Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :) *tukar kejap tagline kali nih*
Tahniah kepada mereka yang telah mendapat BR1M *ohoo acik ni tak kawin lagi, kalau tak compem nama acik tersenarai, haha* tiba-tiba!
Setelah seminggu kita berehat dari taip menaip, kali ni i nak sambung entry Dalam Gigi Ada Petir lolx!
Tahniah kepada mereka yang telah mendapat BR1M *ohoo acik ni tak kawin lagi, kalau tak compem nama acik tersenarai, haha* tiba-tiba!
Setelah seminggu kita berehat dari taip menaip, kali ni i nak sambung entry Dalam Gigi Ada Petir lolx!
Semalam adalah hari yang ditunggu untuk bertemu dengan doktor emsem,ahaks! takda makna i tenang masa menunggu doktor tuh! bercelaru, masa ni lah rasa badan tiba-tiba panas, batuk tak berhenti! i ingatkan bila ada apoimen, sampai kita terus masuk jumpa doktor, rupanya ada juga nombor giliran! tapi i ni tak sempat nak tunggu nombor, misi terus panggil nama. lolx.
dengan misi a.k.a nurse
'kita buat x-ray dulu'
'sakit tak kak?'
*demm! boleh pulak aku tanya x-ray sakit ke tidak! haruslah tak, bukan tak pernah x-ray satu badan!*
dengan doktor
'nikah dah?'
'belum'
'ok, kita takut mengandung jer'
*nasiblah sebab purata orang yang seusia dengan aku anak dah 2/3! tengok badan la doktor, langsing lagi meyhhh!*
Lepas x-ray kena tunggu kerusi kosong untuk buat scaling gigi! homaii dengar rasa macam nak pitam! maklumlah sebelum ni telah didedahkan dengan cerita-cerita ngilu lebih-lebih lagi jika ada gigi rosak.
Kuat i baca 'bismillah' sebelum duduk kat kerusi. Bila doktor mulakan operasi doa banyak-banyak supaya tak rasa sakit. Alhamdulliah, doktor buat dengan sangat lembut, tau-tau siap je, eh tak rasa apa-apa pon! *great job doktor emsem*
Serius, masa doktor tu tengah gerudi-gerudi gigi i ni gatal nak tengok muka doktor tu, cis bila terpandang matanya, arhhhh rasa ada karennnnnnn! dup dap dup dap! *tapi bila tengok susuk tubuh doktor tu rasa seperti sudah mempunyai isteri, demm!*
Cukuplah cerita doktor gigi kali ni, kita akan sambung lagi bulan depan selepas i dating lagi dengan doktor emsem itu. ahaks. *kalau macam ni, sampai ujung tahun la aku asik dating dengan doktor emsem*
demam, selsema, batuk, sakit tekak dan suara serak-serak seksi. arghh. memang pakej lengkap yang i dapat sekarang nih! dari hari khamis lepas, sakit ni masih ada lagi. cuma demam tu ada waktu malam je *pesen apa ntah demam aku nih*
Sakit tekak semakin berkurangan tapi suara serak-serak seksi ntah bila agaknya nak hilang, seksa bila nak becakap tenggelam timbul suara ni. Dah tu budak-budak nih dok asik cakap 'seksi nya suara' malu wehhh!
Batuk jangan cakap, takda gaya nak hilang. Bila batuk sakitnya sampai kedalam perut. Batuk paling teruk time tidur, memang tidur malamku terganggu dengan batuk! rasa nak tercabut anak tekak dibuatnya.
Sekarang ni selsema pulak seperti bertambah teruk, haishh tak suka betul hidung berair nih!
Sekian, entry dari orang yang sakit dengan pakej yang lengkap! lolx!
[mujur masa doktor tengah gerudi-gerudi tak keluar batuk]
1 comment:
aku pun sama-demam+selesema+batok lagi huhu...
sabo je lah...
-hajar-
Post a Comment