Thursday, July 28, 2011

senam sihat


Assalamualaikum


Untuk kali keduanya senam muncul kembali pada setiap hari rabu. Jam 5 petang lagi mereka dah laung-laungkan supaya turun bersenam. Ikutkan aja.


Tu dia Pengarah, hebat berlari beberapa pusingan tanpa henti. TERBAIK!



Kami yang berpura-pura berlari. lolx! berjalan je kot untuk panaskan badan *panas dek matahari je pon, bukan sebab berlari!*



Ini baru buat panaskan badan betul-betul. Bila betul-betul pon aku macam sambil lewa *lembik kau syiro!*



Oksigen Oksigen selepas lari keliling padang. Terus rasa macam nak pitam kepala pening-pening. Perghh memang aku dah lama tak bersenam.



Rampingkan selepas berlari dua pusingan padang. Okeh itu je yang termampu T_T



Yang ini selepas semua orang dah pancit, Pengarah masih boleh berlari, kami acah-acah follow nak masuk gambar je. Dah siap ambil gambar aku terus patah balik dok relek kat kerusi T_T


Kira cukuplah berlari dua pusingan sebab ini minggu kedua Senam Sihat, bila masuk minggu ke 3 kita lari 3 pula dan seterusnya. Tak boleh lari lama-lama, bisa-bisa nanti urat saraf dan otot-otot T_T



Hoyehh aku kat opis dah boleh Skype semula, kembali aktif ber-skype. Alahh bukan ada sapa-sapa pon dalam tu, kawan-kawan JKR lama je *seronok boleh chat mengimbau kenangan lama*



Oleh kerana hari ini sangat boring dan masa berjalan sangat lambat, aku pon godeh-godeh photoshop so jadilah gambar ini untuk wallpaper baru T_T


Esok balik kampung, macam konpius jugak nak balik mana. Tiket bus tak beli lagi kalau takda aku redah je naik kereta, aku pon amik cuti panjang cuma takut malas nak drive balik ganu semula je nanti. he he he.




Sekian, bye jumpa lagi dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #8



gambar yang bercerita


Monday, July 25, 2011

Game#1


Hello Again

Hari ini tamak sebab nak buat entry sampai dua, sebenarnya sedang tak sibuk-sibuk nih dok layan game kejap, balik-balik main game pikachu. Itu je kot game yang yang tak payah nak fikir sangat bila nak main. Orang lain dah main game angry bird segala bagai, aku dah 4 tahun masih main game sama T_T

Okeh aku ni pon sebenarnya pon kaki game jugak, sebelum ni ada banyak game dalam pc, bila pc aku tu dah tak boleh nak on so berkuburlah hobi main game kat rumah. Sekarang ni main game kat opis je, itu pon cover-cover kadang-kadang slumber je bos ada kat belakang buat tak tau je main game he he he.

Antara game yang aku suka

O2Jam



Game ni cuma tekan-tekan kat keyboard tapi kena ikut la benda yang turun kebawah tu. Fly Magpie antara lagu yang selalu menjadi pilihan. Setelah beberapa tahun meninggalkanya entah ada lagi atau tidak skill main game ni jadi perfect banyak kali T_T



Highstreet 5



Yang ini pon best, selalu buat aku ketagih. Kerana game ni boleh buat aku nak balik kampung selalu, almaklumlah game kena main on9, kat kampung ada internet boleh main dengan adik *slumber je mengadap main game ni untuk beberapa jam!* Oleh kerana game secara on9 sure la semasa main game siap boleh chat-chat, cari pasangan untuk watak dalam game tu, boleh letak status relationship. Dalam game ni aku ada partner, lupa dah sape nama dia siap istihar engagement lagi. So kalau menari dengan dia je, orang lain tak boleh kacau. he he he.

Nak main game ni pon just tekan-tekan anak panah kat keyboard, tapi kena ikut anak panah yang keluar masa main game. Fokus yang penting masa nak main game nih, orang sekeliling tak boleh kacau atau cuba berbual-bual dengan kita.



Game yang selalu jadi pilihan aku bukanlah game yang terlalu sarat sampai kena pikir berkerut-kerut dahi. Yang penting main game cuma nak relax kan kepala sahajakan, tapi jangan sampai ketagih pulak T_T.


Sekian



korea #1


Salam Monday and Hello Polo :)


Baca entry sambil layan lagu nih baru best *hik hik hik*


Okeh, sekarang nih banyak kali ulang lagu nih, so dia akan jadi semakin banyak menjelang petang nanti

Yup aku adalah salah seorang peminat korea tapi bukan yang fanatik giler-giler sampai boleh nyanyi dan menari lepas tu masuk K-Pop Hitz Talent! Saya memenangi percutian ke Korea yang ditaja Korea Tourism Organization, okeh itu kalau kau menang masuk rancangan tu. Kalau aku yang masuk kompem pemilihan yang pertama pon ntah lepas ke tidak T_T.

Aku nak masuk taranum jer *mata berkaca-kaca sambil mendongak kelangit* cuba kau taranum sikit, nak dengar nih? Haish reti pulak aku! *tertunduk malu sebab tak pandai bertaranum*

Kenapalah agaknya sekarang ni orang sangat minat dengan korea? KBS World ditanyangkan 75 buah Negara, kau bayangkan orang spanyol atau pak arab tengok berita korea T_T, jangan kata mereka aku pon kadang-kadang tengok jugak *tak caya boleh tanya hajar, he he he tapi dalam edisi alih bahasa melayu. lol*

Aku suka korea

1. Aku suka tengok cerita korea sebab hero dia muka comel-comel belaka, kulit tulus mulus

2. Aku suka tengok cerita korea sebab jalan cerita yang tak berapa nak sarat dan berat

3. Aku suka tengok cerita korea sebab tak nampak pon tangan hero tu pegang putung rokok

4. Aku suka tengok cerita korea sebab hero dia ada 6 pax *wahhhh*

5. Aku suka tengok cerita korea sebab lagu dia

6. Aku suka lagu korea sebab dia pop

7. Aku suka lagu korea sebab ada menari-menari

8. Aku suka lagu korea sebab tak bingit

9. Aku suka artis korea sebab sepet

10. Aku suka artis korea sebab ada 6 pax *copy yang nombor 4*

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

214 . Dari dolu-dolu sebebelum k-pop ni meledak aku memang dah minat pon!

215 . Yang penting aku tak paham pon apa mereka cakap selagi tak keluar sub tittle *he he he*




Satu lagi entry merepek untuk hari ini.

Berpuasa, kononya nak bangun sahur cehh sedar dah hampir jam 6 pagi, haish sahur apa waktu macam tu. Kita puasa sahaja tanpa bangun sahur walaupon perut nih dah kriuk kriuk pagi hari. Sabar.



Gambar hari ini, sebab macam dah lama tak ambil gambar sendiri T_T



Sekian, bye
[layan YouTube tengok Shinee prektis menari]




Sunday, July 24, 2011

dua minggu punya hal


Assalamualaikum dan Salam Sunday :)

pagi tadi

Pagi tadi sarapan makan Nasi Dagang, hoish sampai sekarang masih ada bau Nasi Dagang dalam mulut *sape ada cekelat nak satu?* Okeh aku bukan penggemar Nasi Dagang! oleh kerana tadi ada pelawat yang datang dari Tapah, Perak di hidangkan dengan Nasi Dagang, so ada lebih-lebih tu untuk kami semua bedal. lolx *yang penting boleh jimat belanja untuk sarapan pagi*

Rasa Nasi Dagang pada aku yang bukan penggemarnya diberi penilaian tak sedap! he he he. Ada cream puff tadi pon rasanya tak sedap, intinya basi ke apa? mereka kata masam, dah masam langsunglah aku tak sentuh.


Ini mereka semua, ramai okeh ada lebih kurang 75 orang *kuningnya mereka mak ngah* apa ntah tadi mereka dok kerumun kat meja aku, amik gambar sana, amik gambar sini. huishh dijadikan contoh! *workstation terbaik Zon Tropika, tapi nombor 2 jer*

Disebabkan mereka ini semua nak datang melawat, kami punya cuti dibekukan, hujung minggu kena datang opis untuk kemas mengemas, buat itu buat ini. perghh susah betul bila jadi AJK Keceriaan, banyak sangat benda nak kena buat, thanks kepada kakak-kakak yang ringan tulang membantu. Kepada mereka yang macam pentingkan diri sendiri, silalah berubah!!



petang semalam


Kenal piala apa ini? kerana piala inilah kami dapat cuti peristiwa. Sudah seminggu kot piala ni ada di lobi Wisma, semalam baru berkesempatan nak ambil gambarnya. Memang godang piala ni, rasanya memang sangat berat tengoklah diperbuat dari apa? tembaga kan!




petang dulu

Cuba teka kat mana? *nahh nak main teka teki tekuk pulak! demm!*



Syiro buncit perut berlapis! cet! memang patut ko bersenam asik guling depan tv jek! Minggu-minggu lepas opis aku telah tetapkan setiap hari rabu akan diadakan senam sihat a.k.a senam penat di Stadium Sultan Nasarudin *sebelah wisma nih jek*



Gaya aku memang nak lebih, lari sekali je kot keliling padang nih *cukuplah itu pon sudah 800 meter* orang yang dah lama tak bersenam tak boleh senam dengan mengejut, terkejut otot-otot nih semua *sudahlah syiro ko memang kerawit!*


petang semalam jugak


Aku nak putih! ha ha ha
Satu lagi produk ZA yang menarik perhatian. Setelah menggunakan pencuci muka dan toner jenis ZA ini memberikan kesan positif, so aku ambil langkah seterusnya untuk mencuba brightener pula. Kita tunggu keberkesanan produk ini yer.


Sekian, bye
[currently listening Impossible by Shontelle]


Sunday, July 17, 2011

makan-makan #2


Assalamualaikum & Selamat Hari Ahad :)

Hari ahad yang cerah tapi pagi-pagi dah dapat email yang sangat hampeh! apekah? cuti 21 hb dibekukan! demm aku nak balik kampung la, ini lah masanya aku nak balik sebelum puasa. sudahlah, tak boleh cuti aku MC *ha ha ha ha ketawa ahli sihir!*




1. Makan Jari


Baby Naufal dah besor, tak sabar nak gomol-gomol budak nih :)
*siap kau mama long balik nanti*




2. Makan Kaki


Mahluk asing a.k.a pekak jr. melawat bilik aku
*itu lah dia kerja nya nak mencakar kaki & tangan orang je, semalam aku tertidur depan tv dia dok sebuk gigit-gigit kaki, bila orang tak layan dia pon tidur sekali ha ha ha padan muka*





3. Makan Makanan


Setelah sekian lama mengidam nak makan SCT *sotong celup tepung* baru dapat makan last thursday. Heret sekali naje nak tunggu hilang pantang memang tak merasa la nak makan sampai bila-bila, kita langgarkan aje pantang tuh, he he he.
*sekali terserempak dengan TC a.k.a dafi Wisma Darul Iman, purak-purak tak kenal! memang tak kenal pon*




4. Makan Buah


Dua orang muka selebet pergi makan durian di Pasar Payang
*kebetulan semalam ada game bola Liverpool VS Malaysia, tapi aku pakai baju MU, ini aje yang ada itu pon orang bagi masa besday dolu-dolu*



Durian Johor katanya, makan aja kami bedal saja asalkan murah dan sodap
*orang kampung semua, kat kampung kuala paya tu dah gugur belum duriannya?*



Selambakan durian yang datang entah dari mana, tapi harga dia agak mahal juga. kami makan 2 biji durian rm25, kalau kat segamat tu dah dapat sebakul durianya. *bila rasa nak makan gagahkan juga*



Manggisness
*rasanya pokok manggis kat rumah atok dah ditebang, kite rembat maggis rumah koi lah!*



Langsat
*teringat dolu-dolu pergi serakik bawak 2/3 bakul kosong bila keluar dari serakik penuh dengan buah langsat, dah tak merasa nak macam tu lagi, sadis*



Laici



kat kedai


"makcik sedap ke laici nih?"
"pernah makan laici dalam tin? macam tu lah rasanya"



balik rumah


"kak, nak rasa laici tu"
"nah, dia berair sikit tau"
"yek, tak sedap pon! tak nak la, buang eh yang ni"




mungkin aku dapat yang tak sedap, tapi sekali dah rasa sure aku taknak rasa lagi!



Longan
aku tunggu harganya 3kg 10 ringgit
*kalau adik sure dia kata ini ubat sakit tekak, memag pon T_T*



Sekian, selamat makan buah-buahan tempatan semua ;)
[petang semalam makan durian, hari ni tangan masih tak hilang bau nya. lolx!]



Monday, July 11, 2011

Movie Orang Putih vs Movie Melayu Cakap Cina


Hello Polo ;)

Hari aku nak kongsi sikit movie yang aku tengok baru-baru nih, takda la nak komen apa-apa bukan aku ni pengkomen tegar, setakat komen sikit-sikit bila depan tv tu ada lah *tipu! he he takda maknanya sikit!*


Enchanted

Last Saturday nite tv2 tayang movie ni. Mula-mula takda nak layan movie rasa nak tidur aje, maklumlah dah pukul 12 malam. Tunggu dulu sekejap 5 minit, cerita apa nih kan tak pernah dengar pon tajuknya, merungut jugak apahal dia pergi tayang cerita kartun tengah malam! tunggu lagi 10 minit, lama-lama best pula cerita ni.

Boleh tahan cerita nih, dari dunia kartun ke dunia realiti *memang merepek* aku suka aja tengok cerita-cerita merepek dan tak masuk akal macam nih.



Yang ini aku baru tengok semalam. Aku tak beli dvd cetak rompak ek, cuma tengok di panggung opis je, he he he. Ini adalah cerita melayu.

Orang melayu cakap macam cina
Orang india cakap macam cina
Orang cina cakap macam gengster

Orang melayu gaduh dengan melayu
Orang cina jugak yang menang!

Orang melayu sila berfikir sebelum bertindak



Sekian, selamat menonton :)


Thursday, July 7, 2011

kecewa



Tiba teringat dengan pinjaman masa study, dah banyak yang tertunggak. Bunga semakin berbunga kembang, mampu ke aku nak bayar?

Selagi kerja macam nih, jangan haraplah nak tengok akaun berbaki-baki setiap hujung bulan, sungguh ajaib kalau betul-betul terjadi.

Terpandang Kolej Komuniti depan opis ni, rasa nak tanya ada jawatan tutor sambilan untuk ajar Lukisan Kejuruteraan atau AutoCAD. Boleh ke? atau cari kerja yang baru?

Kecewa, serius aku kecewa.


Tuesday, July 5, 2011

Entry Tanpa Muka


Salam Tuesday & Hello Polo!

Hari ini ada cerita apa ek kat tv?

1. Layan Reality Show di KBS - 6.00pm - 7.00pm
2. Tv3 cerita Iqram Dinzly a.k.a PakCik - 7.00pm - 8.00pm
3. Tv8 Personal Taste - 8.30pm - 9.30pm
4. KBS Cerita Korea - 9.03pm - 10.03pm
5. K-Pop Hitz - 10.00pm - 11.00pm





Last weekend aku tinggal rumah sorang-sorang ditemani si AhTeh *anak kepada En. Is & Cik Naje* aku panggil kenit je. Kenit ni mengingatkan aku pada arwah pekak, sebijik muka dia. Tapi si kenit bukan main lagi, suka sangat menggigit kaki dan tangan tak boleh tengok orang relek-relek tengok tv mesti dia kacau punya. Selagi kita tak layan selagi itu lah dia kacau-kacau.



Kelmarin makan nasi dalam pinggan yang godang*
*pinggan kau dah macam mangkuk nasi tambah wei, ape dah takda yang besar lagi ke?*



Alahaii nasi impit dengan kuah kacang yang dijual kat kafe opis nih, bukan main terapung lagi rasa kau!




Hari ini dapat berita yang kami punya Penolong Jurutera En Rudi dapat jawatan baru sebagai pensyarah di Politeknik Sabah/Sarawak. Lepas sorang-sorang pindah, turn aku bila nih? lama dah tunggu!!



Makan-makan di KFC Batu Buruk



*sangat gembira si Hakim tu*



Meja yang super panjang



Sekian, malas dah nak taip-taip nak balik umah
[let it go lagi]




Sunday, July 3, 2011

break1st


Salam Sunday :)

Mari bersarapan pagi bersama syiro yang mana saya akan memberikan tips-tips untuk menggebukan pipi supaya memenuhi ruang tudung bibik T_T lolx

Seperti yang sedia maklum saya sangat berminat untuk mengambil gambar makanan yang belum dihadamkan. Jangan mudah terpedaya dengan gambar yang cantik belum tentu rasanya terangkat.

Setelah menetap di Kuala Terengganu selama 2 tahun 3 bulan, sedikit sebanyak mengubah corak pemanakanan diwaktu pagi. Sebelum ini dengan menu jemput pisang, roti telur, lempeng padam pelita cicah lauk semalam mahupun jemput kelapa. Semuanya telah berubah! semuanya bertukar kepada menu yang agak berat seolah-olah mahu menoreh getah, cuma duduk dikerusi sambil tangan kanan menggerakan mouse itu je pon kerjanya T_T.



Syiro dan menu Nasi Tomato lauk Ayam Masak Merah dan Acar



Nasi Lemak Ayam



Nasi Minyak Gulai Daging dan Acar



Mee Hoon dan Ayam Goreng



Pagi ini makan bersama Ija, kami berdua sahaja yang lain outstation
*makan dalam gelap dan berpanas, zon lengkung ni je yang ada eletrik. giler lah wehh panas dok opis nih!!*


Itu dia menu sarapan pagi sepanjang minggu lepas dan hari ini. Amacam? mau cuba? Tiba-tiba rasa nak makan doughnut gebu enam posen yang dekat medan mara. lolx.


Sekian, never skip your break1st just enjoy it, even it's a biskut kering and milo :)
[mood men-download video youtube je nih]