Thursday, November 29, 2012

Awesome KL


Assalamualaikum & Helo Polo :)

"tanah tumpahnya Negaraku"

Sapa cakap malaysia tak cantik? meh sini aku nak lesing sikit! *ewahh garang bebeno pulak! haha* cita-cita kami yang berkursus conservation untuk tamatkan siri kursus sehingga yang ke 3 akhirnya tercapai, cuma impian nak masuk istana lama tidak terlaksana, sadis.

Ini pertama sekali attend kursus paling sempoi, tanpa nota, tanpa slide bahasa ingeris, tanpa rasa bosan, tanpa perlu menjawab ujian, tanpa perlu berkesejukan dalam aircond dan tanpa segalanya. haha. Kursus kami naik bus 'hop-on-hop-off' sapa yang tak tahu jangan duk mesia ek!

Berkumpul di Menara TIMA, pheww tempat lama guwe! adakah kekasih-kekasih lama masih disana? nantikan kemunculan saya semula ya :)



Friend Caw. Arkitek
*nora, cikgu, karim & me*

Mula-mula eksyen masing takmau duk kawasan berbumbung sebab panas. Lama-lama macam tak leh tahan tengok kat luar, beransur berangkat ke tempat panas tanpa bumbung ini, fuaaa cantiknya KL. Selama ni naik kereta tak nampak sky view KL


Aigooo
 Biar berpanas dek terik mentari, janji hati puas dapat tengok keindahan KL









One of my fav pic

With Nora
 Asik amik gambar bangunan jek! kita amik gambar sendiri pulak, hehe


First time tengok menara KL dekat-dekat
 Malangnya bus ni cuma lalu sampai kaki menara je, lepastu terus turun bawah semula! lolx!



Suka tengok bangunan macam nih


Rumah Penghulu Abu Seman
Rumah lama yang awesome, sebenarnya kursus ni kita buat lawatan ke tempat-tempat yang menjalankan aktiviti konservasi, maksudnya kita baik pulih rumah/bangunan lama dengan mengekalkan ciri-ciri asal dia. Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

Rumah ni asalnya di Perak, lepastu di pindahkan ke KL, nak tahu macam mana dia kena pindah boleh la datang sendiri kat tempat nih :)


Tiada lama, tiada baru

Berlatar belakangkan The Royal Chulan Hotel
*hotel ni bercirikan senibina Terengganu*

Yeahhhh
Destinasi seterusnya, Istana Negara. Sepatutnya kami pergi Istana lama, tapi disebabkan kesilapan teknikal makanya cuma ke sini saja kita itu pon tengok dari pagar jek! Kata orang yang bawa bus tu, kalau bendera kuning berkibar maknanya raja kita ada di Malaysia, kalau tak maknanya tu gi luar negara. Masa tu nampak bendera berkibar, ingat nak datang raya tapi sebab raya dah habis kita tengok jek! lolx!


Nora

Ewahh nak jugak



Saya sudah pusing KL, saya sudah menikmati keindahan bangunan pencakar langit di KL, anda bila lagi? haha. Lepas ni nak aim negara mana pulak dengan kendahan bangunan pencakar langit? kita ke negara jiran pulak, rancang-rancang nak gi bulan depan, tapi macam tak sempat jek! awal tahun depan kita pergi. hehe. sapa nak ikot? kalau nak ikot kena bayarkan tiket USS I, hehe.


bye

Wednesday, November 28, 2012

Wedding Maklang

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Mood cuti sebenarnya masih tebal, hari ni pon buat kerja waktu pagi je dah masuk petang mulalah liuk lentok ala-ala ella gitu bila nak buat kerja *hampagas betul, padahal banyak benda nak kena settle-kan*

Apahal opis hari ni sejuk bebeno! sah-sah cuaca kat luar tu panas terik tapi dalam wisma ni dah macam masuk musim winter, kejap lagi ada yang salji turun dari corong aircond! haha




Kembali kepada cerita asal, hoyeh.



Selamat Pengantin Baru untuk Maklang & Pakcik *hehe, I belom biasa nak panggil paklang lagi* wedding location of coz Kuala Paya Segamat kampungku yang terindah kaya dengan bahasa yang orang luar agak payah nak paham *lagi-lagi bila kaum kerabat ni dah mabor kan, haha* lagi satu kampung I ada WiFi! *kampung korang ado?*

Entry tak banyak cerita sangat, korang tatap aja gambar yang ada :)



with the Pengantin

my MOM
anak daro omak harus ado rupo omak eh

Ayah & Naufal
memang suka naufal ni mintak atok dia dukung 24jam


with Sister-in-law
cun kan kami berdua ^^


Geng Rewang di booth cendol

Geng Cousin Perempuan
*keluarga kami memang less cucu perempuan*

Begambar sekali dengan pengantin

Geng Rewang

1 2 3 lompattttt

Dalam ramai-ramai siapa paling bacin? haha

Geng Batik
*sebenarnya tak cukup forum, sebab ada yang baju batik dia tak siap kihkih*

Masuk semua anak cucu cicit

Lina & Tisha
*hew hew hew tisha tak join sama masa majlis kat segamat, siap pesan lagi jangan meriah sangat! haha*

With Mira & Ika

Family yang terlibat masa menghantar pengantin

Anak-anak dara dan mak dara seorang :)


Tamat sudah cerita kawin maklang. Ofcoz sekarang ni diaorang aim aku punya majlis lepas nih, hehe. Bila tu memang tak tahu, tunggu sajalah orang masuk minang.


"mesti ramai peminat ko tp ko je x nk kn"
"Xde la aku nk kt ko je"  *tulus dan berterus terang punya jawapan! tak malu ko syiro!*

bye

Sunday, November 18, 2012

Please Don't VS Wedding Dress

Assalamualaikum & Helo Polo :)


Kelajuan idea untuk menaip entry blog terganggu dek chat fb dengan member kolej dulu, alolo biasalah lama giler tak jumpa. Ini pon jumpa sebab FB *terima kasih FB* hehe


Okeh kite sambung kepada entry yang terniat tadi, sebenarnya rasa macam dah lama giler tak sharing cerita pasal korea, hewhew. Nak kata I ni dah kurang tengok korea tak juga, masih dengan kadar biasa. masih sempat sikit-sikit download cerita korea kat youtube pastu masuk ke iPad so, sebelum tidur atau boring dengan berita kat tv kita layan kejap korea, hehe.


Auww, dah beberapa hari ni siaran tv astro kat rumah kena potong sebab tak bayar! lolx! haha. Tapi tak kisah sangat sebab masa ni lah dapat re-run semula dvd korea, hehe. Tapi ada masanya teringat nak tengok drama bersiri baru, 1N2D, Immortal Songs, Music Bank! dan semalam ada AIM! apekah?? yang penting tadi I dah jelaskan bil Astro, so dah boleh tengok semula, hehe :)





Wedding Dress by Taeyang

Aigoo! sangat suka ini lagu, biar dah lama pon. Jalan cerita MV ni best, tak caya cuba tengok, hehe









Please Don't by K.Will


Lagu ni pon best, dah dua tiga minggu ni dok ulang-ulang lagu nih jek. sangat suka suara K.Will lagi-lagi kalau dalam Immortal Songs.





Actually jalan cerita MV ni lebih kurang, cuma ending yang berbeza. Bila tengok ending MV K.Will, mulut nih terus cakap "what? hahaha" kalau nak tahu kenapa cuba tengok sendiri hehe.


bye.
[soon I nak buat entry pemilik suara seksi, idea dah ada nih]

Monday, November 12, 2012

Lazy day

Assalamualaikum & Helo polo :)


Afternoon monday, yeah monday was lazy day.


Entah kenapa hari sangat malas nak buat sebarang kerja, nak kena keluar site pon malas. Huarghh badan ni rasa penat-penat je. Ini semua gara-gara tertidur awal semalam dan tengah-tengah malam terjaga terus taknak tidur! hampeh la!


Ada game tak mau main, ada internet pon rasa dah tak berapa teruja nak guna. Kalau boleh sekarang nih nak balik rumah guling-guling depan tv. Minggu ni banyak cuti, kerja cuti kerja cuti. Saya tidak berpeluang untuk melunaskan aktiviti sambung-menyambung cuti *haishh* tapi takpa hujung bulan kita cuti sehari dan hujung tahun kita cuti panjang :) *entah berpeluang ke tidak! kemain banyak lagi kerja yang datang hujung-hujung tahun nih* kalau tak boleh cuti kita simpan je cuti, nanti kawin boleh cuti sampai 30 hari gaji jalan haha, amacam? terbaik punya planning ^^





Kesian tengok bb nih, bila buka nak tengok gambar banyak sungguh gambar jalan, longkang, surau dan entah apa-apa lagi yang ada! huishh! kesian bb dah jadi mangsa kerja. Takda satu pon gambar muka I yang terbaru.


Lama rasanya tak amik gambar-gambar pemandangan awesome. Nampak sangat I ni dah lama tak berjalan-jalan dan berjimba *kesian* cuti 3 hari, 3 hari lah terperuk duduk dekat rumah. Duduk kat rumah pon cukup banyak benda nak kena buat, macam-macam nak kena buat! dah macam suri rumah cuma anak je yang takda! macam mana nak ada anak kalau laki pon takda! kahkah





Ini jer lah gambar terbaru yang ada dekat bb, itu pon dah sebulan yang lalu :) jadi ler dari takda langsung kan.


Apa lagi yang nak diceritakan nih ek? macam-macam ada dalam kepala nih, tapi rasa macam terlalu private je nak cerita kat orang, hehe. Takpa kite cite dalam diary jek itu lebih selamat. Yess sekarang ni diary adalah teman terbaik guwe, hew hew




bye bye honeydew
[currently listening Please don't by KWill]


Tuesday, November 6, 2012

Just say hi

Assalamualaikum & Helo Polo :)


aigoo, sejak dua menjak ni ke-busy-an melanda. Banyak benda yang perlu dibuat serentak, haish! rasa macam dah lama sangat tak blog walking, nak baca entry baru blogger yang best pon banyak yang tergendala. adeh. Kalau kat rumah tu boleh je nak surf internet, tapi kalau diwaktu-waktu puncak tu macam siput internet-nye! dah tengah malam baru laju macam jet pejuang, masakan ditengah malam mahu menggodeh internet! tidur lebih baik!



masa ni hati super gembira

okeh ini gambar dari iPad, ada banyak  gambar I yang jelita dalam tu, tapi hanya untuk tatapan saya sahaja! hahaha. 

bye, nak balik dah. esok-esok kita update lagi :)