Thursday, September 23, 2010

c e r i t a . l e b a r a n . 1 4 3 1 h


fuhhh fuhhh *tiup habuk dekat blogger ni* lama gilers tak update. kat kampung tak sempat nak update *line broadband nye slow sangat! nak fb pon lembab. kura kura pon jalan laju* dah masuk kerja dua minggu ni baru sempat nak update, macam macam kerja nak kena buat mentang mentang cuti seminggu *penatttt* ni pon yang menanti dah berbaris panjang!


Weehooo cerita raya yang dah lama *takpe asalkan masih dibulan syawal*


Our Family
*sila berkenalan. apekah*



memasang lampu kelip kelip
*hehehe. ada dua layer lampu kelip kelip tahun nih*


Menu hari raya
ketupat, lemang, rendang ayam kampung, kari ayam, sambal jawa, kuah kacang. perghhhh. *penat memasak sampai mengigil dan rasa nak buka puasa je tapi tahan jugak sampai maghrib. sangat berbaloi bila makan*



Takbir Raya di Malam Raya
*ada dua trip takbir raya kat rumah aku malam tu. trip yang kedua sampai dah dekat jam 12 malam. syabas. 2 pagi baru habis takbir raya*



Pagi Raya
*bergambar jer. siap bergambar, tukar baju dan tengok tv je*



Gambar untuk MMS
*line maxis yang sibuk. 4 kali mms pon tak dapat dapat jugak. kredit abis ditolaknya!*



Apit



Adik
*Abang beraya rumah mertua. geng kurang. dah ler adik beradik tak ramai!*



Raya ke Dua
*operasi beraya sekitar Kuala Paya*
lokasi : rumah Tok Ucu



Rumah Tok Ucu lagi



Giliran rumah Tok Esah
*atok yang sangat garang*



Kuih raya dan sirap
*semua orang hidang air sirap! lolx*



Tu dia Atok Esah tengah bercerita
*antara ayatnya : "budak budak sekarang degil, lalu depan rumah aku habis pokok bunga aku dia main main. asal ade budak lalu je aku marah! ko jangan lalu depan rumah aku nih!*
relek tok. jangan marah marah.



Sepupu lelaki
*seperti tiap tiap tahun lepak di Segamat*



Geng Sepupu perempuan tahun ni tak keluar sama



Aiskrim Time
*makan aiskrim ni time panas memang nikmat. ngeriji dah mata Man dengan cahaya matahari*
*terang dah rambut aku! kata Man setiap kali tengok gambar dia. huhuhu*



1 2 Lompatttt



Pak Itam baru sampai dari Serting
*raya raya makan rambutan*



Beraya dengan FB
*rumah atok*



Bukan nak pergi beraya mintak ampun maaf budak nih!
*main main jer dok rumah!*



Beraya di Felda Semenchu Kota Tinggi Johor *fuhh jauh sehh dah hujung hujung peta*
alang alang dah sampai sana, singgahlah ke Desaru, selalu dengar nama jer. Lebih kurang je laut dekat Terengganu ni, tak leh mandi pon.



Mak & Ayah
*konon kononnya menginap kat hotel Palma nih. datang eksyen bergambar jer. cehh*



Abang & Wife



Aksi Bebas
*tu yang keluar gaya gaya kangkangan oleh abang*



Mak berehat dibawah pondok daun
*bak kata Mak ; sekali cucuh api daun nih, rghuuuuu api naik*



Apit



After raya raya di Desaru, gerak gi rumah MakLong di Bandar Baru Uda dan seterusnya rumah PakAndak di Tmn Aman. *sangat lama tak jejak kaki kat JB, banyak dah jalan bertingkat tingkat. aku sendiri dah tak cam jalan kat sini*
Lepak lepak rumah PakAndak setelah penat dan habis tengok cerita Transfomer tu kita orang keluar jalan jalan ke Pasar Karat. tak banyak sangat yang berniaga maklumlah raya lagi kan. ade maknyah *boboy cakap ; maknyah badan tuff. wakakaka*



Makan makan di Hutan Bandar
*gile ramai dan lama nak tunggu meja kosong dan lagi lama nak tunggu Chicken Chop! lolx. sangat murah okeh makan chicken chop kat sini RM 5.00 jer. Jumpa anak anak muda yang dress-up agak lain, orang Singapore agaknya.*
*Adik, jadi hujung tahun ni kita gi Universal Studio Singapore*



Motor PakItam
*nak jual nih! sape nak?*



OTW balik sempat singgah Air Hitam. macam biasalah kalau dah sampi sini, beli bunga dan kerepek kerepek la tujuannya.
*Mak dah rambang mata nak beli bunga. tak payah beli banyak banyak mak, buat habuk jer!*



Abang memilih bunga
*beli letak kat rumah ko tu!*



Lepak makan makan lepas penat bershopping shopping
*murtabak singapore. mahal. tak sedap sangat pon!*



Beli ELMO untuk WRS
*aku suka sebab warna merah. huhu.*




Umairah
*anak sepupu. tak lama lagi dapat anak buah sendiri.*



Sebelum berangkat pulang Terengganu pergi setting ini kereta kasi laju!
*rotate tayar dan alignment je. aku masih pemandu yang berhemah*


pungutan duit raya aku untuk tahun ini : meriahhhhhhhhh

Sekian entry yang mempunyai 35 keping gambar
Selamat Hari Raya



2 comments:

wani ezryl * said...

semua hidang air sirap?? rumah kite hidang air oren sunquick!! ahaha. lenkali hidang f&n anggur pulak!! :P

syira said...

kita hidang ribena