Thursday, August 11, 2011

aku cuti


Assalamualaikum


Mana jauh kita dekat dekatkan
Bertandang mesra bersembang tawa
Terkenang kisah yang lama



Its me dihari pertama berkerja setelah seminggu bercuti-cuti


Cuti kemana? bukan jauh sangat sampai kebumi arab sana, pulang tanah Malaysia lagi. Memijak tanah kelahiran dan tanah kegembiraan. Apakah? tapi itu adalah kenyataan. Biar memandu seorang diri aku gagah kan juga demi keluarga dan ketenangan hati.



Daging salai masak lomak cili api. fuahaha tiba-tiba gambar makanan dibulan puasa buat aku sangat lapar. Lauk ini bukan aku masak pon, tapi makan di RnR Nilai menghala ke Kuala Lumpur *rasa dia awesome, kalau lalu lagi kompem aku singgah makan*



Mak dan Ayah di stesen Star Sri Petaling. Sekarang ni kalau nak jalan KL bukan susah sangat nak minta kelepasan, bukak je mulut cakap nak turun KL sure mereka nak ikut sekali. Semua gara-gara cucu kesayangan.



Kalau terer kat mana ni?
MasyaAllah ramai gila umat manusia disini, puratanya adalah melayu. Kalau di bom tempat nih habis suku umat islam di KL, erk!!



Ini dia cucu kesayangan Mak dan Ayah, hari-hari ditimangnya. Mak lagi kronik rindu dia pada Naufal sampai termimpi-mimpi.



Baby Naufal sudah 4 bulan lebih, semakin tak larat nak dukung lama-lama he he he dah pandai pulak meniarap *geram betul tengok jari gebu budak nih, rasa nak gigit je! lol!*



First day puasa aku sangat teringin untuk mencuba buat kek, kononya kek coklat kukus. Nah tu dia hasilnya.



Hoish pulang ke kampung rumah atok. Rasanya aku lagi lama tinggal di rumah atok dari rumah mak sendiri, mana tidaknya mak pon tinggal sini jaga atok perempuan yang gering. Tapi kesian jugak dengan ayah yang hari-hari berulang dari palong ke sini, bukan nya dekat mak cik oii!



Mak cakap dari dia duduk saja di rumah atok, dia nak juah kuih muih sepanjang bulan puasa. So selama aku di kampung aku la jadi pembantu dia buat kuih walaupon aku ni bukan cekap sangat nak buat kuih muih. Aku juga lah yang jadi driver mengakut kuih muih dan payung sekalian alam dibawa ketempat berniaga dan aku juga lah yang menjadi juru jual yang sangat berwibawa. lolx. he he he walaupon aku tidak secekap mak buat kuih, tapi mak tak boleh lawan kecekapan aku melayan pelanggan. ha ha ha T_T


Rasanya aku dah tau matlamat aku selepas pencen nanti, ha ha ha.
*giler jauh perancangan kau syiro*


Sekian, bye
[Nazam Lebaran la la la la~]

1 comment:

wani ezryl * said...

mao bukak kedai makan, mao beli tanah buat kebun buah! HAHA (perancangan entah bila nk tercapai)