Thursday, September 29, 2011

bertukar



Assalamualaikum and Hello Polo!




Comel tak kalau nak tukar gaya jadi macam ni? Aku rasa nak try la. Tapi kalau setakat nak berjalan-jalan di Terengganu ni tak payah la nak pakai lebih-lebih buat pelik orang je. hehe.



Ehemm kemarin i layan butik online, amik kau kan dah terbeli sehelai baju. Baru tadi sampai bajunya. Alhamdulillah boleh percaya juga beli online nih, kalau tidak sia-sia aku bagi duit dekat orang tu.




Inilah baju yang i beli. Cantik tak?
*tapi ini bukan gambar aku, bertuah aku nak bergambar gini, mahunya kena lempang T_T*




Ini satu lagi dress yang aku nak, comel je lebih-lebih lagi jalur-jalur kat bahagian bawah tu. Tapi macam mahal pula dress ni, dah tu labuh kemain *model ni tinggi dia sama dengan aku ditambah pula heals yang dipakai 4.5 inch. ada yang tergolek kalau aku pakai heals tinggi macam tu*




Kalau berjalan rasa nak pakai macam ni, tapi apa-kan-daya negara ku ini sangat panas. fuh fuh.




Nakkk!. Sangat comel baju ini




Nak juga
*kedai mana ada jual baju macam ni selain beli online?*




Nak




Ahh rasa nak petik je bunga dari baju nih




Walaupun feshen baju gelembung-gelembung ni macam dah lama, tapi aku tetap suka.




Yang ini lagi aku nakkkk
*tetiba keluar pula laling i kat sini* <---- oh sila jangan muntah




Selain dari baju-baju yang agak gugurl, aku juga nak cari sehelai abaya.



"Ija, saya nak beli jubah hitamlah"

"Kenapa nak pakai jubah hitam pulak? merepeklah budak nih!*



Hahh macam tu lah dia cakap, ala Ija jangan pula awak fikir yang bukan-bukan. Cantik apa jubah hitam nih.


Sekian. Bye. Selamat berhujung minggu semua.
[berusaha dengan keras hujung minggu ni mengemas bilik dan ber-bowling]


Tuesday, September 27, 2011

ezrylpark dah packing


Assalamualaikum


Uwaaa, hari ni kawan i tinggalkan Terengganu, dia pindah balik Shah Alam. Apelah kau kursus sampai 6 bulan, lama bebeno T_T



Tu dia, gigih mengheret beg pulang kekampung *mata terkebil-kebil tengok dia pindah*
Ewahh, ini gambar tahun lepas masa i dan Najwani bercuti-cuti di Pulau Redang. Jangan percaya kalau dia pindah cuma bawa beg besar tu je. Suku isi rumah hilang bila dia pindah T_T.




Dibawah sinaran mentari berjemuran
*kau fikir kau tu minah saleh ke, berjemuran bagai!*




Untuk Najwani, selamat meninggalkan kerja selama 6 bulan dan berseronoklah lolx.



Sekian
[eh, sape pulak nak masak untuk aku lepas nih?]



Sunday, September 25, 2011

with my family


Assalamualaikum and Happy Sunday


Yeyy, rumah aku dah takda TV yang nak ditonton T_T, nampaknya beberapa hari ini aku akan ketinggalan beberapa siri korea. arghh sadis!! Tapi takpe, opis boleh buka youtube, so takdalah terlepas tengok beberapa siri kegemaran. he he he.

Hahh aku sudah berjaya menonton episod 1 drama bersiri terbaru Poseidon *Siwon Super Junior berlakon wehh* , thanks kepada yang mengupload bersama subtitle english. Esok kite tengok episod 2 pulak T_T. Sebelum tu aku ada layan cerita The Musical lakonan Geum Jan Di *nama watak dia dalam Boys Over Flower, nama betul malas nak google* sempat tengok sampai episod 3, nak masuk episod 4 tak keluar-keluar gambarnya. Memang cari DVD la gamaknya.

Ok, enough cerita hiburan kegemaran. Ada satu lagi hiburan yang lebih membahagiakan iaitu masa bersama family tersayang ^^

Last weekend, tanpa planing dan secara tiba-tiba mengekori Najwani yang pulang ke Shah Alam, apa lagi guwe singgah lepak Sri Petaling. Kali ni masa banyak dihabiskan bersama baby Naufal *hehe celik mata, baby ado dopan mato, bahagionyo raso*



Si Comelness baby Naufal dan Mama Along, ahakss



Baby Naufal sangat suka tengok cerita Upin Ipin
*Naufal suka tengok mesti sebab kepala dia dengan upin ipin hampir sama, haha*



Beberapa minit tengok terus terlentok kepala keletihan ^^



Yang ini pula beberapa gambar yang diculik dari PC adik, gambar semua semasa aktiviti Hari Raya di Kampung Kuala Paya Segamat Johor dan Kuala Pilah N9, Negeri tumbesaran i



Open house rumah family ipar i
*terlentok je Naufal sebab keletihan, dia juga telah menaburkan air liurnya di bahu mama along yang mana baju mama along ni tak boleh kena air. Apekah? anak buah kesayangan i redha*



Keluar berjimba bersama cousin's. hoyehh perfect match with esprit and elle. haha



I
*abaikan pimple yang keluar sehari sebelum raya, what the!!*




Inilah yang dimanakan berbual tanpa suara, jangan hairan bila ramai yang keluar lepak-lepak tanpa mengeluarkan suara yang kuat, cukup hanya cakap "eh aku dah komen status ko"



Adik, Tisha and Nurul
*super duper lama giler menunggu makanan siap*



Beberapa hari sebelum raya, keluar bershopping bersama-sama mereka
*"ada keje kosong tak nak jadi driver tren ni?" kata pak chek kepada kami. berderai gelak kami semua*



Sekian entry hari ini, bye
[sempat mendownload Album terbaru Super Junior A-CHA dan U-kiss, memang takda lagu lain yang aku dengar]


Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 19, 2011

Eyeliner addicted


Assalamualaikum and Hello Polo :)


Disini saya ingin membuat pengakuan bahawa saya kini semakin ketagih dengan eyeliner. Macam kecanduan pulak, cet!! Apakah?

Dolu-dolu lagi i ni memang suka pakai eyeliner, tapi bukanlah yang memang hari-hari nak digaris mata tu dengan pensel hitam semata-mata keluar rumah nak gi beli buger kat bawah kan, mampos kena kutuk dengan akak yang jual buger tu *mengada budak nih, nak beli buger pon nak makeup bagai* *imej la kak oi* T_T


Dengan segaris line hitam atas mata boleh mengubah rupa kita. Betul tak?



Betulkan, cuba tengok Kim Nana a.k.a Nana of The Gold *hik hik nama ni ditulis dalam translation DVD City Hunter yang aku beli* cantik kan bila ada eyeliner atas mata dia



Eyeliner ada banyak jenis, tapi yang pensil selalunya jadi pilihan aku. Maklumlah aku ni bukan pro. Lagi pon jenis ni senang nak tenyeh atas mata. Mula-mula belajar dulu aku beli cop Lancome *bukan pasar malam eh*, memang awesome la cop nih, tapi sayang hilang ntah kemana perginya.



Yang ini jenis Liquid. Aku pon ada jenis macam nih, itu pon orang bagi masa birthday tahun lepas. Kalau rasa tangan tu macam menggigil-gigil atau mata tu asik nak terkedip-kedip jangan putus asa, cuba prektis tiap-tiap malam supaya semakin pro, macam si Khalida housemate aku tu T_T.



Jenis Gel, aku rasa dalam banyak-banyak jenis ni paling payah nak pakai. Semalam ada try Khalida punya, memang payah la dengan mata ni nak terkedip-kedip ada yang masuk kerja WP 12 kalau pakai eyeliner jenis nih T_T



Antara gaya-gaya nak pakai eyeliner


Pada aku, cukuplah kalau aku hanya mengenakan eyeliner, blusher dan gloss itu sudah cukup. Tak perlu warna-warni atas mata, kalau sesekali berwana-warna baru naik seri kan? he he he.


Kepada orang yang baru nak cuba-cuba pakai eyeliner dipersilakan, jangan putus asa.

"Practice Makes Perfect"



Aku sangat suka cara dia ni pakai *try berulang-ulang kali untuk pakai macam nih*


Sekian, bye


Thursday, September 15, 2011

Selagi Syawal Masih Ada


Assalamualaikum & Hello Polo


Selagi syawal masih ada, selagi ada jemputan majlis rumah terbuka kita serang aja :)




Majlis Hari Raya PPPNT *opis aku* dan KKLW yang diadakan di Taman Sinar Harapan *tempat yang sama kami buat tahun lepas*




Najwani and Me
*oi matahari kau!*




Ija and Me
*senada pula baju kami tahun ni*




Dalam pada majlis Hari Raya ada pula Majlis Persandingan staff opis yang kahwin time raya
*congratz Pn. Faezah dan Suami serta Syawal dan Isteri*




Semalam ada Majlis Sambutan Hari Raya Wisma Darul Iman, seperti yang dijangka majlis kalau under SUK memang meriah




Gaya sopan najwani and Me




Hahh kan dah buat perangai kalau amik gambar kali ke dua




Fifah, becoming my new housemate menggantikan Najwani yang akan pergi kursus DPA yang giler lama




Sebelum majlis bermula, seperti biasa akan ada perhimpunan bersama MB
*kami ni berdiri di hadapan, tapi langsung apa tak paham apa yang dicakapnya sebab sibuk bercerita pasal samping-samping mereka yang beribu-ribu itu T_T lolx*




Berkejaran menuju ke dewan besar, ahh tak sempat mengejar pakcik berbaju hot pink itu T_T
*oh, siapakah dia?*




Tu dia orang yang datang membuat serbuan




Kami yang sedondon warna, ini semua kebetulan




Makan time
*rekod kali ni aku makan dengan sangat banyak dan tanpa henti. Orang disekeliling kami silih berganti, tapi aku and najwani masih tak berganjak dari tempat duduk sibuk menikmati makanan dan menghayati persembahan artis-artis wisma*




Rasa macam berada dalam studio RTM rakaman hari raya, he he he




Aku dan mereka-mereka yang masih lagi menikmati makanan tanpa henti






Diantara makan yang ada sebenarnya banyak lagi yang aku makan, tapi oleh kerana on9 FB dan Twitter tanpa henti buat HP bateri low so, tak boleh amik gambar lagi T_T




Peace, sedondonkan baju kami tahun ini ^^
*maap maap pakcik lif amik gambar curik-curik*



Tadi ada majlis hari raya, tapi malas nak ambil gambar. lolx!



Sekian, bye
[Feels Good walaupon kau asik aak dan aku pon aak]



Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Mata Besau!



Assalamualaikum & Hello Polo ^^



Hari ini ada jamuan Hari Raya opis di Taman Sinar Harapan



Okeh si mata besau nak gi beraya *besau ke?*
bye