Thursday, December 30, 2010

saat 2010


Hello Hello

2011 dah hampir sampai nih tinggal 2 hari je lagi. Azam baru tengah pikir lagi ape benda yang nak diazamkan letih dah asik forward azam tahun-tahun lepas je, bilelah azam tu nak lepas boleh create azam lain pulak!

Huhh nak azam pakai kereta ni pulak lah! wahhh kau bercita-cita tinggi!





2010 yang awesome


saat aku mengubah imej dengan bertudung/hijab alhamdulillah masih kekal sehingga hari ini
*terima kasih kepada mereka yang mendoakan*



hari pertama di tahun 2010 bersuka ria bersama Siti my ex housemate
*siti semoga selamat melahirkan baby sulung nanti*



saat aku merasakan aku sangat comel masa ini T____T'



saat aku bersuka ria bersama teman-teman seopis merangkap housemate



saat menghadiri Kursus Induksi Umum & Khusus di Baling, Kedah



saat pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Redang yang cantikkkk



saat pertama kali belajar snorkeling dan berenang-renang


saat adik aku melangsungkan hari bahagianya dan melangkah bendul aku, hehh



saat aku belajar melompat di tepi pantai. hehehe.



saat aku kehilangan henpon ini
*adehh tak tidur malam aku dibuatnya!*



saat aku diberi pengganti henpon lama
*thanks mak & ayah*



saat aku pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Langkawi



saat berhari raya di Kulai Johor



saat pertama kali memiliki kebaya



saat menyambut hari lahir ke 28 tahun pada 101010
*bukan sepatutnya aku kawin ke? hehehe tunggu 20112011 pulak*



saat hari bahagia 101010 aku bekerja! lolx



saat aku pertama kali berkayak
*hahaha walaupun banyak kali melanggar tebing, tetap seronok berkayak*



saat aku bersiar-siar dengan kazen-kazen yang datang dari Johor Bharu



saat pertama kali mencuba memakai selendang belit-belit




saat aku merasakan aku adalah model. bahahaha. T____T



saat aku menghulurkan peace ;p



walau apa pun yang berlaku sepanjang tahun 2010 pasti banyak memberikan kenangan manis dalam hidup kita. hidup mesti ceria selalu jangan dipikirkan sangat masalah yang ada barulah awet muda. hehh. kepada teman-teman mana ada yang tersalah ke ape bagaikan maafkanlah yer, halalkan lah apa yang patut ek. hehe. saya ini insan kerdil tidak lari dari melakukan kesilapan *wawww*

Selamat Tahun Baru 2010

tiga dalam satu


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Yeahh Malaysia menang BOLA! dapat cuti umum esok! tapi kami memang cuti esok! apekah? *tak aciiiii!* malas nak ulas pasal bola, sebab semua orang dah banyak bercerita pasal bola *hehe sebenarnya bukan minat bola pon ni lah first time tengok bola T___T*



Dalam bus masa nak balik segamat hari tu, amik kau duduk seat belakang sekali! dah macam naik roller coaster
*pemandu yang memandu dengan ganas & berhemah, kau cilok-cilok! kau bukan bawak kancil laa*



Tiba-tiba kan pergi kenduri kawin adik makcik aku kat Melaka
*lepas tu jalan-jalan ke Jusco penyudahnya aku tak membeli apa-apa pon, tak reti la nak beli ape! sebab dah banyak shopping kot masa turun KL ri tu. lolx*



. . . . . . . . .



Ni aku nak kenalkan anak kucing baru kat rumah aku, anak si kembang *syabas kembang, anak kau kali ni comel-comel dan gebu-gebu!* Ada 4 ekor, 3 jantan 1 betina, nama masih belum ada lagi dah tak tau nak bagi nama apa. Ada suggestion?



Nyauuu 1
*gigih kau gigit kaki seluar aku!*



Nyauu 2
*sangat berhati-hati nak turun dari sangkar dia*



Nyauu 1
*badan kau melendut laa, banyak makan! sekali pandang dah macam orang yang buat tarian singa tu! T___T*



Nyauu 1 lagi
*bergurau senda dengan daun kering*



Nyauu 3
*si penakut dan lembab. yang lain dah sibuk main-main kat luar, dia takut nak keluar sangkar*



Nyauu 2
*mewarisi corak-corak dari kembang, macam rimau kelabu*



Nyauu 2 & 4
*nyauu 4 bulu tak gebu, dan dia betina*


sekian entry anak si Kembang


. . . . . . . . .


Semalam ada perhimpunan bulanan dan bicara ilmu. hehehe kali ni turn kami-kami naik amik hadiah besday dan potong kek. kek dia best *jomm nak makan kek lagi, tak cukup yang semalam tu*



Dapat ini buku
*nak tulis ape je la kat dalam nih?*



Ada juga aktiviti makan malam di Felda Resident Hotel meraikan kami group KIK, Pembanci-pembanci sambilan dan Pengurus Projek yang dah tamat tempoh bekerja kat PPPNT.
*insyaAllah rezeki itu ada dimana-mana untuk kamu semua*



With Hajar
*muka tak puas hati! lolx*



Naje dan Pn Haizan fasilitator KIK kami



Dinner dengan mereka semua, tengok bola mereka semua nih!



Sekian cerita kali ini
*aku tak puas hati Shout Mix kena block kat opis nih! woi macam mana aku nak blog walking? ishh lama tul nak tunggu 6hb baru boleh buka semula!*

Friday, December 24, 2010

going back to palong


weeehoo,
dalam kete bersama ayah balik rumah di palong 9. Penat tu naik bus dari kul 10 sampai segamat kul 5 lebih-lebih. cuti rehat-rehat i like.

bye

Thursday, December 23, 2010

ubah


Hello!

Yes, akhirnya aku menukar jugak template blogger ni T__T walaupon masih rasa sayang dengan template lama aku tukar jugak, maklumlah aku nak cuba buat sesimple yang boleh untuk blogger nih. hehehe. header baru jugak muncul, tapi nanti kalau ada yang lebih baik aku tukar jugak. ngee~

Apa komen korang tentang template dan header baru ni?


bye

Wednesday, December 22, 2010

marry me


Assalamualaikum dan Selamat Petang

Aduh penatnya aku hari ni. banyak betul benda yang nak kena buat, lagi-lagi esok ada audit 5S kat opis aku nih. meja dah okey cuma ada lagi fail-fail yang belum aku tagging dari sampul kecil nak kena masuk fail keras pulak tak ke membazir tu namanya, fail lama tu kenalah buang maklumlah dia kata kena SISIH kan. tengok pulak laci aku, perghhh messynye. dah ada tempat-tempat pen pencil pon nampak bersepah-sepah lagi *ade yang aku buang dengan laci-laci ni sekali kang -_-'*

Dalam sibuk-sibuk pon sempat jugak aku buat blog walking, sempat nak upgrade blogger aku sempat nak tengok-tengok surat khabar *tengok je tak mampu nak membaca, tu pon tengok iklan jek. ngee~*



Tiba-tiba pulakkan gambar perempuan nih! aku dah tak ingat dah mana aku download gambar ni. cantikkan gambar ni. try jugak nak buat, tapi tak berapa nak jadi *sape pandai ajar kan saya macam mana?* Adobe Photoshop kat PC aku ni sentiasa on, maklumlah nak tunggu idea nak buat banner. idea tu sampai dah nak buat macam mana, cuma masih mencari gambar@menanti gambar yang sesuai. huhh ni yang buat aku tak sabo nak rembat kamera sebijik *sabo syira!* tunggu je lah sampai gambar tu nanti baru buat, masih ada 9 hari lagi sebelum 2011.

Ni ada satu lagi hal, aku nak balik kampung hujung minggu ni tapi tiket bas tak pergi beli-beli lagi *tiket sold out padan muka kau!* tapi bila tengok paper minggu ni banyak betul bas yang eksiden, termasuklah masa aku otw balik dari KL hari tu terserempak dengan bas eksiden dekat area kemasik, mujur bukan kemalangan yang ngeri sangat. pulak tu bas yang selalu jadi pilihan aku nak balik kampung *adehh* nak drive aku rasa malas pulak sebab baru je balik dari KL kesian pulak kat WRS aku tu. lagi-lagi musim hujan dah tiba ni, kang banjir payah pulak aku nak balik ganu nih. ishhh makin payah pulak kalau di pikir-pikir.


. . . . . . . .

Aigoo cerita Sungkyunkwan Scandal dah habis tak TV, aku tak sempat tengok episod lastnya *outstation punya pasal la nih! waaa kena pergi cari DVD la gamaknye* Sekarang tayang cerita baru Marry Me, Mary wah cerita Komedi Romantik, funny-funny dan comelness. kali ni bagi kredit kat Astro KBS sebab tanyang cerita terus dua episod dengan iklan yang hanya setengah jam sekali *memang tak sempat kau nak pergi bilik air!* nak tau selanjutnya cerita ni gi tengok sendiri kat TV 391 hari Isnin & Selasa jam 9.03mlm. tak pun korang boleh google je kat internet.



Comelness ;)
*housemate aku kata dress up mereka ni macam orang jepun*



hahhh pengantin muda dan comel
*lelaki ni mula-mula tengok macam tak emsem sangat pon, muka masam je!*



amik kau sekali tengok dia senyum terus terjatuh hati terpahat terpaku!
*google terus usha sape mamat ni! cehhh gigih ko syira!*



time ni la yang aku tak boleh blah sekali masa tengok, berguling-guling aku gelak hingar bingar satu rumah! lolx *aksi menggoda tak boleh blah bila hero mintak conditioner shampoo. hahaha*


sekian entry yang banyak aku bebelkan nih! korang semua dipersilakan menonton cerita ni!

bye

Sunday, December 19, 2010

letihkan . kaki



Hello
Budget surprise la kazen-kazen kecik aku ni trun KL waktu yang sama aku datang. ngehh~. aku pon mengajak sekali Mak & Ayah turun sama, sekali Keluarga Pak Usu & Mak Lang datang sama. memang meriah sampai tak muat rumah nak tidur serta tak cukup bantal dan toto *oleh itu sekalian sila lah membawa peralatan tido anda sendiri! aku nye memang dah siap-siap tanggalkan kat sana tinggal nak buat kad masuk rumah jer, budget macam rumah sendiri kan. hahaha memang aku selalu turun sana pon! ngee~*


bersiar-siar dengan mereka sekalian alam
*dari dok rumah main game, baik teman along jalan-jalan*



*lebih kurang je bulat pipi kita ila!*



Aku tak pasti bila wujudnya jambatan kat belakang sunway nih!



Bagus gak dia orang buat jambatan ni, boleh tengok-tengok rupa sunway lagoon tu macam mana
*sory lah yer kazen-kazen along nak mampu nak belanja korang semua masuk dalam tu, along belanja tengok tempat jek.. hehehe*



peace :p



Memang kurang orang lalu kat tempat ni, so kalau malam-malam agak bahaya walaupon ada CCTV


Okeh along belanja korang semua tengok orang main ice skating ni eh!
*along nak buat duit banyak-banyak sebab nak beli Nex5, kalau ade lebih nanti along belanja ek!*



ok, tata

Saturday, December 18, 2010

gincu


Estee Lauder Pure Color Boise De Rose 118

Finally aku dapat jugak gincu yang paling aku suka hahaha. beli jenis lain memang tak best kecuali yang ini atau DIOR. okeh harga kau dah naik. takpe menang membeli, menang memakai.


bye