Monday, May 10, 2010

P E R C U T I A N . Y A N G . D I . T A J A

Huhhh.. akhirnya dapat gak la nak update blog. Ni pon pinjam broadband si Najwani *thanks ya*. Yaarabbi aku bulan ni sangat sangat sibuk, tak tau mana masa rehat aku! *tolong beri aku masa untuk berfoya foya*

Ada banyak cerita yang nak ditulis kat blog nih, tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab sebab yang tak munasabah. Pertengahan bulan 4 hari tu pergi Mutiara Redang Beach Resort kat Pulau Redang dengan Najwani *heret dia sekali untuk menemani aku, kalau tak heret pon dia memang nak ikut*


Sebelum naik boat sempat posing
*dan juga makan ubat supaya tak mabuk atas boat*


With Najwani di atas boat
*muka yang berkilat kilat, sebab menunggu boat*


Dah sampai Pulau Redang
*memang cantik tempat tu, air dia jernih macam kat pool*


Tu dia Chalet nye
*ntah sape lah yang mandi laut tengah hari buta, panas adalah tahap Ultraman Taro*


Masuk je kat dalam chalet, masyaAllah panas nye. Bila dah kena aircond masing masing tidur, kul 1 lebih baru bangun sebab dah lapar *makananya adalah berasaskan ikan yer, harap maklum bila anda berada di pulau* kul 3 petang dia orang ajak pergi Snorkelling, mula mula memang tak nak pergi sebab matahari tengah terpacak atas langit, oleh kerana dia orang dah matikan generator, so dari terperap kat bilik yang panas baik ikut dia orang.


Ini adalah Asrul *reza, panggilan aku ngan najwani*
merupakan anak kepada tuan punya Resort nih.


Yeahhh, selepas bersnokelling


Sangat dalam tempat itu
*tengok air sudah tahu!*


Aksi aksi pelancong dari Penang


Tulisan di atas pasir
*syiro*


Mandi manda
*dibawah matahari yang terik. Apekah?*


Bersnokelling di depan resort pulak selepas mandi manda
*itu kawan kawan baru yang mengajak bersnokelling bersama*


Proses pengerinagn
*tidak! meng'tan'kan kulit*


Masa berposing posing
*ntah ape posing dengan net tu*


Menunggu boat tiba


Dalam perjalanan pulang
*tak tau ape nama pulau ini, lupa nak tanya reza*



Sekian cerita dari Pulau Redang
Jom lah kita sama sama bercuti dalam Malaysia

3 comments:

wani ezryl * said...

bilakah lg dpt jumpa 'aidil zafuan'.. haha

syira said...

tak dapek den nak nolong eh!

Fairuz @ Z said...

Wahahaha....
Main pantai sampai hengat.
Ade ke patot.