Thursday, June 28, 2012

Sarawak Trip

Assalamualaikum & Helo polo :)

Seperti yang dijanjikan akhirnya kerajinan sampai jua untuk meng-update entry trip ke sarawak. Update pon bukan dengan story yang panjang lebar, cuma I tepekkan gambar-gambar je *kemalasan menaip panjang-panjang tetap ada disitu!lolx!*

Gambar-gambar berikut manggunakan kamera Nex 3 yang dulunya I tergedik-gedik nak belikan! sampai sudah tak beli jugak - -'


I'm flying


Ehem ehem


First time tengok buah lai yang digaul bersama asam mangga
*warna dia sangat menarik perhatian untuk memakannya*



Dewan Undangan Negeri Sarawak
*view dari Water Front*



Water Front


Water Front dikala malam


Melawat kawasan kampung
*berjalan-jalan di jeti kampung tersebut* <--- giler skema ayat!


Kaki yang ter-sunburn! sampai hari ni masih kelihatan kebelangan dia!




Penat sangat shooping, cuma bergambar beberapa keping je gambar sendiri - -'



Terbang pulang ke sarang
*baru ku tahu rupanya hot sit lebih luas dari yang lain,
lain kali nak duduk kat hot sit lah*


Satu lagi gambar solo :)



Gambar-gambar berikut menggunakan BB jek. BB ni ada masa-masanya gambar dia cantik, kalau tak kelabu jek! kalau nak snap pon kena amik 3/4 kali baru jadi.


Kerabu obor-obor


Pucuk midin goreng belacan
*oshem lauk nih. Rupa dia lebih kurang macam pucuk paku,
memang pucuk paku kot tapi yang masih muda!*


Manok Pansoh
*I tengok je ayam ni, tak terasa pon nak makan so jangan tanya apa rasa dia*


Mee Kolok
*mee ni di goreng dengan kicap pastu bila nak makan dia ada sup*


Kek Lapis Oreo


Kek Lapis Tembikai
*beli kek memang banyak, tapi bila dah bawak balik rumah I dah tak lalu pon nak makan*


Ayam Penyet
*sedap woooo, sos yang dekat ayam tu sedap!*


Ikan Bakar



Sekian entry trip ke Sarawak, hehe. Bye
[esok kita nak ke Penang pulak, apa yang menarik di Penang ek?]


Monday, June 25, 2012

Meet my beloved friend

Assalamualaikum and Helo polo :)

Wiwit bertemu kembali setelah 2 minggu berehat. Memang sangat-sangat berehat, haha. 2 minggu yang lepas super awesome, yup I kerjanya berjalan-jalan sampai pitih kering! demm! maklumlah kite kerja gomen je gaji bukan besau pon ^ ^ *syukur* Trip ke Kuching Sarawak kita update kemudian ek sebab perasaan disana biasa-biasa saja =  =

Kita update aktiviti yang paling menarik sepanjang di kota sibuk Kuala Lumpur, ahakss


Small gathering c-9-8 USJ

Kembali bertemu dengan geng-geng housemate USJ yang sekian lama tidak bertemu. Thanks Nora yang berusaha untuk menemukan kami semua di tempat yang selalu menjadi pilihan untuk ber-dating mana lagi kalau bukan Sunway Piramid. Syukur hubungan kami masih rapat macam dulu-dulu, tak banyak pon yang berubah kecuali fizikal masing-masing, haha. Sayangnya Nia tak dapat join sama, lain kali kita jumpa ya nantikan kepulangan I :)


fuh-fuh-fuh
Gigih sangat meniup obor elektrik, 8 hari tiup pon tak kan padam -_-'


Nora & Shasha
Shasha mintak ngan mama adik ek boleh ajak main sama-sama, hehe


Me & Azie
Thanks ya azie menjemput I di Sri Petaling


Seperi biasa dia ni memang suka termenung


Perempuan dan kedai kasut memang tidak dapat dipisahkan!
Small gathering kami tidak banyak pon aktiviti, cuma duduk melepak borak-borak dan window shopping saja. Aktiviti lama I yang suka melihat gelagat orang pon tak sempat dibuat, lolx!


The red rings
Cincin yang dijual super comel, rasa nak beli je tapi kalau beli pon sekadar duk di KT ni bukannya I ni melaram sangat! buat pelik orang je nanti -_-'



Rehatkan kaki
Duduk rehat bagi anak minum susu, hehe. Nora je pon yang baru ada anak. Me and Azie? wait haaa


haus

JCo
Lepak JCo pula sambil menikmati air kopi dan donuts yang awesome


Kursus sama dengan geng Cawangan Arkitek

Tiga tahun lebih tinggalkan cawangan arkitek *giler rindu weh dengan drawing-drawing* serius lama rasanya tak jumpa dengan mereka. Memang sangat lucky boleh terpilih untuk kursus di JKR, maklumlah sekarang ni bukan senang nak dapat kursus JKR lagi-lagi ramai geng arkitek yang ada.


Nora & Nia
Rasanya meja kami paling banyak makanan! Boleh kencing manis dibuatnya, haha



Sesi tahan mengantuk
Besar-besarkan mata supaya tak nampak mengantuk masa dengar ceramah. Yang nora tu dok makan kek lapis sarawak, haha


Sesi gosip mengosip
Dudak dua orang ni duduk KL cuma terpisah opis tapi lama tak jumpa. Tengoklah tu bila jumpa bercerita tak henti-henti.



Anugerah kepada ibu-ibu yang menyusukan anak

Haha! pandai ambil kedudukan masing-masing dari rendah ke tinggi
*rasanya I ni pakai belerina jek*



Ambil gambar sendiri
Sebelum balik rumah kita posing-posing kejap di koridor yang awesome siap bertaman-taman dan air pancut dari dinding :)



Main-main celah pokok
Tak hingat bergambar sebelah bilik bos, haha



Nia dah gem
Wei serius ko dah tembam, nampak gaya masing-masing punya fizikal sudah berubah, hehe



Nak jugak gambar sorang-sorang

Nah nampak tak kami berada di tingkat yang tinggi


View yang awesome
Dapat kerja kat sini pon best jugak sebab turun lrt terus masuk opis


Main-main dengan Naufal

Lama tak jumpa budak kecik nih, bila jumpa dia dah boleh jalan tanpa gaya orang mabuk lagi.lolx. Kali ni tengok dia berjalan memang tak berhenti, dari celik mata sampai tidur semula *naufal ni tak reti penat ke?*


First snap
Naufal yang suka kacau mama tidur


Second snap
Naufal yang suka tersenyum simpul


Third snap
Naufal yang panggil mama, aaatiii *apekah? jangan matsaleh sangat naufal*


bye

Sunday, June 10, 2012

Jom Berjalan

Assalamualaikum  & helo polo :)

Jom kita pergi melancong! siapa nak ikut? cepat angkat kaki, hehe. Ewah macam nak pergi melancong sangat-sangat dah nih, duit je tak berapa nak ada untuk pergi berjalan-jalan *berjalan balik kampung je yang mampu, segala makan minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya hehe* 

Bila tengok ada blogger-blogger yang jalan-jalan melancong sana sini, sedikit rasa terbakar disitu tuh! *mana mereka dapat duit banyak-banyak ek?* I ni kerja dengan gigih siang malam belum mampu nak berjalan sana sini -_-' haishhh belum rezeki lah tu *muhasabah diri sikit syiro!*

I pon kadang-kadang terbakau jugak bila tengok blogger yang pergi belajar luar segara sana, sambil belajar boleh berjalan-jalan *rasa menyesal pulak dulu tak mau belajar pandai-pandai*

Sila bertahan yer semua sebab kali ni I nak buat entry yang panjang sikit, keh keh




1. KOREA

Running Man, 1 Night 2 Days, Qualification of Man, Invisible Youth, Drama Korea dan segala bala rancangan yang ada semuanya menampilkan keindahan korea *sila setuju disitu*, tipulah kalau I tak terpengaruh dan terpanggil-panggil untuk berjalan-jalan kesana. Kalau kata berjalan sana nak jumpa sangat dengan artis-artis k-pop tu tidaklah tapi kalau dapat jumpa itu satu bonus dan yang pasti I akan melompat sampai siling! haha.

Sebenarnya I ni  suka sangat tengok building yang canggih manggih, makanya korea adalah salah satu destinasi pilihan okeh :)


Dancing Dragon Twins Towers
Kemain engkau nama dia! kalau di melayukan dia akan jadi Menara Berkembar Naga Menari! kelass gitu!! Ada naga barangkali di banggunan itu. lolx.


The Cloud Building
 Fuahaha hebat! Ada rupa WTC yang kena bom kan?



GT Tower East
 Sekali pandang nampak macam kena tiup angin
*rasanya orang yang nak buat bangunan ni mesti pening*



GT Tower East dan sebagainyalah
Kalau aku sampai sini sakit tengkuk dibuatnya asik mendongak pandang bangunan, hehe



Gyeongbokgung Palace
Bukan setakat senibina moden, senibina yang dolu-dolu lagi berseni sebenarnya. Cuba bayangkan orang dulu-dulu tak belajar tinggi-tinggi tapi mampu untuk membina istana seunik ini! *ingat senang ke nak buat bumbung terjongket-jongket gitu*


Super Junior 
Turun flight terserempak dengan mereka di Airport! giler engkau aku tak kejar mereka haha




2. JEPUN

Jepun ni kira tempat wajib nak pergi, cewahh gaya cakap macam orang kayo-kayo kan! hampeh! Nak kata pengaruh dengan cerita-cerita jepun nih tidak lah, sebab I tak tengok mana cerita jepun melainkan anime, hehe. Memang respect dengan Jepun sebab dia negara yang sangat cepat membangun, kita macam ketinggalan 5 tahun dari Jepun *orang malaysia jangan marah kat I pulak! pendapat je nih!* Walaupun negara dia dilanda gempa bumi tsunami bagai tapi dengan sekelip mata mereka dah boleh bangun semula tanpa bantuan mana-mana. 


Shibuya Hikarie
*bilalah agaknya dapat kerja dekat tempat-tempat macam nih?*



The Uniqueness Backyard
Tak tau lah nama sebenar building ni apa, google pon kuar nama tu
*agak-agak boleh tak nak buat rumah macam nih kat palong?*



Tak-dapat-dikenal-pasti-nama-bangunan
Ngeri pulak nak duduk dalam bangunan macam nih! tiba-tiba dia hidup macam transformer pastu dia berlawan pulak dengan giant, gila punya imaginasi!!



Mikimoto Building
Building macam tempat membeli belah, kalau tak salah la


Jepun ni memang canggih, bila di google banyak betul keluar building yang cantik dan unik *moh lah kita gi sana*




3 . TAIWAN

Salah satu lagi negara asia yang I berminat nak pergi *sekali lagi cita-cita macam orang kaya, selera bak maharaja* ahhh tak salah nak berangan kan? bukan kena bayau pon! kalau terlaksana, Ahlamdulillah. Taiwan-ness chaiyok! Anda tengok itu cerita Sunny Girl? Skip Beat? yeahh tahniah kepada yang menonton anda memenangi tiket percutian ke bangkok yang dibayar sendiri lolx.

Dalam drama-drama berikut, diaorang tunjuk kemain lagi cantiknya rumah-rumah dan jalan raya tempat mereka. Nampak bersih je. Malangnya I google tak jumpa! he he


Breathable Building
 Bernafas ke tidak bangunan ini? tu kan nampak macam insang ikan. lolx.



Taipei 101
Salah satu menara yang tertinggi kan? dah nampak bangunan yang lain tu kemetot-kemetot jer, hehe


Sibuk sangat bercerita kecanggihan negara orang, sebenarnya negara kita pon apa kurangnya, canggih juga. Tak caya cuba gi tengok kat Putrajaya dan KL tuh, canggih kan. Sampai sini dulu, next time I sharing lagi tempat yang I rasa nak pergi :) 

Wehooo, lusa sudah mahu terbang ke Sarawak. Apa yang best disana?

Sekian, bye