Monday, November 12, 2012

Lazy day

Assalamualaikum & Helo polo :)


Afternoon monday, yeah monday was lazy day.


Entah kenapa hari sangat malas nak buat sebarang kerja, nak kena keluar site pon malas. Huarghh badan ni rasa penat-penat je. Ini semua gara-gara tertidur awal semalam dan tengah-tengah malam terjaga terus taknak tidur! hampeh la!


Ada game tak mau main, ada internet pon rasa dah tak berapa teruja nak guna. Kalau boleh sekarang nih nak balik rumah guling-guling depan tv. Minggu ni banyak cuti, kerja cuti kerja cuti. Saya tidak berpeluang untuk melunaskan aktiviti sambung-menyambung cuti *haishh* tapi takpa hujung bulan kita cuti sehari dan hujung tahun kita cuti panjang :) *entah berpeluang ke tidak! kemain banyak lagi kerja yang datang hujung-hujung tahun nih* kalau tak boleh cuti kita simpan je cuti, nanti kawin boleh cuti sampai 30 hari gaji jalan haha, amacam? terbaik punya planning ^^





Kesian tengok bb nih, bila buka nak tengok gambar banyak sungguh gambar jalan, longkang, surau dan entah apa-apa lagi yang ada! huishh! kesian bb dah jadi mangsa kerja. Takda satu pon gambar muka I yang terbaru.


Lama rasanya tak amik gambar-gambar pemandangan awesome. Nampak sangat I ni dah lama tak berjalan-jalan dan berjimba *kesian* cuti 3 hari, 3 hari lah terperuk duduk dekat rumah. Duduk kat rumah pon cukup banyak benda nak kena buat, macam-macam nak kena buat! dah macam suri rumah cuma anak je yang takda! macam mana nak ada anak kalau laki pon takda! kahkah





Ini jer lah gambar terbaru yang ada dekat bb, itu pon dah sebulan yang lalu :) jadi ler dari takda langsung kan.


Apa lagi yang nak diceritakan nih ek? macam-macam ada dalam kepala nih, tapi rasa macam terlalu private je nak cerita kat orang, hehe. Takpa kite cite dalam diary jek itu lebih selamat. Yess sekarang ni diary adalah teman terbaik guwe, hew hew




bye bye honeydew
[currently listening Please don't by KWill]


No comments: