Monday, July 26, 2010

R E S E P I



Halooo... kelmarin telah mencuba resepi ini iaitu Puding Trifle. Last buat masa wedding Abang untuk hidangan meja pengantin *aku sendiri pon tak sempat nak merasa trifle tu* resepi ni dah try buat dua kali kat kampung, fuhh ni first time cuba tanpa melihat buku resepi..hehehe *hentam jer lah nak letak ape pon*

Ni disertakan resepi yang ingat-ingat lupa *ape-ape pon selamat mencuba yer, yakinlah pada diri*

3 Sudu tepung kastad
1 Mangkuk air
2 Sudu gula *nak manis tambah lagi*
1 Tin susu cair *nak best guna cap F&N yang warna pink*
2 Buku kek
1 Tin buah campuran
1 Kotak Jeli kristal *ikut suka nak rasa apa pon*



Cara-cara :

Masukan susu cair dan gula dalam periuk dan masak hingga mendidih *api perlahan*
Masukan tepung kastad dalam air dan kacau rata dan kemudian tuang dalam periuk dan kacau hingga pekat.

Lebih kurang macam ni lah rupa dia masa tengah masak.


Potong kek dan susun dalam bekas
Basahkan kek tu dengan air buah dalam tin tu
*terabur sekali kek disusun hajar itu. huhh*


Lepas kastad dah pekat, curah kat atas kek. bila kastad ala-ala nak keras, taburkan buah-buah campuran tu.

Masak jeli kristal ikut dia nya cara-cara yang ada tulis kat kotak tu. Lepas tu leh la curah kan kat atas kastad tadi.


Taadaaaa....

Ni rupa dia bila dah siap


Pandangan dari sisi
*weh, ingat lukis pelan je ke ada pandangan sisi!*


Okeh selamat mencuba.

*Trifle ini telah dibawa ke office dan dimakan oleh ramai orang*
untuk Wani : kite akan buatkan khas untuk ko yang lain eh... sowy..







C E R I T A . T E M P E L A N



Telah membeli benda nih setelah merasakan aku ni semakin 'tan'
*huhhh... mari kita lihat keberkesananya nanti*


Anak si kembang kat rumah atok


Pergi makan selambakan durian di pasar cabang tiga


*nak makan durian segamat pulak!*



dahhh.. tata
: adusss bateri jam mati pulakkkk....

No comments: