Thursday, June 2, 2011

Karok Weh ;)

Assalamualaikum and Hello Polo geng ;)

Huaa lama tak update blog, kesibukan-kesibukan weh! gila gula-gula aku bulan nih, kehulu kehilir badan ni berjalan-jalan. Ini kali ke 2 aku turun KL hanya selang seminggu *amacam korang boleh buat? ini soalan tuk mereka yang tinggal jauh dari KL, yang dekat-dekat jangan nak sibuk sama menjawab soalan tersebut!*

Okeh dokeh, kembali kepada cerita asal. Adalah beberapa orang kawan aku ni yang dok bising-bising cakap yang aku ni turun KL taknak bagi tau, dah balik baru cakap *hello, korang tu yang eksyen* alahh kalau cakap pon bukannya korang ada masa, sibuk dengan kerja je, takpe kerjalah, aku bukan tak biasa jalan sorang-sorang T_T.


Hari ini punya cerita, gila gula-gula lagi aku beronggeng dengan Azie. Ewahh karaoke kami berdua. Location tak payahlah jauh-jauh Endah Parade sudah. Adik aku pernah gembar-gemburkan cerita cakap yang karaoke kat sini murak giler, aku ni dengan ketaksuban cerita itu beriya-iya nak pergi. Pucuk dicita ulam bergolek-golek datang, ha ha ha jom karok Azie!

Ini tempat kami berkarok setelah melilau-lilau setiap floor yang ada nak cari tempat ni, maklumlah aku bukan familiar sangat dengan Endah Parade nih. Amacam cantikkan tempat nih, gaya-gaya macam mahal, mesti ingat harga dia sikit lebih kurang macam Red Box! siyes tak tipu memang murah giler jauh beza harga dengan Red Box, kalau nak dibandingkan dengan karok jamban yang singgit satu lagu tu pon mahal, ha ha ha.

Seorang RM13.00 + makanan ringan + air + 3jam MURAH OKEH!


Ini makanan ringan yang kami pilih
*sibuk nak menyanyi, sampai lupa nak makan, he he he*



Ini kat dalam bilik
*selesa, untuk dua orang memang agak besar bilik nih*



Itu dia Azie yang sibuk menyanyi
*mikrofon tak lepas tangan tuh T_T*



*mood sangat penting yer bila mahu menyanyi*



After nyanyi-nyanyi, kita posing pula pada dinding note lagu, ewahh ^^
*apesal nampak macam kecik je aku nih?*



*okeh gaya terbang bersama dinding, up up on the way! ha ha ha*



Amacam gambar nih?



Azie cakap aku ni suka rosakkan gambar! ha ha ha
*eh nampak sama tak muka kami? ramai yang cakap muka kami ada iras-iras, betul ke?*





Thank's Azie, aku sangat enjoy hari ini sebab dapat berjimba dengan ko and dapat lepaskan sikit masalah dengan, so rasa sangat lega. muahhh, nanti aku turun sini lagi kita karok lagi sampai puas.

Okeh sekian entry kali ini, rasa dah macam sangat penat nak guling atas toto, bye ;)







[aku karok lagu jepun ni weh, rasa macam dalam kelas darjah satu belajar suku kata]

2 comments:

YouSOF said...

Untuk soalan atas tu.. saya tak boleh buat. kalau kerja kat kompeni sendiri boleh la bat camtu hehhe.




Rm13 siap makan minum. boleh taha la.. serak tak suara? ;D

syira said...

kalau kerja sendiri, hari2 pon boleh

suara mula2 masuk macam siti, 3 jam kemudian dah mcm ella pulak :)