Assalamualaikum and Hello Polo :)
Disini saya ingin membuat pengakuan bahawa saya kini semakin ketagih dengan eyeliner. Macam kecanduan pulak, cet!! Apakah?
Dolu-dolu lagi i ni memang suka pakai eyeliner, tapi bukanlah yang memang hari-hari nak digaris mata tu dengan pensel hitam semata-mata keluar rumah nak gi beli buger kat bawah kan, mampos kena kutuk dengan akak yang jual buger tu *mengada budak nih, nak beli buger pon nak makeup bagai* *imej la kak oi* T_T
Dengan segaris line hitam atas mata boleh mengubah rupa kita. Betul tak?
Betulkan, cuba tengok Kim Nana a.k.a Nana of The Gold *hik hik nama ni ditulis dalam translation DVD City Hunter yang aku beli* cantik kan bila ada eyeliner atas mata dia
Eyeliner ada banyak jenis, tapi yang pensil selalunya jadi pilihan aku. Maklumlah aku ni bukan pro. Lagi pon jenis ni senang nak tenyeh atas mata. Mula-mula belajar dulu aku beli cop Lancome *bukan pasar malam eh*, memang awesome la cop nih, tapi sayang hilang ntah kemana perginya.
Yang ini jenis Liquid. Aku pon ada jenis macam nih, itu pon orang bagi masa birthday tahun lepas. Kalau rasa tangan tu macam menggigil-gigil atau mata tu asik nak terkedip-kedip jangan putus asa, cuba prektis tiap-tiap malam supaya semakin pro, macam si Khalida housemate aku tu T_T.
Jenis Gel, aku rasa dalam banyak-banyak jenis ni paling payah nak pakai. Semalam ada try Khalida punya, memang payah la dengan mata ni nak terkedip-kedip ada yang masuk kerja WP 12 kalau pakai eyeliner jenis nih T_T
Antara gaya-gaya nak pakai eyeliner
Pada aku, cukuplah kalau aku hanya mengenakan eyeliner, blusher dan gloss itu sudah cukup. Tak perlu warna-warni atas mata, kalau sesekali berwana-warna baru naik seri kan? he he he.
Kepada orang yang baru nak cuba-cuba pakai eyeliner dipersilakan, jangan putus asa.
"Practice Makes Perfect"
Aku sangat suka cara dia ni pakai *try berulang-ulang kali untuk pakai macam nih*
Sekian, bye
1 comment:
wahaha....aku suka pkai jnis gel...sng...berbanding liquid...sbb dah dok pkai eyeliner ni..skali x pkai mmg lain la rupa....=)
Post a Comment