Tuesday, January 11, 2011

oh i miss u


Assalamualaikum semua

sihat? dah makan? dah berak? *apekah! lolx* oh i miss u. okeh i miss my BFF. lately ni memang aku selalu je teringatkan mereka. dari hari kesehari tak pulak aku tertelifon atau termasej. tadi dapat mesej dari Nia terus call dia guna telifon opis T____T membanyakan bil telifon opis je ko nih syiro *alahhh baru ni nak guna tipon opis, sebulan sekali je!*



me . nia . azie
*ni lah gambar yang paling letes kami berjumpa masa wedding nia bulan 7 tahun lepas. serius lama gile tak berkumpul dengan mereka*



gambar yang ini tak ingat bila tahunnya! tapi sangat best okeh masa bershopping-shopping dengan Nia. dengan Nia pon jadi kami lepak bermandi-manda kat sunway lagoon amik cuti masing-masing. beriya-iya siapkan bekal konon-konon nak berkelah dalam tu, hampeh bila beg kena selongkar dengan minachi then suruh kami keluarkan dan buang *sengal nak dibuang makanan! simpan dalam kereta balik baru makan* masuk sunway lagoon dari dia buka sampai dah nak tutup. punyalah lama kami kat dalam tu! *rugi keluar awal-awal mahal ooo masuk dalam tu!* ni yang buat aku rasa nak lepak sunway lagi boleh tengok lelaki-lelaki seksi keluar dari air *whattt!*




lepak makan dengan mereka setelah bershopping barang dapur di Mydin. tempat feberet Nia. selalu dia yang shopping barang dapur. aku dengan Azie dapat teman bila hari minggu je. maklumlah pergi kerja gelap, balik pon dah gelap hari! *aku dulu sorang yang gigih bekerja -__-'*



main-main tengah jambatan dekat Putrajaya
*lari Nia ada motor nak lalu tu!*



kelabu doh gambar nih! kualiti gambar henpon biase la macam nih!


aku lebih rapat dengan teman housemate dari opismate. weekend lepak dengan dia orang je, sebab weekdays dah habiskan banyak masa dekat opis. ingat lagi dulu masing-masing saling tunggu menunggu kat rumah balik dari opis, biasa aku sampai rumah Nia pulak keluar mengajar tusyen pastu aku pulak tunggu dia balik baru boleh tidur ha ha ha sampai macam tu sekali kami nih. sebab tu aku tak jadi nak pindah dulu duduk sama dengan member opis. dulu orang kata kalau boleh jangan tinggal dengan kawan yang satu opis sama satu rumah nanti gaduh! tapi sekarang aku tinggal dengan orang yang sama berkerja dan rumah alhamdulillah setakat ni takda gaduh-gaduh lagi masing-masing dah besarkan ;p


Nia aku rindu nak makan nasi goreng kerabu ko!
Azie aku nak dengar cerita terbaru ko!
Oh aku rindu dengan rambut lama aku!



okeh bye

1 comment:

wani ezryl * said...

apa lg, ko kena taja gathering la mcm ni.. ihihi