Assalamualaikum and Hello
malam semalam ada Majlis Kilauan Bakti yang mana meraikan Pegawai Kemajuan Negeri/Pengarah/SDO kami sempena persaraan beliau. majlis tersebut diadakan di Felda Resident Hotel Kuala Terengganu. majlis bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada 11.30 malam. dimalam itu beliau disajikan dengan persembahan-persembahan menarik dari pegawai-pegawai PPPNT diatara persembahannya adalah Koir, Dikir, Lakonan dan Karaoke. selain itu pegawai-pegawai PPPNT juga di persembahkan dengan nyanyian karaoke dari beliau sendiri. selain dari persembahan yang menarik, hidangan yang disediakan oleh pihak hotel juga menarik diantaranya kambing bakar dan makanan-makanan yang super meriah.
*apekah ko syiro terlalu formal? baca berita ke?*
lanjutan dari majlis yang berakhir lewat malam, maka hari ini sangat mengantuk! lolx
*hari yang mendung dan laut sangat bergelora. ngeri tengok ombak!*
*haruslah PENCEN! masih ada 1 tahun lagi untuk pemotongan KWSP. ha ha ha.*
okeh sekian entry kali ini,
saya Syira membawakan berita khas dari meja opis.
bye
4 comments:
rie pun amik pencen
tp still potong kwsp lg
mls tol nk uruskan :p
Atok pun amik pencen...rugilah kan klu tak amik =)
ko sila try nasi beriyani dlm flight. 9ringgit kot. tp best! x)
Subhanallah...cantik dan manisnya, yg punya blog ni..
Post a Comment