Monday, February 6, 2012

wedding dan sepanjang percutian


Assalamualaikum dan Hello polo :)

Sila bertahan kerana entry kali ini dipenuhi gambar, maka cerita yang disampaikan berdasarkan gambar-gambar yang ada :)

Tadi lepas solat, i naik penimbang adehh cuti seminggu dirumah membuatkan berat badan i naik sekilo! sudahlah seluar semakin mengetat! perut boncit macam orang mengandung 3 bulan! arghh! dimanakan perutku yang dulu slim mlim -_-'



Wedding cousin
Nurul & Lan
*alahaii pinggang ko nurul, boleh ukur pakai jengkal jer*



Tol gate. Kepada mereka yang tak tau, kalau kawin dengan orang johor biasanya akan ada tol nih. So sesiapa yang akan berkahwing dengan orang johor, sediakanlah duitnya yer.
*tu dia i dan mak sedang berbincang nak untuk letakkan harga tol*



Biasanya tol ada banyak, terpulang kepada sedara mana nak beratur panjang mana :) yang ini adalah tol yang terakhir bersama mak andam
*mak andam biasanya harga tol dari JB ke Kedah. haha*



Family i. Ermm ini cuma sebahagian sahaja yang lain segan nak bergambar.
*i biasanya memang hantu nak bergambar macam nih, bukan selalu pon ada kenduri kahwin dalam family Zaiton & Tijah*



Yang ini group cousin, tapi tetiba ada mencelah seorang bapa saudara disana dan 3 orang anak buah.
*alohh sian sara dan ulfa kepala terlindung dengan tangan maklong*



Inilah rupa sepenuhnya pelamin dia yang lebat dengan bunga-bungaan
*i wish kerusi itu tinggi dan berwarna putih*



Omak dan anak, samo tak serupo



Mak-mak sedara *mereka adalah sepupu mak*



Ewah ada juga i bergambar solo dipelamin
*gambar dipelamin sendiri itu tidak tahu bila yer, so lepas ni jangan attack i dengan soalan-soalan cepu emas itu*



Me and cousin tisha
*perbezaan usia adalah sepuluh tahun, erkk!!*



Adalagi rupanya gambar tol nih



Santai kepenatan dipetang hari
*Naufal yang kecik ni kenal ayah dia yang mana satu, tapi pakcik-pakcik aku masih tak dapat cam yang mana satu abang dan adik*



Bila pengantin pergi melayan tetamu, kami semua take over pelamin mereka ^^



Ingat pengantin je ke yang berinai, kami sepupu sepapat turut sama sibuk menyibuk nak berinai, tapi setakat lukis-lukis gini lah, nak berinai kuku tu tidaklah.



Selesai kenduri kendara di kulaijaya, kami berangkat pula ke Skudai JB
*aktiviti meronda-ronda sekeliling JB, maklumlah setahun sekali kami turun JB*



Beramai-ramai makan steambot di Jusco Bukit Indah
*alololo comel je atok posing gitu dengan cucu, opss yang kiri sekali pakusu*



Budak letih! tih tih tih!
*bagus Naufal tidur time kami makan, kalau tak puas jugak nak makan sambil pengang dia*



Tu dia punya panjang table kami, cakap tak usah la nak slow bukan main bene lagi!
*yang berdiri itu pakandak, nahas kocek katanya. haha*



Inilah rupanya steambot
*tak sempat nak ambil gambar masa dia tengah berasap-asap, masing-masing makan macam peluru kata ayah*



Lepas jalan di Jusco, balik rumah terbungkang tidur masing-masing. Bila petang kita berangkat pula ke Hutan Bandar Mutiara Rini, nak main boat kecik katanya.
*bila dah sampai sini, semua permainan yang ada kami nak cuba, haha*



Termasuklah i yang sibuk juga nak main



Taman ni memang sangat besar, macam-macam ada. Kalau lah ada taman macam ni dekat rumah i, tiap-tiap minggu i rajin nak pergi bersenam erkk!!



Playground untuk kanak-kanak
*tapi bila aku tengok dekat tempat gelungsur tu ada bapak budak tumpang sekaki main sama, apakah??*



Jambatan gantung kononnya



1Malaysia
*sebelum ni datang sini takda no 1 itu*



Nak jugak budak yang semakin demok nih! budak kah? haha



Feeling-feeling kononnya berada di ICT, hikhik



Bukit Broga katanya, kahkah
*budak gering, asal jalan JB je mesti gering*



The next day, kami beronggeng ke Johor Premium Outlet JPO
*berpusing-pusing jugak nak cari tempat nih, rupanya duduk dicelahan kebun sawit*



Barang yang ada, sure lah barangan yang berjenama yang ada dekat KLCC erkk!!



Mula-mula ingatkan tempat nih macam dalam shopping complek, rupanya dia dalam kawasan terbuka. Hangat okeh dengan cuaca malaysia yang terik dek mentari!



Adik cakap, dia yang buat gambar 3D landskap tempat nih! ohhh
*dik lain kali letak pokok banyak-banyak*



Tengoklah kedai apa yang ada?



Kita lalu jer lah....



Yang ini lagi lah, kita tengok dari luar aja



Mana boleh tahan nak tengok dari luar aja, masuk lah kedai nih, Coach katanya. Mata nih nampak ada sale 50%, tapi apakan daya dah sale 50% pon masih berharga ribu-ribu. Apakah!!



Tipulah cakap kalau takda yang berkenan dihati
*yang ini pon macam i berkenan, tapi ada satu bag tu memang i berkenan harganya 2k ++*



Dalam banyak-banyak kedai, ini sahaja kedai yang mampu untuk i memborongnya, haha
*mula-mula nak ambil yang 1 scope, tapi nampak macam sikit, bila amil yang 2 scope macam banyak lah pulak!*



*badik-badik yang sedang menikmati makanan yang boleh mengakibatkan kaki dipotong! erkk manis!*


Penat dah jari jemari ini menaip.
Sekian, bye



No comments: