Assalamualaikum & helo polo :)
Jom kita pergi melancong! siapa nak ikut? cepat angkat kaki, hehe. Ewah macam nak pergi melancong sangat-sangat dah nih, duit je tak berapa nak ada untuk pergi berjalan-jalan *berjalan balik kampung je yang mampu, segala makan minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya hehe*
Bila tengok ada blogger-blogger yang jalan-jalan melancong sana sini, sedikit rasa terbakar disitu tuh! *mana mereka dapat duit banyak-banyak ek?* I ni kerja dengan gigih siang malam belum mampu nak berjalan sana sini -_-' haishhh belum rezeki lah tu *muhasabah diri sikit syiro!*
I pon kadang-kadang terbakau jugak bila tengok blogger yang pergi belajar luar segara sana, sambil belajar boleh berjalan-jalan *rasa menyesal pulak dulu tak mau belajar pandai-pandai*
Sila bertahan yer semua sebab kali ni I nak buat entry yang panjang sikit, keh keh
1. KOREA
Running Man, 1 Night 2 Days, Qualification of Man, Invisible Youth, Drama Korea dan segala bala rancangan yang ada semuanya menampilkan keindahan korea *sila setuju disitu*, tipulah kalau I tak terpengaruh dan terpanggil-panggil untuk berjalan-jalan kesana. Kalau kata berjalan sana nak jumpa sangat dengan artis-artis k-pop tu tidaklah tapi kalau dapat jumpa itu satu bonus dan yang pasti I akan melompat sampai siling! haha.
Sebenarnya I ni suka sangat tengok building yang canggih manggih, makanya korea adalah salah satu destinasi pilihan okeh :)
Dancing Dragon Twins Towers |
Kemain engkau nama dia! kalau di melayukan dia akan jadi Menara Berkembar Naga Menari! kelass gitu!! Ada naga barangkali di banggunan itu. lolx.
The Cloud Building |
Fuahaha hebat! Ada rupa WTC yang kena bom kan?
GT Tower East |
Sekali pandang nampak macam kena tiup angin
*rasanya orang yang nak buat bangunan ni mesti pening*
GT Tower East dan sebagainyalah |
Kalau aku sampai sini sakit tengkuk dibuatnya asik mendongak pandang bangunan, hehe
Gyeongbokgung Palace |
Bukan setakat senibina moden, senibina yang dolu-dolu lagi berseni sebenarnya. Cuba bayangkan orang dulu-dulu tak belajar tinggi-tinggi tapi mampu untuk membina istana seunik ini! *ingat senang ke nak buat bumbung terjongket-jongket gitu*
Super Junior |
Turun flight terserempak dengan mereka di Airport! giler engkau aku tak kejar mereka haha
2. JEPUN
Jepun ni kira tempat wajib nak pergi, cewahh gaya cakap macam orang kayo-kayo kan! hampeh! Nak kata pengaruh dengan cerita-cerita jepun nih tidak lah, sebab I tak tengok mana cerita jepun melainkan anime, hehe. Memang respect dengan Jepun sebab dia negara yang sangat cepat membangun, kita macam ketinggalan 5 tahun dari Jepun *orang malaysia jangan marah kat I pulak! pendapat je nih!* Walaupun negara dia dilanda gempa bumi tsunami bagai tapi dengan sekelip mata mereka dah boleh bangun semula tanpa bantuan mana-mana.
Shibuya Hikarie |
*bilalah agaknya dapat kerja dekat tempat-tempat macam nih?*
The Uniqueness Backyard |
Tak tau lah nama sebenar building ni apa, google pon kuar nama tu
*agak-agak boleh tak nak buat rumah macam nih kat palong?*
Tak-dapat-dikenal-pasti-nama-bangunan |
Ngeri pulak nak duduk dalam bangunan macam nih! tiba-tiba dia hidup macam transformer pastu dia berlawan pulak dengan giant, gila punya imaginasi!!
Mikimoto Building |
Building macam tempat membeli belah, kalau tak salah la
Jepun ni memang canggih, bila di google banyak betul keluar building yang cantik dan unik *moh lah kita gi sana*
3 . TAIWAN
Salah satu lagi negara asia yang I berminat nak pergi *sekali lagi cita-cita macam orang kaya, selera bak maharaja* ahhh tak salah nak berangan kan? bukan kena bayau pon! kalau terlaksana, Ahlamdulillah. Taiwan-ness chaiyok! Anda tengok itu cerita Sunny Girl? Skip Beat? yeahh tahniah kepada yang menonton anda memenangi tiket percutian ke bangkok yang dibayar sendiri lolx.
Dalam drama-drama berikut, diaorang tunjuk kemain lagi cantiknya rumah-rumah dan jalan raya tempat mereka. Nampak bersih je. Malangnya I google tak jumpa! he he
Breathable Building |
Bernafas ke tidak bangunan ini? tu kan nampak macam insang ikan. lolx.
Taipei 101 |
Salah satu menara yang tertinggi kan? dah nampak bangunan yang lain tu kemetot-kemetot jer, hehe
Sibuk sangat bercerita kecanggihan negara orang, sebenarnya negara kita pon apa kurangnya, canggih juga. Tak caya cuba gi tengok kat Putrajaya dan KL tuh, canggih kan. Sampai sini dulu, next time I sharing lagi tempat yang I rasa nak pergi :)
Wehooo, lusa sudah mahu terbang ke Sarawak. Apa yang best disana?
Sekian, bye
No comments:
Post a Comment