Monday, July 26, 2010

R E S E P I



Halooo... kelmarin telah mencuba resepi ini iaitu Puding Trifle. Last buat masa wedding Abang untuk hidangan meja pengantin *aku sendiri pon tak sempat nak merasa trifle tu* resepi ni dah try buat dua kali kat kampung, fuhh ni first time cuba tanpa melihat buku resepi..hehehe *hentam jer lah nak letak ape pon*

Ni disertakan resepi yang ingat-ingat lupa *ape-ape pon selamat mencuba yer, yakinlah pada diri*

3 Sudu tepung kastad
1 Mangkuk air
2 Sudu gula *nak manis tambah lagi*
1 Tin susu cair *nak best guna cap F&N yang warna pink*
2 Buku kek
1 Tin buah campuran
1 Kotak Jeli kristal *ikut suka nak rasa apa pon*



Cara-cara :

Masukan susu cair dan gula dalam periuk dan masak hingga mendidih *api perlahan*
Masukan tepung kastad dalam air dan kacau rata dan kemudian tuang dalam periuk dan kacau hingga pekat.

Lebih kurang macam ni lah rupa dia masa tengah masak.


Potong kek dan susun dalam bekas
Basahkan kek tu dengan air buah dalam tin tu
*terabur sekali kek disusun hajar itu. huhh*


Lepas kastad dah pekat, curah kat atas kek. bila kastad ala-ala nak keras, taburkan buah-buah campuran tu.

Masak jeli kristal ikut dia nya cara-cara yang ada tulis kat kotak tu. Lepas tu leh la curah kan kat atas kastad tadi.


Taadaaaa....

Ni rupa dia bila dah siap


Pandangan dari sisi
*weh, ingat lukis pelan je ke ada pandangan sisi!*


Okeh selamat mencuba.

*Trifle ini telah dibawa ke office dan dimakan oleh ramai orang*
untuk Wani : kite akan buatkan khas untuk ko yang lain eh... sowy..







C E R I T A . T E M P E L A N



Telah membeli benda nih setelah merasakan aku ni semakin 'tan'
*huhhh... mari kita lihat keberkesananya nanti*


Anak si kembang kat rumah atok


Pergi makan selambakan durian di pasar cabang tiga


*nak makan durian segamat pulak!*



dahhh.. tata
: adusss bateri jam mati pulakkkk....

Wednesday, July 21, 2010

L A N G K A W I



Weehooo... last weekend aku telah mengikuti rombongan percuma*sebagai urusetia okeh!* oleh Tunas Mekar dan KIK. First time jejakkan kaki kat Pulau Langkawi ni, ape yang aku bayangkan sangat lain dari fikiran.. hehh.. Naik Feri yang superb besar ratus-ratus orang ada dalam tuh. Lebih kurang sejam dok dalam tuh, kuar-kuar dari jeti terus masuk macam dalam shopping mall *ngahh cam kuar dari tren dan terus masuk KLCC*

Amik kau kali ni entry banyak gilers gambar-gambar yang diupload, rasa nak letak lagi tapi cam melampau la pulak.. hehehe..


Click pada gambar untuk lihat dengan jelas



Dalam Feri


Langkawi Under Water World
*3 bintang je bagi markah kat tempat ni, tak under water sangat lah!, nak try yang kat KLCC pulak lah*


Leka-leka tengok ikan, tetiba ada pulak galeri
*mushkil la galeri lukisan kat dalam tempat ikan!*


Penguin yang berehat-rehat menanti salji turun


Ikaness


Udang
*rasa macam nak pergi snorkeling lagi lah*


*ape jeling-jeling jaws! dok dalam tu diam-diam!*


Ikan Koi
*eh budak, baik-baik ler kang jatuh!*


Cable Car
*tak dapat naik sebab cuaca berkabus, main-main dengan rusa kat tepi tu jer*


Area Cable Car tuh!


Melawat kilang membuat kristal
*bahaya kerja dengan api. berpeluh dok kat tepi tuh tengok dia orang buat mangkuk kristal. kenalah dengan harga yang mahal itu.*


Kristal Itik@angsa


Bunga kristal
*nice to see, nice to hold, since broken consider sold. Sangat mahal okeh, sila berhati-hati*


Rumah sape ntah
*siapa punya kampung yang rumah dia macam ni lagi? sila angkat tangan. saya nak datang beraya nanti sebab lama dah tak masuk rumah kayu*


Kawasan beras terbakar
*tak nampak beras pon!*


Shopping batik time
*mari beli dik murah sahaja, Rm 10 hengget je batik jawa. mari-mari. Emak satu, Mak Lang satu, Aku satu, Ipau punya satu. dah takleh lebih nanti kena cukai*


Amik kau set pinggan harga sama dengan meja makan kat rumah!
*makan lauk ikan bilis pun sedap agaknye guna pinggan ni*


Rambang mata dahhhhh
*beli sebiji je balang kuih, cukuplah hanya itu yang termampu. hehehe*


Nanti nak beli set pinggan yang ini pulak
*belum kahwin tapi dah beli set pinggan mangkuk. what!!!*


Rugi beli coklat ni sekotak je, kalau tau aku amik sepulohh kotak!
*sodappp*


Lambakan coklat
*dah rasa cam taknak beli bila tengok dah banyak-banyak cam ni!*


Muka kau macam real helang. Takut aku tengok lelama


weee~


Hasil buruan masing-masing
*kat dalam kereta pon ade lagi*


Jeti
*kita naik feri gi perlis dan kemudian masuk kedah semula. main-main ek!*


Menara Alor Star


pekan Rabu yang glamor kat alor star ni
*masuk dalam tu macam pasar payang la, cuma dia kecik je*


Sekian cerita pergi berjalan-jalan

:rasa nak makan Laksa Johor kat Laksa Shake la

Thursday, July 15, 2010

E D I T



Assalamualaikum dan
bertemu kita dalam siri Editing Gambar Episod 1
Saya Syira selaku penulis blog untuk episod ini.
*terima kasih kepada penerbit kerana telah memilih saya! cehh*

Disini syira ingin kongsikan sedikit ilmu yang baru dipelajari dua tiga hari ini, ngee~ walaupon dalam kesibukan menguruskan tugas harian, sempat juga belajar something dari talian jalur lebar ini
*ewahh*

Pernah dengar Sifoo.com tak? haa.. syira belajar dari situ la segala ilmu ilmu editing gambar ni *belajar sendiri sendiri jer* sebelum ini Sifoo.com leh buka cam tu jer, tapi sekarang dah kena register. Tak susah pon untuk register, siapa yang berminat untuk register dipersilakan.

Dan hari kelapangan conform syira akan login web tu. Cari teknik baru untuk edit gambar dan terus try buat. *print nota nota yang ada dalam tu* Masa mencari nota nota yang baru, jumpa pulak tajuk untuk buat texture gambar. Dari situ dia kenalkan deviantart.com untuk cari gambar gambar yang boleh diedit untuk buat texture.

So, inilah hasilnya daripada praktis sendiri sendiri time bosan bila buat kerja lama lama.
*click pada gambar untuk lihat dengan jelas*








Sekian untuk episod kali ini
Kepada mereka yang berminat, bolehlah kita sama sama berlajar dan berkongsi ilmu dengan dunia editing ini.

Kita jumpa lagi. ta ta.


: klu dapat kamera SLR lg best ek!

Sunday, July 11, 2010

T E S T I N G



Mencuba sesuatu yang baru. Hehehe


Mc D
*nak kena register untuk WiFi pulak baru leh Internet. Macam mana nak register?*


Office


Mohamad Iskandar Bin Nordin
Penolong Pengarah (Khas) I
*Bos, kenapa nak pegang piala tu?*


Jeti Merang
*menjadi penunjuk arah kepada Najwani untuk menghantar member dia ke Pulau Redang*


Mereka dalam boat
*tahan ke korang berdiri? sejam wei baru sampai pulau*


Nasi Minyak
* Breakfast. Cam dah biasa pulak makan benda benda cam ni di Terengganu.*


My Polka Dots Clutch
*Clutch la sangat! 1 Malaysia disitu*


See ya next time
Bos takde mari kita main main ;)

Wednesday, July 7, 2010

T H A N K ' S



my VIVAZ

Jotaan terima kasih kepada Mak & Ayah yang telah membelikan anakanda sebijik telifon. Jotaan maaf jugak anakanda ni degil sebab nak telifon tu jugak. Luv you all.
*lepas ni along akan rajin rajin call tak pun kite FB jek.. hehehe*


emm, lepas ni nak mintak ape pulak untuk hadiah birthday. Apekah?