Monday, June 27, 2011

3 perkara yang aku sembunyikan


1. Aku dan sebentuk cincin emas


"eh ira, ini cincin tunan*g ko eh?"

Motif soalan sebegitu? Cincin tunang dijari manis okeh bukan dijari hantu! Dahulu kala sebelum berkhidmat dengan gomen aku ada membeli sebentuk cincin emas maklumlah first time kerja swasta bila dah nak raya dapat pulak bonus. Walaupon bonus tidaklah sampai ribu riban, dari duit tu habis tak nampak beli benda merepek-repek baik beli la cincin boleh jadi aset T_T kalau nak beli gelang banyak pulak duitnya.

So bila start kerja gomen, dengan eksyenya menyarungkan cincin dijari hantu. Hah tu dia punya soalan. Penyudahnya sampai sekarang cincin tu aku simpan saja, masih berkilat okeh. Seorang yang masih single tak boleh pakai cincin!





2. Nak Jadi Pengalih Suara Kartun


"dengan kekuatan kuasa bulan pasti akan menghukum mu..."

Dah bosar godang ni pon masih ada cita-cita kanak-kanak okeh *pengaruh tv T_T* jangan tipulah kalau korang takda cita-cita kanak-kanak nih, rugi macam makan lemang takda rendang ayam kampung. Tak lengkap dunia imaginasi korang, he he he.

Rasa macam best je kerja alih-alih suara kartun nih, diaorang memang kreatip mencipta suara yang pelbagai, kadang-kadang tu seorang sampai boleh buat dua tiga watak. Kalaulah aku berkuasa untuk buat seperti itu *aku cuma berkuasa untuk menonton kartun sepanjang hari je*


Sekarang channel Animax ada cerita korea yang dialih bahasa melayu, ha ha ha semuanya suara kartun ada suara makcik kartun telur atashinchi.


Maaf ku tak pernah berterus terang, bukan ku tak mempercayaimu..
namun sebelum ku berganti rupa ingin aq menemuimu…
ku kan bermandi cahaya bulan, dan cemerlang di malam yang cerah..
memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah…
tiba2 keajaiban terjadi….
kekuatan muncuk didiri…
untuk melawan smua kejahatan, kekuatanku harus digunakan…
menegakkan segala kebenaran, ini ke ajaiBan alam…
Aq mempercayainya…

"hahh kantoi, nyanyi lagu sailor moon"





3. Aku pernah Nampak UFO!


"adik apa tu benda bulat-bulat"
"UFO, UFO jom lari"

Sila percaya! serius aku dengan adik aku pernah nampak benda bulat-bulat macam piring sedang berpusing-pusing atas langit. Serta merta aku dengan adik lari meluru menuju rumah tempat kami mengaji mukadam. Dalam kepala aku masa tu dengan ada pengaruh tv sekali lagi beranggapan UFO itu akan menyedut kita masuk kedalam dan tak boleh kembali ke bumi. lolx. *tv sangat memberi pengaruh kepada pemikiran kanak-kanak, contohnya aku yang sangat mudah terpengaruh T_T*



Sekarang kalau orang tanya adakah UFO itu wujud? aku orang pertama yang akan angkat tangan. Benda yang kita dah pernah tengok dengan mata kepala kita sendiri barulah kita akan percaya kan?




Sekian cerita hari ini
[gundam gundam gundam]

2 comments:

wani ezryl * said...

mmg ada org yg nmpk UFO ni. tp xtau betul x ada UFO. remains mystery. lolx

Anonymous said...

Nak jadi pengalih suara ya? Sila ke Dubbers Inc Malaysia @ Facebook (http://www.facebook.com/groups/38742613306/).