Monday, October 29, 2012

Koir ICU JPM 2012

Assalamualaikum & Helo polo :)


Antara aktivi yang faedah-nya-kurang. Kita join geng koir. Pertandingan peringkat ICU JPM

Jom kito melalak
Sesi latihan yang entah kali berapa terakhir agaknya. Setiap kali latihan kompem akan ada pertukaran. Kita ikutkan saja kata ketua, tak perlu bantah-bantah ^^



Kenapo mesti tangan lobih putih dari muko?
Bila dah dua orang tegur pipi dah tembam terus nak cover-cover pipi kan! haha!



Ontah apolah yang tonungkan!
 Selesai latihan, kita get ready tuk pergi HQ



cantik-tak-baju-kami?
Dah siap sedia untuk menyanyi, tunggu giliran je nih! *masa ni sejuk tangan tu takyah citer la, aiskrim pop tu kalau pegang boleh beku lah kiranya*



Tidak syak lagi mata ini memandang orang di atas itu, hehe ^^
Ini yang betul-betul dan muktamad, makanya kami yang berada dibarisan belakang berpindah kehadapan. Selesai menyanyi dan keluar dewan, mashaAllah dia punya lega Allah je tahu macam mana. Apa yang kami dah persembahkan masa tu terbaik selain dari latihan-latihan sebelum ni *sebelum ni banyak sangat bunyi yang bercambah, kira final dah tak kedengaran yang bercambah itu*



jumpa bos lama
Berfoya-foya dan berburak-burak



us
Walaupun kami menang no 3.5 kira okeh lah, haha.



ehem ehem
Ada makna sebenarnya gambar ini tapi tak mau citer, kihkih
*saya tau awak tak baca blog saya*


bye

Friday, October 26, 2012

Entry merepek sikit

Assalamualaiku & Helo Polo 



Hari ini hari raya, yeyy. selamat hari raya semua. 

Ini kira entry cobaan dengan menggunakan aplication baru, try je nih kalau jadi kira mujur. masa pc ada tersembul depan mata tak terasa pulak nak bercerita bagai, sibuk nau main-main dengan game tak pun melayan anak buah yang sorang itu. pantang dia tengok kita ni duk relek, kejap lagi dia datang la mengacau, haha.




Actualy last weekend I sudah berada lama dekat KL, saje turun sana ronggeng dan ponteng kerja! cehh! tipu je tuh. I oulls ni rajin masuk aktiviti yang faedahnya agak kurang di opis tu, kita join geng nyanyi beramai-ramai, koir namanya. haha. Bunyi macam senang nak nyanyi koir kan, sebenarnya agak payah jugak, ko bayangkan nak kena sebut tiap patah perkataan tu dengan bakunya dan ibarat dalam mulut tu ada huruf 'o', bulat-bulat bunyi perkataan tu.




Kalau mereka yang jenis dengar kata dan boleh menerima pendapat orang senang, ini bagi sumbangan tidak sibuk bangkang jek! haishh tak sanggup nak layan perangai orang yang perasan dia budak lagi! *alamak ter emo pulak!*





 

menu hari ini




Setakat ni je dulu entry warm-up petang raya,

bye.


I blog with BE Write

Friday, October 12, 2012

Test power!

Assalamualaikum & hello polo!

Sedang landing-landing dirumah sambil menonton music bank. Agak nyaman juga berseorangan dirumah Tanpa sesiapa menggangu, haha.

Takda modal apa pon nak taip, sesaja mengetest!

Bye

Sunday, October 7, 2012

jalan malam-malam

Assalamualaikum & Helo polo hubby dubby :)

hehe jadi trend pulak hubby dubby!

Malam semalam ada majlis pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 & Perarakkan bot berhias. Pucuk dicita ulam mendatang weh, dimalam yang kebosanan akhirnya ada orang ajak jalan-jalan tengok benda tak berfaedah, hehe. 

Keluar dari rumah ibarat terlepas seketika dari kepompong gitu, biarlah I ni sememangnya rajin dok rumah tapi ada masa-masanya nak keluar juga menghirup udara laut :)




super ramai orang
Sesak dataran Shahbandar semalan dengan orang-orang ganu, eh tapi nampak macam ramai orang luar dari ganu *haha, terer sangat sampai boleh kenal orang ganu ke tidak!*



flower-fire, #eh
Ada letupan bunga api di merata-rata. Rasanya bunga api ada banyak gile dari segala arah. Bunga api paling lama di atas bangunan wisma darul iman, adalah dalam 20minit tanpa henti! *ini yang dinamakan bakau duit!*



sesak-mesak
Berpusu-pusu orang ke tepi benteng nak tengok bot berhias, berhimpit-himpit je aku tengok, tidaknya aku layan nak berhimpit dengan orang, euww!




 Boleh tahan cantik-cantik juga bot berhias yang ada



makan time
 Dah malas nak bersesak-sesak dengan orang dan berhujan renyai-renyai, kita beransur ke kedai makan



tidak-dapat-di-sembunyi-muka-sedih
Saya sangat sedih sepanjang hujung minggu yang lalu :(
Tak apalah, sila bertabah syiro



Rozelle 
 Try minum air rozelle, rasanya manis masam ala-ala ribena gitu lah


Spaghetti Carbonara 
First time makan carbonara yang berkuah-kuah. boleh la nak makan, biasa-biasa saja rasanya.


bye
[hello and goodbye]

KL - USJ - Palong - Melaka - KT

Assalamualaikum & Helo polo sweet heart

Pheww sweet heart gituww, kihkih. Lamanya cuti ber-blogging, hampir terabai dengan dunia-dunia lalai di opis. huh nampak kan I bekerja dengan super gigih! Nah lepas ini sapa cakap I dok opis goyang kaki memang I lambung hingga cucur atap! *larat ke syiro? haha*

Nah I kasi tatap beberapa program yang berlangsung beberapa minggu lepas! cehh dah lepas lama baru nak update! sory hubby dubby I turun sana tak bagi tau, sebab I tau memang kita tak sempat dating punya *puihh datang mana hubby dubby itu! nawok lebih!*

Meets my best-friend yang gojes-gojes, haha. Lokasi takyah kat tempat yang gempak-gempak, cukup kat tempat yang paling banyak memori untuk kami semua. Sri Melur USJ 16 selalu dihati, biar tak sedap mana pon. haha.



comelkan?
Petik-petik gambar tanpa heran kan orang kiri kanan yang memerhati :)



Yang ini lagi comel :)
Bila dah tengok gambar baru perasan kami semua dah macam traffic light, terang bederang warna tudung masing-masing *nia cakap warna tudung azie kurang 'ang' sikit! haha serius weh aku lama tak dengar perkataan 'ang' itu*


Roti Tisu
Terbaik roti tisu kat melur ni panjangnya lebih dari 1 meter. Dari jauh mamak tu bawak ke meja kami dah nampak macam kain! *puas kunya nak kasi habis*



Actually I ni rajin bebeno turun KL takda sebab lain selain dari kursus mursus! haha. I paling suka kursus dengan JKR sebab boleh claim yang banyak & makanan-nya lari sikit dari tema makanan di KT, hehe takcaya leh tengok sini.



Macaroni + Meggi
Makanan di KL lebih murah kalau nak dibandingkan dengan KT. Contohnya sarapan diatas itu RM2.50 jek! kalau di KT mahunya RM4.50, serius tak tipuuu.




Menu lunch yang pelbagai, hehe. Aku paling suka tuh rojak buah. Kat KT compem time meeting kalau ada buah cuma buah tembikai *letihhh*




First time jumpa menu sambal udang time kursus, hehe



Nora
Geng cawangan arkitek. Perut kenyang dan lepak di kerusi yang super empuk, mata cuma mampu bertahan 5 minit dan terus lelap tanpa perasan orang yang lalu lalang.




Nampak tak yang I tenggelam dikerusi itu!



Awesome
 View dari kerusi empuk itu



Geng cawangan arkitek
Haha. cikgu cakap bila start mata cuma tahan 5 minit, lepas tu hanyut entah kemana-mana. *Karim tu dah terlelap terus, Cikgu separa terbuka matanya, Nora pon lebih kurang je, I? compem segar bugar! haha*



Exam
Sesi terakhir kena jawab exam. Kompem kami lulus & boleh masuk Istana bulan 11 nanti. haha.


Mana nak cari gula-gula ni di KT
 Sepanjang kursus memang makan gula-gula ni, boleh kencing manis dibuatnya asik makan gula jek!



Bukit Jalil
Tak pernah pon sampai ke stadium bukit jalil sana, paling jauh sampai kat tempat I amik gambar tu berhampiran dengan LRT



Seperti biasa tempat menginap tika berada di KL, rumah adik-adik di Sri Petaling :)



Manja naufal nih
Tengok la budak kecik ni, kita balik rumah landing di sofa dia datang menempel-nempel, ajak borak-borak. Layan kan aja biar tak paham sepatah haram pon dia cakap apa, hehe



wiwitt
Cukup suka dia dapat masuk bilik belakang nih, ada saja projek dia nak buat! habis CD game ayah uda dia buat main-main. Puas ajar naufal panggil 'mama', yang keluar dari mulut dia panggil aku ni 'aty'. Haishh moden sangat naufal nih ;)



J Co + Coffee Bean
Program hujung minggu melangsang ke Melaka City, huhu lama tak jalan-jalan sana. Niat dihati nak belanja semua family members makan-makan di umbai, setakat mereka je yang ada. haha macamlah adik beradik ramai sangat!


Udang masak lomak cili api
Anak dara ayah la katakan, sebut je nak makan apa mesti ayah beli, hehe. Harap-harap ada laki nanti dia boleh layan kerenah nak makan bagai-bagai :)



ESP
Lepas ni kalau ada yang cakap I dah nampak lain, paham-paham je lah ek, haha.



Niat dihati nak update 1 lagi entry, kalau ada masa kejap lagi kita buat ek, bye