Sunday, September 11, 2011

Raya Versi Tanpa Gambar Raya


Assalamualaikum & Salam Syawal

Lama gilers tak update blog, bukan apa kemalasan melanda setelah sekian lama bercuti. mood menjelajah blog-blog orang lain juga berkurangan tetapi ada satu blog ni memang dah jadi kewajiban setiap beberapa jam akan menjengah nya. he he he.


Sekarang aku nak mempersembahkan banyak keping gambar sebelum dan sekitar hari raya di kampung. Tapi ini versi raya takda gambar raya yang betul-betul raya T_T *jadilah ini je yang ada dalam HP yang lain semua dalam kamera adik*




Aku dan baju raya tema Hijau *erkk hijau ke baju aku tu?*



Bersama adik-adik, cousin dan pak chek. Shopping last minute, memang betul-betul last minute sebab kedai pon hampir-hampir nak tutup je bila kami masuk. he he he.
*kalau terer yang mana satu pak chek aku?*



Wajib meyhh bergambar dalam lif T_T



Menu berbuka last Ramadhan
*giler berterabur meja makan rumah aku, tapi terabur-terabur macam ni lah baru best nak makan dengan lahap! ohh mee sup dengan tulang lembu yang awesome, ni yang buat aku rasa nak balik palong*



Ahhh Rendang Johor, perghhh feberet aku



Sekali lagi aku tonjolkan baju raya bunga-bunga matahariku
*abaikan visions mak kat belakang tu*



Adik bongsu
*kan dah kata tema kami hijau, tapi pelbagai hijau bukan sekayu kain untuk sekeluarga*



Balang kuih raya pon nak hijau jugak, tapi yang awesome-nya, ramai pulak ahli keluarga kami membeli balang seperti ini. konon-konon nak eksyen sikit, sekali tengok sama jer he he he.



Keluar jalan-jalan dan makan-makan di Segamat dengan cousin yang bujang T_T. Ironinya ditempat makan ni, ada pulak kereta sebiji macam waras dengan no. plat yang hampir sama. Kasihan si Nurul yang salah menuju kereta, ha ha ha ha.
*adik tu tengah testing nak amik gambar*





3 daro yang berposing gaya yang sama dengan menggunakan HP raya Narrysha Aqilah. lolx.



Seperti biasa balik kampung kalau tak membeli DVD Korea memang tak sah! itu bukan balik kampung namanya. he he he. Ohhhh kecairan aku dengan LeeMinHo.


Selamat Hari Raya semua, mood raya ada lagi nih cuma dah tak dengar lagu raya je nih. he he he.


Sekian, bye



1 comment:

wani ezryl * said...

pak chek ko yg kanan sekali kot? :P

selamat hari raya!! xD