Sunday, January 27, 2013

jalan-jalan awal tahun

 Assalamualaikum & Helo polo ^^


Semua orang-orang yang diluar KT sedang berguling-guling, kami disini gigih bekerja! gigih ker? Sunday hari kerja main-main, contohnya saya yang datang kerja hari ini macam tak tahu nak buat kerja apa, tengok orang lain serba serbi gigih bekerja. Aku pon gigih juga bercucuk tanam, memerah susu lembu, mengutip telur ayam, buat roti-popcorn-kek-cheese dan sebagainya. Tapi itu semua dalam game, haha. Cuti 3 hari tak sempat nak buat semua tu, sebab sibuk berjalan-jalan ^^


Last weekend follow pipah balik KB, kalau ikut plan dari tahun lepas lagi nak merambu ke KB tapi apa-kan-daya ambe ni sibuk hujung tahun! puiii :) Perjalanan 3 jam ke KB aku rasa macam sangat lama dan penat okeh! padahal aku ni drive balik kampung 6jam macam relek jek! hari ni gi kerja tekak perit-perit, kepala pon rasa berat *badan ni dah tak boleh renyah sikit! mula lah serba tak kena, manja!*





Sekarang ni kalau berjalan macam tak tergamak pula nak suruh orang ambil gambar kita posing-posing! Ini lah satu-satunya gambar semasa di KB, itu pon mengadap cermin! selepas test baju *abaikan tong sampah dan hanger kat sebelah tu* 


Niat hati turun KB memang nak shopping, kalau ikutkan nafsu banyak benda yang nak beli; handbag, jam, cincin semuanya nak serentak!, tapi target antara semua tu kena beli satu jek! susah okeh nak buat pilihan. Tabah je bila beli satu yang lain tu cuma pandang jek! *duit harus disimpan, kata nak kawen! haha!*





Ronda di Kelantan sanpai ke Rantau Panjang. Memang tak terbayang pon Rantau Panjang tu macam mana, hehe. Dah sampai, okeh dia macam Pengkalan Kubor. Pusing punya pusing, serius memang aku tak tahu nak beli apa kat sana! Tengok orang menjinjing periuk-periuk dan toto, last-last aku rembat toto boleh buat guling-guling balik kampung nanti!


Jalan kat sini terserempak dengan kedai makan, tengok dia orang macam sedap jek. Lets try Laksa Siam, sedap jugak, lebih kurang macam Laksa Johor kuah dia, tak manis macam kuah laksa terengganu yang dah ala-ala pengat gitu, hehe.




Kadang-kadang rasa macam berada di Thailand bila tengok sederetan motor scooter plat thailand. Scooter diaorang oshem okeh, takda nampak orang mesia pakai! *nak satu boleh? wahh macam pandai bawak motor!*



Orang pompuan oh orang pompuan, yang satu tu baru beli dah beli lagi satu! takpe-takpe bukan setiap bulan! tapi ini kes macam dah dua bulan berturut-turut beli apa kes? *orang tamak selalu untung, pheww*




Kepala macam dah semakin berat dah tak mampu nak taip-taip lagi, rasa nak pergi mengular dan berjemur kat luar jek nih!

bye
[hujung minggu ni jalan lagi, horeyy]

No comments: