Assalamualaikum dan Salam Sunday :)
pagi tadi
Pagi tadi sarapan makan Nasi Dagang, hoish sampai sekarang masih ada bau Nasi Dagang dalam mulut *sape ada cekelat nak satu?* Okeh aku bukan penggemar Nasi Dagang! oleh kerana tadi ada pelawat yang datang dari Tapah, Perak di hidangkan dengan Nasi Dagang, so ada lebih-lebih tu untuk kami semua bedal. lolx *yang penting boleh jimat belanja untuk sarapan pagi*
Rasa Nasi Dagang pada aku yang bukan penggemarnya diberi penilaian tak sedap! he he he. Ada cream puff tadi pon rasanya tak sedap, intinya basi ke apa? mereka kata masam, dah masam langsunglah aku tak sentuh.
Ini mereka semua, ramai okeh ada lebih kurang 75 orang *kuningnya mereka mak ngah* apa ntah tadi mereka dok kerumun kat meja aku, amik gambar sana, amik gambar sini. huishh dijadikan contoh! *workstation terbaik Zon Tropika, tapi nombor 2 jer*
Disebabkan mereka ini semua nak datang melawat, kami punya cuti dibekukan, hujung minggu kena datang opis untuk kemas mengemas, buat itu buat ini. perghh susah betul bila jadi AJK Keceriaan, banyak sangat benda nak kena buat, thanks kepada kakak-kakak yang ringan tulang membantu. Kepada mereka yang macam pentingkan diri sendiri, silalah berubah!!
petang semalam
Kenal piala apa ini? kerana piala inilah kami dapat cuti peristiwa. Sudah seminggu kot piala ni ada di lobi Wisma, semalam baru berkesempatan nak ambil gambarnya. Memang godang piala ni, rasanya memang sangat berat tengoklah diperbuat dari apa? tembaga kan!
Syiro buncit perut berlapis! cet! memang patut ko bersenam asik guling depan tv jek! Minggu-minggu lepas opis aku telah tetapkan setiap hari rabu akan diadakan senam sihat a.k.a senam penat di Stadium Sultan Nasarudin *sebelah wisma nih jek*
Gaya aku memang nak lebih, lari sekali je kot keliling padang nih *cukuplah itu pon sudah 800 meter* orang yang dah lama tak bersenam tak boleh senam dengan mengejut, terkejut otot-otot nih semua *sudahlah syiro ko memang kerawit!*
Satu lagi produk ZA yang menarik perhatian. Setelah menggunakan pencuci muka dan toner jenis ZA ini memberikan kesan positif, so aku ambil langkah seterusnya untuk mencuba brightener pula. Kita tunggu keberkesanan produk ini yer.
Sekian, bye
[currently listening Impossible by Shontelle]
No comments:
Post a Comment