Sunday, October 7, 2012

jalan malam-malam

Assalamualaikum & Helo polo hubby dubby :)

hehe jadi trend pulak hubby dubby!

Malam semalam ada majlis pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 & Perarakkan bot berhias. Pucuk dicita ulam mendatang weh, dimalam yang kebosanan akhirnya ada orang ajak jalan-jalan tengok benda tak berfaedah, hehe. 

Keluar dari rumah ibarat terlepas seketika dari kepompong gitu, biarlah I ni sememangnya rajin dok rumah tapi ada masa-masanya nak keluar juga menghirup udara laut :)




super ramai orang
Sesak dataran Shahbandar semalan dengan orang-orang ganu, eh tapi nampak macam ramai orang luar dari ganu *haha, terer sangat sampai boleh kenal orang ganu ke tidak!*



flower-fire, #eh
Ada letupan bunga api di merata-rata. Rasanya bunga api ada banyak gile dari segala arah. Bunga api paling lama di atas bangunan wisma darul iman, adalah dalam 20minit tanpa henti! *ini yang dinamakan bakau duit!*



sesak-mesak
Berpusu-pusu orang ke tepi benteng nak tengok bot berhias, berhimpit-himpit je aku tengok, tidaknya aku layan nak berhimpit dengan orang, euww!




 Boleh tahan cantik-cantik juga bot berhias yang ada



makan time
 Dah malas nak bersesak-sesak dengan orang dan berhujan renyai-renyai, kita beransur ke kedai makan



tidak-dapat-di-sembunyi-muka-sedih
Saya sangat sedih sepanjang hujung minggu yang lalu :(
Tak apalah, sila bertabah syiro



Rozelle 
 Try minum air rozelle, rasanya manis masam ala-ala ribena gitu lah


Spaghetti Carbonara 
First time makan carbonara yang berkuah-kuah. boleh la nak makan, biasa-biasa saja rasanya.


bye
[hello and goodbye]

No comments: