Assalamualaikum & Helo Polo :)
Selamat bertemu kembali entry yang sudah lama disimpan berkepuk-kepuk! moga-moga ia dapat mengubati kerinduan dengan blog ini. lolx! phewww. Makin lama tinggal untuk meng-update entry dia jadi semakin malas kuasa 18! cuba bayangkan bertapa banyaknya malas itu! jangan kata nak meng-update blog malas, nak meng-transfer gambar dari bb pon boleh lupa! cuma teringat bila berada dirumah dan masa-masa nak tidur.
Last week ada falimy day JPPK. Huh kemain jauh orang kelantan buat family day, jeles weh! Terengganu punya falimy day? *tok payah susah-susahkan diri untuk imagine mana dia ornag nak buat syiro oi*
My bos, En. Iskandar & Wani *wife* |
Ini yang dinamakan kehidupan rumah tangga jauh-jauhan, terbang datang atau terbang pulang, hehe. Takpa ada hikmahnya gitu kan wani ek?
Weolls duduk dimeja VIP gitu ^^ |
Bunyi macam bestkan duduk dimeja VIP. Hakikatnya duduk meja VIP lah tak best! mesti makan tak kenyang punya! Makan cuma apa yang terhidang sahaja, mana cukup? ini satu penindasan untuk kami yang lapor!
Jengah meja sebelah *bukan VIP* dia orang makan spaghetti! what? kenapa kami tidak dihidangkan itu? tak boleh tahan, bangun jugak merangkak ke meja buffet rembat sepinggan spaghetti. Huh baru jumpa sedawa, haha.
Permai Inn |
Lupa nak cakap majlis BBQ berlangsung di Permai Inn. Lalu lalang I depan hotel ni, tapi inilah kali pertama singgah masuk dan makan. Serius cakap BBQ dia TAK SEDAP! <--- amik kau caps lock! haha
Me & Hamper not Hampeh! |
Ya malam itu I telah digesa untuk menyanyi karaoke! ok tamat lepas ni I bersara dah nak menyanyi depan umum lagi, dalam bilik tak pe. Malu betul nak menyanyi malam tu. Dari lagu Ingkar ke Kesetiaan sudahnya Lagenda pheww! *kan mamat kacak itu dah kenal aku siapa! adehh*
Yang ini last last last week punya cerita *giler lama* Sukan ICU JPM di Perda, Penang. Wotwot firs time nak jejakan kaki di Pulau Pinang *jakun!* haha
Banjaran titiwangsa |
Awesome gile tempat nih dengan cuaca yang panas tapi angin yang bertiup sejuk-ness macam duduk depan kipas separa aircond
Pegawai & Atlet |
Atlet sangat aku nih! macam masuk sukan berlari 600meter lompat pagar dihalang oleh peminat, haha. Actually I ni pegawai/pengurus pasukan batu seremban dan merangkap pemain simpanan. Hebat kan? yerlah main peringkat kebangsaan. lolx!
Masa untuk berarak |
Bila dah ramai-ramai pakai baju macam ni nampak smart pulak, hehe. Gagal lah kalau bb ni suruh orang petikkan gambar mesti jadi kelabu.
Dari kepala sampai kekaki dapat sponsor |
Dalam banyak-banyak aku tak berapa berkenan warna hijau kasut itu, nampak macam warna kahak la! wek wek! tak tahu tahun bila lagi aku akan pakai kasut itu!
Perarakan masuk kontijen Zon Timur |
Sambungan dari gambar diatas |
Sebelah kami Zon Borneo dan nun disana HQ |
Sebelah kiri pula Zon Selatan |
Bukankah sepatutnya I berada di zon selatan? lahir di johor dan membesar di nesmilan. Boleh tukar opis tak nih?
Laksa Penang & Teh Ais |
Memang mabeles la laksa penang di penang, sedap dap dap. Laksa Shake punya pon tak leh lawan
Persembahan apa-ntah-namanya-dah- lupa |
Siap berbaris dengar ucapan sikit-sikit dengar bunyi mercun seba sedikit dan terus ke acara terakhir ini *terrer la abang-abang ni main gendang dan tiup meniup sambil melangkah kedepan belakang, kalau aku tu entah apa yang ditiup entah mana kaki melangkah*
Penyampaian hadiah |
After beberapa acara sukan peringkat akhir dan makan makanan yang ak berapa nak sedap kita beralih ke dalam dewan untuk penyampaian hadiah. Tahniah kepada Zon Timur yang agak banyak mengungguli hadiah, ahakss
Selesai gambar maka selesailah entry, hikhik. Mahu lagi? tunggu kerajinan I datang berganda-ganda dengan kuasa 8.
Bye sweet sugar honey, muahhh <--- kemaih lagi!
2 comments:
haa satu soalan je nk tnya ni.. siapakah jejaka kacak berkenaan?!! baik ko cerita cpt!! :p
opss! rahsia, haha
Post a Comment