Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dah 1 September hari ni baru nak post ceritera merdeka. Bulan-bulan puasa ni tak celebrate pon, ingat nak raya je. Aku tak rasa sangat pon semangat merdeka *kurang patriotik betul lah aku ni! sila sedar okeh* Rasa aku last yang aku berkobar kobar celebrate merdeka ni masa tahun 2008. semangat. bangun awal pagi nak pergi dataran nak tengok orang berbaris, kereta kebal, tengok muka orang conteng conteng, tengok kapal terbang la. *siap rakam video lagi, haruslah ada muka mamat tentera yang pakai baju putih, smart seh* bukan tu je, siap letak bendera kecik dalam kereta, sekarang? takde pon! *tapi ada sticker bendera ek kat cermin belakang kereta tu*
Tapi kenangan masa kanak kanak dulu pon banyak pasal merdeka ni. bila dah masuk 30 ogos kita orang adik beradik rajin bukan main lagi basuh van ayah tu sebab nak suruh dia orang bawak kita orang pergi pantai 31 ogos tu. *gigih kami adik beradik semata-mata nak gi mandi laut dan jalan-jalan ke melaka* tapi bila masing-masing dah besar dah taknak gi mandi laut, panas lah ape lah. banyak songeh pulak! nak pergi tempat yang ada aircond je.
Sekarang cuba tanya kita merdeka yang keberapa? sure tak boleh bagi jawapan dengan yakin. okeh 53 tahun. *ingat, sebab baru lepas kira! huh!* nyanyi lagu merdeka? tau korus je. *lagu korea tau pulak ko nak nyanyi!* bukan aku saja ni, tapi ramai sekarang ni yang macam dah lupa. mujur hari merdeka dia orang ingat, tu pon sebab cuti! *pepandai je aku nih!* sekarang kalau kerajaan tak bagi bendera free jangan harap nak gantung bendera. bendera yang banyak digantung pon di bangunan-bangunan kerajaan *kat opis aku nih banyak gile diaorang gantung* kalau kat palong dulu bila masuk jer 31 ogos, siaplah mat rempit lalu lalang depan rumah memekak-mekak dengan enjin motor yang kuat. sekarang aku rasa dah takde. mat rempit dah ramai yang berhijrah. yang tinggal pon anak-anak muda yang baik-baik. *eh yer ke? yer kot!*
apa yang perlu kita buat tuk naikkan semangat merdeka tuk orang-orang zaman sekarang nih? fikirkan. tahun depan boleh laksanakan.
sekian cerita dari cik syira ;)
selamat berpuasa walaupon cik syira tak puasa hari nih. hehehe.
1 comment:
nak naikkan semangat2 ni kena disertakan dgn hadiah2 grand seperti kereta grand livina.. ahax! :P
Post a Comment