Salam dan Helo semua
Adakah anda sihat? aku sekarang sihat aje walaupon dalam keadaan kerja yang sibuk mibuk. hey sekarang aku berada di Sri Petaling, tadi ada meeting di Putrajaya, so ambil kesempatan bila dah sampai sini. Lepak-lepak guling-guling dengan budak kecik baby Naufal ;) *semakin comelness budak nih, geram rasa nak bawak balik je nanti*
Seperti biasa anak yang baik seperti aku ni, mesti inform kat mak nak datang sini dan usha-usha supaya dia boleh lepak sini sama *he he he, sebab rasa macam nak suh belikan baju. wahh muslihat yang penuh makna*
Apakan daya mak dan ayah tak dapat nak datang sini, sebab menjaga atok perempuan aku di kampung yang sedang gering. Semoga atok cepat sihat.
Huhh itu dia piramid makanan. Macam mana dengan jadual pemakanan korang? Aku nya jadual pemakanan memang macam hampeh makan suka-suka hati dan suka-suka hati bila nak makan. Menurut gambar piramid nih, gambar yang atas sekali tu lah yang paling banyak diambil. Lagi-lagi aku ni belum rehat-rehat lagi di rumah asik outstation memang menu makanan mereka menurut gambar yang paling atas *bila outstation di tempat tepian pantai, memang sea food menjadi hidangan utama. perghh belengkar-lengkar udang dalam pinggan hidang*
Nah ini bege Quaterponder Mc D *tiba-tiba!* eksyen sebenarnya aku nak bagi tau, dalam masa sebulan nih, banyak kali aku makan Mc D *giler ar, sepatutnya sebulan sekali je* tak cukup bege tambah ais krim dapat pulak cawan coke. dah ada 3 biji cawan tu dalam keto den tu hah.
Untuk pemakluman semua, kita tidak digalakan untuk makan makanan seperti ini secara kerap, bahaya boleh membuatkan kolestrol terlebih dalam badan, nanti macam-macam penyakit yang datang pada kita. oleh itu ingatlah pesanan ambe ini *cewahh cakap pandai, buatnya dok!*
Bukan sahaja makan makanan segera menyebabkan perlbagai penyakit, tetapi juga mendorong kepada perubahan saiz baju kita *apakah maknyanya?* Jangan jadi macam aku bila menyarung baju kebanyakkan bajunya semakin mengecil a.k.a aku semakin mengembang. serius peranjakan saiz baju/seluar agak merunsingkan minda *jadi tak selesa bila macam ketat je baju nih. uwaa kena soping baju baru ke?*
Untuk pemakluman seterusnya sebelum aku berangkat ke KL ini, aku diberikan satu berita tergempar oleh Hajar. perghh memang hangin satu badan dibuatnya, mana tidaknya baju dijemuran telah di curi orang! *den tidak sidai baju merato-rato yo, den sidai balkoni belang rumah jo* baju baru den kono songlap, memang #$@%^ pencuri nih! yang buat aku lagi hangin ialah baju kurung yang dihadiahkan oleh member opis JKR *sabo syiro!* Aku baru nak buat koleksi baju warna pink, habis 2 helai t-shirt pink aku ESPRIT plak tuhh! memang buncit ar perut ko pencurik!
Rezeki memakai baju itu hanya sampai di Kota Bharu sahaja. semoga bertemu kembali baju-baju kesayanganku. takziah juga buat Hajar kerana baju sutera beliau juga turut serta di curi *semoga kita tabah hajar*
Sekian entry yang dibawakan dari Sri Petaling Kuala Lumpur, bye
[layan capciken.net]
1 comment:
bertabah!!
patut kita pasang lingkaran dawai letrik kat situ.. biar kena renjatan pencuri terbabit!!
Post a Comment