Wednesday, December 22, 2010

marry me


Assalamualaikum dan Selamat Petang

Aduh penatnya aku hari ni. banyak betul benda yang nak kena buat, lagi-lagi esok ada audit 5S kat opis aku nih. meja dah okey cuma ada lagi fail-fail yang belum aku tagging dari sampul kecil nak kena masuk fail keras pulak tak ke membazir tu namanya, fail lama tu kenalah buang maklumlah dia kata kena SISIH kan. tengok pulak laci aku, perghhh messynye. dah ada tempat-tempat pen pencil pon nampak bersepah-sepah lagi *ade yang aku buang dengan laci-laci ni sekali kang -_-'*

Dalam sibuk-sibuk pon sempat jugak aku buat blog walking, sempat nak upgrade blogger aku sempat nak tengok-tengok surat khabar *tengok je tak mampu nak membaca, tu pon tengok iklan jek. ngee~*



Tiba-tiba pulakkan gambar perempuan nih! aku dah tak ingat dah mana aku download gambar ni. cantikkan gambar ni. try jugak nak buat, tapi tak berapa nak jadi *sape pandai ajar kan saya macam mana?* Adobe Photoshop kat PC aku ni sentiasa on, maklumlah nak tunggu idea nak buat banner. idea tu sampai dah nak buat macam mana, cuma masih mencari gambar@menanti gambar yang sesuai. huhh ni yang buat aku tak sabo nak rembat kamera sebijik *sabo syira!* tunggu je lah sampai gambar tu nanti baru buat, masih ada 9 hari lagi sebelum 2011.

Ni ada satu lagi hal, aku nak balik kampung hujung minggu ni tapi tiket bas tak pergi beli-beli lagi *tiket sold out padan muka kau!* tapi bila tengok paper minggu ni banyak betul bas yang eksiden, termasuklah masa aku otw balik dari KL hari tu terserempak dengan bas eksiden dekat area kemasik, mujur bukan kemalangan yang ngeri sangat. pulak tu bas yang selalu jadi pilihan aku nak balik kampung *adehh* nak drive aku rasa malas pulak sebab baru je balik dari KL kesian pulak kat WRS aku tu. lagi-lagi musim hujan dah tiba ni, kang banjir payah pulak aku nak balik ganu nih. ishhh makin payah pulak kalau di pikir-pikir.


. . . . . . . .

Aigoo cerita Sungkyunkwan Scandal dah habis tak TV, aku tak sempat tengok episod lastnya *outstation punya pasal la nih! waaa kena pergi cari DVD la gamaknye* Sekarang tayang cerita baru Marry Me, Mary wah cerita Komedi Romantik, funny-funny dan comelness. kali ni bagi kredit kat Astro KBS sebab tanyang cerita terus dua episod dengan iklan yang hanya setengah jam sekali *memang tak sempat kau nak pergi bilik air!* nak tau selanjutnya cerita ni gi tengok sendiri kat TV 391 hari Isnin & Selasa jam 9.03mlm. tak pun korang boleh google je kat internet.



Comelness ;)
*housemate aku kata dress up mereka ni macam orang jepun*



hahhh pengantin muda dan comel
*lelaki ni mula-mula tengok macam tak emsem sangat pon, muka masam je!*



amik kau sekali tengok dia senyum terus terjatuh hati terpahat terpaku!
*google terus usha sape mamat ni! cehhh gigih ko syira!*



time ni la yang aku tak boleh blah sekali masa tengok, berguling-guling aku gelak hingar bingar satu rumah! lolx *aksi menggoda tak boleh blah bila hero mintak conditioner shampoo. hahaha*


sekian entry yang banyak aku bebelkan nih! korang semua dipersilakan menonton cerita ni!

bye

4 comments:

wani ezryl * said...

mn ko jumpa gmbr mamat tu keluar bilik air hah?!! HAHAHAHHAHA!! :DDDD
eh btw sape nm dia??

syira said...

hahaha.. kt Google la..
kite perkenalkan Bf baru
Jang Geun Suk <3

♥ Funna ♥ said...

haha lau pnh tgk cina jepon tajuk nana..ct ni de sikit la sama jln ct die..i think dis story inspired by nana drama..rasa nye la..but it's so funny n bes gile kan..mmg xleh brganjak dr sofa coz iklan die gile sekejap..

syira said...

memang best cite nih!
klu cm tu nk cari la DVD cerita jepun tuh!