Monday, November 14, 2011

lama dah tak update





Assalamualaikum & Happy Monday






Mood nak buat kerja agak malas tapi siap juga kerja yang ada, ahaks. Sekarang mood nak update blog ni yang lah lama tidak terusik. Jangan kata buka blog sendiri, nak menjengah blog-blog lain pon dah lama tak buat.






Anugerah ini saya tujukan kepada semua peminat-peminat dan kepada follower baru, thanks ek meng'follow' blog I ini ;) *ewahh perasan baru menang anugerah AIM!*






Selain itu, aku juga memenangi anugrah percutian dikampung sendiri selama seminggu. Terima Kasih mak! haha. Amik kau cuti raya 2 hari aku sambung lagi 4 hari. Heaven gile bercuti panjang-panjang. walaupun cuti seminggu, masih ada benda lagi yang tak sempat nak buat contohnya : ber'dating' ewahh! celah mana pakwe kau nak cari T_T"








Ini lah dia 'pakwe' yang kekal abadi


*baby Naufal baru baik demam, badan pun dah tak gebu sangat tapi semakin memanjang*










Cobaan pertama memasak asam pedas. Jadi jugaklah cuma maklang kata kurang masin sikit.








Dipagi Raya Aidiladha, adik dan cousin mengadap game DOTA! dah 2/3 kali aku tertidur baru gerak balik kampung segamat dengan adik, sebelum tu singgah rumah kawan adik yang ada buat aqiqah. Penyudahnya sampai segamat dah dekat maghrib, orang potong lembu pon dah siap T_T"






Lama giler tak jalan KLCC. Ini pon tengok dari dalam kereta je.




On my way merempit balik terengganu. Drive alone okeh! Mampoo?
*sempat snap gambar sambil memandu. Bila mata sibuk pandang hp, kiri kanan aku bawak kete, sure orang belakang kata aku bawak kete mengantuk*





Ini kawasan banyak minyak.






Breakfirst pagi tadi tapi bukan dengan geng-geng i


*setakat makan kopok lekor je mana cukup, sure lah aku melantak roti canai sekali*






"Bulan atas Kayu Penyepit"
*haha sukati je dimelayukan!*




Novel ni dah lama aku beli, tapi baca tak habis lagi *sebab tak paham yang jadi malas nak baca* amik bawak balik t'ganu sambung baca walau hakikatnya mata ni kalau membaca 3 muka surat mata dah ngantuk tahap ultraman!





Ayah pesan suruh tukar discbreak *alahh benda bulat yang macam CD kat tayar tu, tak sure nama betul dia apa* Bila tanya Ija berapa kalau nak tukar benda tu dia kata rm400++ huarghh abis lah duit bonus aku cam nih!! Nak tukar viper, nak cat kereta lagi adehh banyaknya belanja hujung-hujung tahun nih.






Buat cousin's Boboy & Daniel pastikan 9A untuk SPM kerana motor sedang menanti dikedai.lolx


*ayah korang yang cakap ek, bukan along!*








Sekian, bye


[mood berjimat cermat]









1 comment:

wani ezryl * said...

alahai. rindunya kat ko.