Assalamualaikum & helo polo :]
Monday blues katanya hari ini, selamat bekerja dengan gigih kepada mereka yang bekerja hari ni termasuk lah I *gigih sangat katanya nak bekerja hari ini!* tak tau tengah hari nanti nak merambu ke pasar payang hakhak. Bukan kaya sangat pon nak pergi beli baju sehelai disitu, nak cari kepok keping je pon! ha ha *sapa nak kirim? sila angkat kaki ahakss*
Masa yang ditunggu-tunggu sudah hampir sampai, yeehaa den nak balik nogori *biso bonar* Kali ni I balik
drive, maklumlah cuti disambung-sambung so macam lama sikit hehe. Masa untuk beronggeng-ronggeng dengan adik-adik *dating dengan adik-adik je den ni hah!* okeh lah tu dari dating dengan diri sendiri jek
Dalam kepala ni rasa nak pergi macam-macam tempat. Bukit tinggi, Genting, Ikea, Sunway Piramid rasa nak pergi belaka! pergi je takda niat shopping, seyes takda *percaya lah tu!* plan macam-macam nanti yang perginya balik rumah atok jalan segamat dan selebihnya lepak depan tv, lumrah anak daro sorang nak buek macam mano.
Yang penting bila balik I nak refresh kepala yang sedikit-sedikit serabut dan sunyi. Nak gossip dengan mak, maklumlah sekarang ini ada cerita terbaru yang tanpa disangka-sangka *sampai tak lena tido malam i dibuatnya, ahakss*. Nak mintak macam-macam dengan ayah dan paling penting nak penuhi tuntutan tekak dan perut ni yang asik nak makan makanan yang takda di ganu! *boleh tak i tido mimpi makan rendang, lontong, kek, laksa johor dan sebagainya* kenapa itu hanya mimpi semata-mata? sedih okeh!
Eh kalau kita mimpi makan tu ada makna ke? makan dengan banyak pulak tu! ada satu lagi mimpi yang paling tak boleh upa! I mimpi yang I ni mengandung!!! feeling lagi weh perut tu ada rasa terik-terik, bulat dan comel je hikhik. Apakah maksudnya? orang kata ada maksud tak elok kalau orang belum kawin mimpi macam tu. Apa-apa pon semoga mimpi itu tak bawa makna yang tak elok *mimpi mainan tido je kan kan kan*
Okeh, dah takda benda yang nak dimerepekan lagi. bye.
[tiba-tiba sangat teringat dengan Dr Ahmad Sukri]