kerano ese ditimpo polbagai masalah kojo. bukan main banyak laie kojo yang dibori kek ese. dah macam mesen buek air botol dokek kilang yang ese poie jo, mesen pon ado maso rehat! Ese ni masih tak pueh hati laie yang intonet kek opis ni tak leh nak bukak blogger nih *ekau upgrade intonet bukan main laie, canggih manggih! satu apo pon tak leh nak dibukak! songal!!*

Kek sini ese nak cito macam macam la aktiviti yang bolaku bukan po dah sominggu lobih ese tak cito apo apo. sorry la yo kalau entry kali ni ese cakap nogori sombilan, bukan po sajo jo, lamo dah tak speking nogori nih. teringat tengok cerito nenek perkaso ari tu, pokek mak cik tu cakap nogori. tapi apo apo pon ese bukan lah orang nogori sombilan yang sobonar. kalau ado yang torsalah tu jangan marah la yo.


Dongan Hajar
*baru jo dapek gambar nih dari hajar, ese pon tak tau apo pasal ese bergambar macam gitu*




Next ni gambar nih maso sarapan pagi dokek kafe wisma nih

Ese tetibo lak raso gamba nih kami semuo berposing sangat ayu!
*siapokah dio yang sangat ayu itu? silo jawab sokarang*


Ayu lah konon konon eh
*memang ayu pon, wakakakaka*


Soporti biaso lah, ini lah geng geng ese maso sarapan
*bukan sarapan jo, makan tongah hari, ngular ngular, shopping shopping dan macam macam laie lah yang di buek bosamo!*




Aktiviti yang berikotnyo adolah maso ujung minggu borsamo Hajar *housemate yang lain poie bersukan dokek kelantan ; tahniah la kopada zon timor yang monjadi juaro keseluruhan*


Santapan tongah hari di waktu potang makan di Chicken Rice Shop
*sotolah koponatan mengomeh rumah, masing maleh nak masak ; ambik kau konyang nyo sampai ko malam!*


Ese yang dan tak soba nak makan
*bukan main lapa laie!*


Tu dio ayam yang sangat menggoda!
*Najwani silo jeles yoo!*


Bukan main lahap laie ese makan
*weit, sopan sikit laa!*


Hajar menikmati sup!


Ini adolah di waktu lunch somalam, beramai ramai poie Pasar Payang tomankan si Ija memboli kain samping yang dikirim kawan eh. Ini kodai peberet kami, nak boli kain batik ko, samping ko, sutero ko, buleh la dapek murah.


Kain sutero yang ado kek kodai tu sokarang nih
*ado banyak laie stok yang baru sampai*


Dongan Ija posing dopan cormin kek kodai tuh!


Dan yang torakhir adolah gombar tadi maso di opis sobolum poie lawatan 5s, dokek jo lawan kali nih dokek tingkat 11 dongan 7 jo. soporti biaso ese dilantik oleh Najwani monjadi jorufoto *ni yang buek ese berkobar kobar nak suruh ayah bolikan kamero SLR ; konapo lah kau mahal bobonar!*


Tu dio, bergamba dopan cormin laie!


With Kak Sha




Eh ado laie, lunch hour di Noodle Station


Solero makan bosar ese nih! sobab tu lah makin borat ese nih!


Mereko yang bergayo gayo!


Ese pilih makan nasi, Nasi Putih dongan Ayam masak apo ntah yang pasti adolah sangat podeh!
*orang lain makan Mee jo, sobab tu ese makin gomuk ; tapi tak po masih buleh dikontrol laie!*



m o r a l . o f . t h e . s t o r y

makan je ape yang kita rasa nak makan

Sunday, May 16, 2010

M E E T . M Y . C O U S I N

Khamis lepas lepak lepak dengan causin I nih si Farid @ Ghek. Amik dia kat Hotel then bawak dia jejalan *yang penting dia belanja makan ICT , Ikan Celup Tepung - but I makan Sotong Celup Tepung yang dah menjadi makanan kegemaran sekarang nih!* Sesat barat mencari tempat makan nih, aku pon tak pernah sampai tempat ni, lokasinye kat belakang Airport je tapi berpusing pusing nak cari tempat tu *kejap kejap call hajar nak tau jalan yang sebenarnya, mujur terer mencari jalan ngee~*


Ni lah dia orang dah lapau sangat sangat tak makan lunch sebab sibuk sangat bershopping kat pasar payang.


Menu petang itu : Sotong + Ikan + Udang celup tepung, Keropok Lekor, Jemput jemput, Mee Hoon Goreng dan Air Kelapa


Setahu aku la tempat makan ni sebenarnya bersebelahan dengan laut yang cantik membiru, sebab last year jalan jalan dengan Hajar kat tempat nih memang sangat cantik viewnyer. Tapi entah apa yang dia orang nak buat agaknye, habis kat tepi tepi tu di tambaknye dengan batu batuan dan pasir pasiran, memang dah tak nampak laut dah! Sambil drive pon tak nampak laut nye! *ape yang sedang korang cuba lakukan ah? punah semua view yang cantik cantik itu!*

Lepas makan makan bawak la caousin ni pusing pusing area situ, bukan ape dah takde tempat yang best pon nak bawak jalan jalan. Penyudahnye terus je lepak kat airport. Jalan jalan kat situ konon kononnye macam KLIA la kan. hahaha. Amik nih kami bergambar sakan kat airport tu.


tak tau la ukiran apa, yang pasti benda nih ade dekat tempat duduk


Yang ni gambar Entrance Airport tu


Kaunter membeli tiket


Cuba bergambar kat depan benda tuh!


Cuba mengsetting kamera


With The Giant Wall


Between the tiang *hahahaha*


Ni cerita yang lagi best, bila si Ghek ni nak check in beg berisi pelbagai barangan seperti Keropok Lekor, Sutera, Cecair *orang kat airport tu cakap bahawa sos keropok lekor tu adalah cecair* dan sebagainya telah koyak. What!! memang la ko nih! beg harga sepuloh hengget je, ko gi isi bagai bagai kat dalam tuh! Ape lagi pergi la cari semula 7e yang ko gelak gelak kan sebab tak de function kat Airport tu.


Orang yang sedang membalut begnya dengan masking tape! ahakss




moral . of . the . story

nak bejalan bawaklah beg yang di luluskan SIRIM

G I G I H



Memandangkan hari ni adalah hari yang sangat enjoy kat office sebab ramai yang tak masuk, macam macam sebab la sukan ICU, cuti cuti la, macam macam la, aku jer yang gigih nak bekerja hari nih! huhh sampai masuk office lambat gilers penangan dok rumah sorang sorang dua hari nih, melantak tidur je, amik kau tidur tak sedarkan diri di pagi hari!

Sambil sambil buat kerja, belek belek blog yang best best nak dibaca, layan FB pon boring jugak! *aku lagi suka memblogging dari FB* Aku terjumpalah artikel ni, cam best gak, rasa terkena kat batang hidung sendiri pun ada jugak. Ape ape pon aku tabahkan jua hati nih. *pujuk hati la konon nye*

. . . . . . . . . . .


“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

• Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
• Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
• Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
• Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
• Mengapa sudah tidak semesra dulu?
• Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
• Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??


Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?
Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…
“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!
Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.
Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

• Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
• Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
• Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
• Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
• Apabila break aje…MOVE ON!
• Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!



Ini sekadar bacaan ringan sahaja


Tuesday, May 11, 2010

?



Bila hati banyak rasa yang ditanggung, makin banyak pula yang difikirkan. Susahnya nak jadi orang yang disenangi semua orang.

Monday, May 10, 2010

W E D D I N G' S . A B A N G





Awal bulan ri tu adalah Wedding adik aku, Mohd Hafizi. Huhh adik aku yang dah langkah bendul!
tapi takpelah, kalau nak tunggu kakaknya entah bila la agaknye
*agaknye korang dah ade anak dua baru along kawin*



Mohd Hafizi Abu Bakar dan Fazilah


My badik badik
*adik kembar aku punya language masa dia kecik kecik*


Cousin cousin dengan gaya bebas
*tengok je lah abang ijal yang cuba menumbuk*


Twins
*yang sorang lagi tak tau bile ntah, dia cakap ape2 pon tunggu aku kawin dulu! tunggu lah dik oi..*


Ratu


My Mom
*mak, selamat hari MAK*


Aksi super hero dan heroin



Untuk abang dan pasangan, semoga berbahagia selalu dan cepat cebat bagi along anak sedara hehehe

P E R C U T I A N . Y A N G . D I . T A J A

Huhhh.. akhirnya dapat gak la nak update blog. Ni pon pinjam broadband si Najwani *thanks ya*. Yaarabbi aku bulan ni sangat sangat sibuk, tak tau mana masa rehat aku! *tolong beri aku masa untuk berfoya foya*

Ada banyak cerita yang nak ditulis kat blog nih, tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab sebab yang tak munasabah. Pertengahan bulan 4 hari tu pergi Mutiara Redang Beach Resort kat Pulau Redang dengan Najwani *heret dia sekali untuk menemani aku, kalau tak heret pon dia memang nak ikut*


Sebelum naik boat sempat posing
*dan juga makan ubat supaya tak mabuk atas boat*


With Najwani di atas boat
*muka yang berkilat kilat, sebab menunggu boat*


Dah sampai Pulau Redang
*memang cantik tempat tu, air dia jernih macam kat pool*


Tu dia Chalet nye
*ntah sape lah yang mandi laut tengah hari buta, panas adalah tahap Ultraman Taro*


Masuk je kat dalam chalet, masyaAllah panas nye. Bila dah kena aircond masing masing tidur, kul 1 lebih baru bangun sebab dah lapar *makananya adalah berasaskan ikan yer, harap maklum bila anda berada di pulau* kul 3 petang dia orang ajak pergi Snorkelling, mula mula memang tak nak pergi sebab matahari tengah terpacak atas langit, oleh kerana dia orang dah matikan generator, so dari terperap kat bilik yang panas baik ikut dia orang.


Ini adalah Asrul *reza, panggilan aku ngan najwani*
merupakan anak kepada tuan punya Resort nih.


Yeahhh, selepas bersnokelling


Sangat dalam tempat itu
*tengok air sudah tahu!*


Aksi aksi pelancong dari Penang


Tulisan di atas pasir
*syiro*


Mandi manda
*dibawah matahari yang terik. Apekah?*


Bersnokelling di depan resort pulak selepas mandi manda
*itu kawan kawan baru yang mengajak bersnokelling bersama*


Proses pengerinagn
*tidak! meng'tan'kan kulit*


Masa berposing posing
*ntah ape posing dengan net tu*


Menunggu boat tiba


Dalam perjalanan pulang
*tak tau ape nama pulau ini, lupa nak tanya reza*



Sekian cerita dari Pulau Redang
Jom lah kita sama sama bercuti dalam Malaysia

Thursday, May 6, 2010

T A H A P . G A B A N . D A H . N I E !



Perghhh.. ni nak marah nih! ape pasal la internet kat opis ni semua nya nak di block! siapa yang bertanggungjawab nih? nak update blog pon tak boleh nak letak gambar, blog pon tak leh nak keluar gambar! ape ker hampehnye. Skype pon dia block *ko tak tau ker aku on9 hari hari skype 2!*

...dengan pantas mencari kembali borang tukar di laci...